Site icon MuslimahHTM News

Ramadhan dan Semangat Perjuangan, Pelajaran dari Perang Yakhliz 1294 H

Ramadhan dan Semangat Perjuangan, Pelajaran dari Perang Yakhliz 1294 H

 

Penulis: Meti Astuti, S.E.I., M.Ek.

 

Pada 1294 Hijriah, dunia Islam sedang berada dalam fasa yang sukar. Kesultanan Uthmaniyah yang selama berabad-abad menjadi kekuatan besar, mula menghadapi berbagai tekanan. Masalah datang bukan hanya dari luar, tetapi juga dari dalam tubuhnya sendiri. Di tengah situasi itu, datanglah Ramadhan, bulan yang selama ini dikenal sebagai waktu untuk beribadah, menahan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah. Namun, dalam sejarah Islam, Ramadhan tidak hanya berhenti pada makna spiritual semata. Ia juga sering menjadi saksi lahirnya peristiwa-peristiwa besar yang menguji sekaligus membentuk kekuatan umat. Salah satu peristiwa itu adalah Perang Yakhliz, yang terjadi pada 15 Ramadhan 1294 H.

 

Keadaan Uthmaniyah Menjelang Perang 1294 H

 

Untuk memahami peristiwa ini, kita perlu melihat gambaran besarnya. Setahun sebelumnya, pada 1293 H (1876 M), Sultan Abdul Hamid II diangkat sebagai khalifah baru Uthmaniyah. Beliau menerima amanah dalam keadaan yang sangat berat. Kekhalifahan pada masa itu tidak lagi sekuat sebelumnya. Dari dalam, muncul berbagai kelompok yang mula melemahkan persatuan, termasuk pengaruh pemikiran Barat yang masuk melalui kelompok-kelompok sekular. Dari luar, tekanan juga semakin besar. Wilayah Balkan mula memberontak. Sementara itu, Rusia terus berusaha memperluas kekuasaannya ke wilayah-wilayah Uthmaniyah.

 

Hubungan antara Uthmaniyah dan Rusia memang sudah lama diwarnai konflik. Sejak jatuhnya Konstantinopel pada 1453, Rusia memposisikan dirinya sebagai kekuatan yang berhadapan secara langsung dengan dunia Islam. Dalam tempoh masa ratusan tahun, kedua kekuatan ini berulang kali terlibat dalam peperangan. Jadi, ketika perang kembali pecah pada 1294 H, itu bukanlah konflik baru, melainkan lanjutan daripada persaingan panjang yang belum pernah benar-benar selesai.

 

Perang besar itu dimulakan pada April 1877. Di Balkan, pasukan Uthmaniyah perlu menghadapi gabungan Rusia dan Romania. Sementara itu, di wilayah Anatolia Timur, tanggungjawab berada di tangan seorang panglima yang dikenal cekap dan tenang, iaitu Ahmad Mukhtar Pasya. Di wilayah inilah kemudian terjadi pertempuran yang dikenal sebagai Perang Yakhliz.

 

Dalam pertempuran tersebut, Ahmad Mukhtar Pasya memimpin sekitar 34,000 pasukan untuk menghadapi kekuatan Rusia yang jauh lebih besar. Dalam beberapa riwayat, jumlah pasukan Rusia bahkan disebut mencapai ratusan ribu. Terlepas dari perbezaan angka dalam catatan sejarah, yang jelas adalah terdapat ketempangan kekuatan yang sangat besar. Secara logik militer, ini adalah situasi yang sukar untuk dimenangkan. Namun,  kenyataan di lapangan tidak selalu berjalan sesuai hitungan angka.

 

Ramadhan, Strategi Militer, dan Kemenangan Moral

 

Yang membuat peristiwa ini semakin menarik adalah waktunya, iaitu Ramadhan. Para perajurit muslim tidak hanya berhadapan dengan musuh, tetapi juga sedang menjalankan ibadah puasa. Mereka menahan lapar dan dahaga sepanjang hari di tengah aktiviti militer yang menuntut tenaga dan konsentrasi tinggi. Dalam keadaan seperti ini, sangat wajar jika orang menganggap puasa sebagai beban tambahan.

 

Namun, yang terjadi adalah sebaliknya. Ramadhan tidak membuat mereka melemah. Sebaliknya, dari situlah muncul kekuatan yang berbeza. Puasa melatih mereka untuk disiplin, mengendalikan diri, dan tetap fokus dalam keadaan sukar. Di tengah tekanan fizikal dan mental, mereka belajar untuk tetap tenang dan tidak mudah goyah. Nilai-nilai inilah yang sangat diperlukan dalam peperangan.

 

Ahmad Mukhtar Pasya memahami dengan baik keadaan pasukannya. Beliau tidak memaksakan pertempuran besar secara langsung. Beliau tahu bahawa menghadapi musuh yang lebih besar memerlukan cara berfikir yang cermat. Oleh sebab itu, beliau pun memanfaatkan medan Anatolia yang berbukit dan bergunung. Pasukannya ditempatkan di posisi-posisi strategik, memperlambat pergerakan musuh, dan menyerang pada masa yang tepat.

 

Pendekatan ini terbukti efektif. Dalam beberapa pertempuran, pasukan Rusia mengalami kekalahan. Bahkan disebutkan bahawa mereka mengalami beberapa kali kekalahan dalam rangkaian konflik tersebut, termasuk dalam Perang Yakhliz. Korban di pihak Rusia pun tidak sedikit. Bagi pasukan Uthmaniyah, ini bukan hanya kemenangan militer, tetapi juga kemenangan moral.

 

Kemenangan ini menunjukkan bahawa keterbatasan bukan bermakna tidak mampu melawan. Dengan strategi yang tepat dan mental yang kuat, pasukan yang lebih kecil tetap dapat memberikan perlawanan yang bererti.

 

Nama Ahmad Mukhtar Pasya pun kian dikenali. Beliau menjadi simbol kebanggaan umat Islam saat itu. Bukan hanya kerana kejayaannya di medan perang, tetapi kerana kemampuannya memimpin dalam situasi sukar. Beliau tidak hanya bersandar pada keberanian, tetapi juga perhitungan yang matang.

 

Namun, jika melihat keseluruhan perang, situasinya tetap kompleks. Di wilayah lain seperti Balkan, pasukan Uthmaniyah mengalami tekanan berat. Ketika salah satu panglima utama terluka, keadaan pasukan pun menjadi goyah dan akhirnya berjaya dimanfaatkan oleh Rusia. Serangan balasan pun terus berlanjutan. Tekanan daripada kekuatan Eropah turut mempengaruhi hasil akhir perang melalui berbagai perjanjian yang merugikan Uthmaniyah.

 

Walaupun demikian, Perang Yakhliz tetap memiliki makna penting. Ia bukan sekadar pertempuran dalam rangkaian perang besar, tetapi juga gambaran nyata tentang hubungan antara iman dan perjuangan. Dalam keadaan yang tidak menguntungkan secara material, pasukan muslim tetap mampu bertahan dan melawan.

 

Pelajaran Ideologi dari Perang Yakhliz

 

Di sinilah kita melihat bahawa kekuatan tidak selalu ditentukan oleh jumlah atau perlengkapan. Ada faktor lain yang tidak kalah penting, iaitu kekuatan dari dalam diri, iaitu keyakinan, disiplin, dan kepemimpinan. Ramadhan berperanan besar dalam membentuk hal tersebut. Ia bukan sekadar ritual tahunan, tetapi proses pembentukan karakter.

 

Perang Yakhliz menjadi salah satu bukti bahawa Ramadhan tidak menghalang perjuangan. Sebaliknya, di bulan itulah kualiti seseorang diuji. Ketika keadaan fizikal melemah, yang menentukan adalah keteguhan mental dan keyakinan.

 

Daripada peristiwa ini, kita dapat mengambil pelajaran yang relevan hingga hari ini. Cabaran mungkin berubah bentuk, tetapi prinsipnya tetap sama. Dalam menghadapi kesukaran, yang paling menentukan bukan hanya apa yang kita miliki, tetapi bagaimana kita menyikapinya.

 

Ramadhan, jika dijalani dengan benar, tidak membuat kita lemah. Ia sebaliknya melatih kita menjadi lebih kuat, lebih sabar, lebih disiplin, dan lebih siap menghadapi berbagai keadaan.

 

Itulah pelajaran penting dari Perang Yakhliz. Dalam keadaan seberat apa pun, kekuatan ideologi untuk menyebarkan Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam tidak menyurutkan semangat jihad melawan musuh-musuh Islam. Wallahualam.

 

 

#KisahRamadhan #RenunganSyawal #Jihadfisabilillah #PerangYakhliz #KemenanganIslam #KeperibadianIslam

 

Exit mobile version