Site icon MuslimahHTM News

Serangan Zionis dan Penutupan Al-Aqsa, di Mana Perisai Umat Islam?

Serangan Zionis dan Penutupan Al-Aqsa, di Mana Perisai Umat Islam?

 

Umat Islam melakukan ibadah tarawih di jalanan di Jerusalem selepas pihak berkuasa entiti Zionis Yahudi menutup akses ke Masjidil Aqsa pada Khamis (12-3-2026). Pihak berkuasa entiti Zionis Yahudi mengatakan bahawa seluruh perkarangan suci di Jerusalem ditutup demi keselamatan di tengah-tengah konflik AS-Zionis dan Iran. Menurut media setempat, penutupan akses ini belum pernah terjadi sejak pendudukan Israel terhadap Jerusalem pada 1967. Lapan negara Islam dan Arab mengutuk tindakan Zionis akibat tetap menutup Masjidil Aqsa pada sepuluh hari terakhir bulan suci Ramadhan.

 

Tidak hanya di Jerusalem, pada hari yang sama, kekacauan dan kerosakan juga terjadi di Lubnan, kali ini di Bandar Beirut, akibat serangan Zionis yang kesekian kalinya dengan dalih menghancurkan prasarana milik kelompok Hizbullah. Tidak ada laporan korban jiwa dalam serangan tersebut, tetapi gedung dan prasarana awam mengalami kerosakan.

 

Serangan Udara Zionis

 

Sebelumnya, Zionis kembali melakukan serangan terhadap penduduk Gaza, Palestin pada Ahad (8-3-2026). Serangan yang juga terjadi di tengah gempuran AS-Zionis terhadap Iran ini telah mengorbankan tiga orang lelaki, termasuk seorang paramedik. Beberapa orang lainnya dilaporkan tercedera akibat serangan yang sama turut menghentam daerah berhampiran kem-kem perkhemahan yang padat dengan penduduk. Tentara Zionis mengesahkan serangan ini dan mengatakan bahawa mereka telah membunuh dua anggota Hamas.

 

Serangan kembali terjadi sekitar seminggu kemudian hingga mengakibatkan 12 penduduk Palestin, termasuk dua orang kanak-kanak lelaki, seorang wanita hamil, dan lapan petugas polis, terkorban pada hari Ahad (15-3-2026) akibat serangan udara Zionis di Semenanjung Gaza.

 

Serangan udara tersebut menghentam sebuah rumah di kem pelarian di Nuseirat, Gaza tengah dan menewaskan empat orang, termasuk pasangan berusia 30-an dan anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun. Menurut Hospital Shuhada Al-Aqsa, wanita hamil yang terkorban dalam serangan tersebut sedang mengandung anak kembar. Sedangkan korban keempat adalah tetangganya yang berusia 15 tahun dan dibawa ke Hospital Awda di Nuseirat.

 

Menurut Kementerian dalam Negeri Palestin, serangan udara lainnya pada Ahad petang telah menghentam sebuah kenderaan polis di jalan Salah al-Din selatan-utara, tepatnya di pintu masuk bandar Zawaida di Gaza tengah. Serangan itu menewaskan lapan petugas polis, termasuk Kolonel Iyad Ab Yousef, seorang pegawai polis senior di Gaza tengah.

 

Sebenarnya, Zionis dan Hamas telah bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata yang dimediasi oleh AS pada Oktober 2025. Walau bagaimanapun, serangan Zionis yang tidak pernah berhenti meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata sebenarnya menekankan watak Zionis yang sentiasa mengingkari janji. Serangan mereka juga begitu membabi buta kepada kaum muslim, termasuk di luar wilayah Palestin, tanpa mereka peduli bahawa (situasi itu berlaku) itu masih bulan Ramadhan yang semestinya menjadi momentum bagi kaum muslim untuk fokus beribadah di dalamnya.

 

Penutupan Masjidil Aqsa

 

Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah tindakan penutupan Masjidil Aqsa bagi penduduk Palestin oleh Zionis, padahal sudah jelas ketika itu masih bulan Ramadhan, sehingga pada umumnya kunjungan kaum muslim meningkat untuk beribadah di sana. Penduduk Palestin terpaksa menunaikan ibadah, termasuk solat Jumaat, di jalan-jalan sekitar kompleks Masjidil Aqsa yang tengah ditutup.

 

Keadaan ini telah memicu kecaman meluas kerana ia merupakan tindakan yang sama saja dengan menghalang kebebasan beribadah, khususnya pada bulan suci Ramadhan. Kebijakan ini dilaksanakan dengan alasan faktor keselamatan terkait konflik yang sedang berlangsung, tetapi alasan tersebut tidak berasas sama sekali. Manakala kompleks Masjidil Aqsa hampir kosong. Tentu saja peristiwa ini menjadi luka mendalam bagi dunia Islam dan layak dianggap sebagai usaha mengehadkan kehadiran kaum muslim di Masjidil Aqsa.

 

Zionis bahkan dilaporkan akan memperpanjang sekatan terhadap Masjidil Aqsa ini hingga ke Aidilfitri dan seterusnya. Aqsa Working Group (AWG) menilai tindakan penutupan secara paksa tersebut merupakan sebahagian daripada usaha sistematik Yahudisasi dan de-Islamisasi yang dilakukan oleh rejim Zionis di wilayah Palestin. Ketua Presidium AWG, Anshorullah mengatakan penutupan dan pengehadan akses ke Masjidil Aqsa pada Ramadhan tahun ini menegaskan watak kolonial dan diskriminatif entiti Zionis Yahudi terhadap rakyat Palestin dan umat Islam.

 

Kebijakan penutupan Masjidil Aqsa ini merupakan peristiwa yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam sejarah Ramadhan di Palestin. Penutupan tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian operasi sistematik yang lebih luas. Ada cita-cita Zionis untuk mengubah identiti keIslaman di berbagai kawasan umat Islam di wilayah Palestin.

 

Sebagai maklumat tambahan, sejak konflik meletus pada 7 Oktober 2023 hingga kini militer Zionis (IDF) terus mengebom Semenanjung Gaza, termasuklah menghancurkan masjid-masjid di sana. Hal serupa turut menimpa Masjid Ibrahimi di Hebron. Tindakan tersebut merupakan bentuk pelanggaran terhadap kebebasan beragama dan sekaligus melanggar kesucian tempat ibadah.

 

Sebagai bentuk solidariti kepada kaum muslim Palestin yang terkesan akibat penutupan Masjidil Aqsa, sebuah video viral beredar di alam maya yang menampilkan sejumlah besar penduduk dan jemaah perempuan berbondong-bondong ke Masjid Al-Fatih di Istanbul, Turki memprotes penutupan Baitulmaqdis ketika Ramadhan. Kaum muslimah di Turki itu masuk ke dalam Masjid Al-Fatih lalu melemparkan tudung mereka ke barisan jemaah lelaki yang akan melaksanakan salat tarawih. Tindakan itu sebagai ejekan kerana kaum lelaki tidak melakukan apa pun dalam membela Masjidil Aqsa yang kini dalam penguasaan Zionis Yahudi.

 

BoP, Alat Hegemoni Barat

 

Jika sudah begini, kita tentu layak mempertanyakan fungsi dan keberkesanan Board of Peace (BoP). Di mana BoP ketika penduduk Palestin kembali diserang Zionis? Di mana BoP ketika Masjidil Aqsa mahupun masjid-masjid lainnya ditutup, bahkan dihancurkan oleh Zionis? Inikah yang disebut “perdamaian”? Tentu saja tidak!

 

Sungguh, BoP telah menampakkan wajah aslinya. Berbanding menjadi instrumen perdamaian, peranan BoP sudah cukup jelas sangat jauh daripada namanya. BoP mandul dalam memadamkan serangan yang terus dilancarkan Zionis kepada kaum muslim di Palestin, bahkan telah melebar ke kawasan di sekitarnya.

 

Ini menegaskan bahawa BoP adalah alat hegemoni kafir penjajah Barat terhadap tanah suci Palestin. Hal ini terbukti dari tujuan BoP, yakni mengatur ulang kestabilan dan me-rekonstruksi Gaza pascakonflik di luar kerangka PBB. Walaupun mempromosikan perdamaian, struktur BoP yang berpusat pada autoriti Trump sebenarnya tidak ubah sekadar sebagai alat komunikasi politik dan branding kekuasaan Barat.

 

Sejak awal BoP dibentuk bukan untuk perdamaian Palestin, bahkan di dalam program tersebut Palestin tidak dilibatkan sama sekali. Ini tentu narasi perdamaian yang tempang. Tidak menghairankan, kerana BoP jauh daripada profil dan design sistem perdamaian antarabangsa yang objektif. Sebaliknya, BoP adalah topeng atas kepentingan geopolitik dan ekonomi AS di Palestin. Pemerintah AS mengumumkan rancangan mereka membangun “Gaza Baru” yang pada hakikatnya adalah pembangunan daripada `zero’ wilayah Palestin yang telah hancur akibat genosid oleh Zionis sejak 7 Oktober 2023.

 

Justeru, berharap pada BoP untuk mengakhiri penutupan Masjidil Aqsa demi kemaslahatan kaum muslim adalah seperti pungguk merindukan bulan, bukannya membebaskan Palestin secara tuntas daripada pendudukan Zionis. Semuanya hanyalah fatamorgana. Hakikatnya, kaum kafir penjajah mustahil berniat tulus menolong kaum muslim.

 

Khilafah, Perisai Umat Islam

 

Solusi tuntas pembelaan Masjidil Aqsa dan pembebasan tanah Palestin yang sebenar adalah dengan menegakkan institusi politik Islam yang memperjuangkan nasib kaum muslim dan kemuliaan Islam. Satu-satunya negara yang mampu membebaskan Palestin dan negeri-negeri lainnya daripada penjajahan dan penindasan adalah Khilafah Islamiah.

 

Khilafah akan berperanan menjadi junnah (perisai) bagi umat, serta menjaga dan menjamin kemuliaan mereka. Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW di dalam hadis,

 

“Sungguh imam (khalifah) adalah perisai. Orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung dengan dirinya.” (HR Muslim).

 

Hanya kepada tegaknya Islam kaum muslim dapat berharap, kerana tidak ada gunanya mengharapkan pertolongan kaum kafir penjajah. Yang berlaku sebaliknya, kafir penjajah akan menyelewengkan usaha “pertolongan” itu untuk kepentingan mereka sendiri.

 

Allah SWT berfirman di dalam ayat, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” (TMQ Al-Maidah [5]: 51).

 

Sedangkan Khilafah akan melaksanakan kewajipan jihad fi sabilillah untuk mengusir penjajah Zionis dari tanah Palestin, membebaskan Masjidil Aqsa, dan menghilangkan segala pengaruh penjajah asing dari tanah kaum muslim.

 

Syeikh Abdul Qadim Zallum menjelaskan di dalam kitab Nizham al-Hukmi fi al-Islam (Sistem Pemerintahan Islam), bahawa Khilafah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslim di dunia untuk menegakkan hukum-hukum syariat Islam dan mengemban dakwah Islam ke segenap penjuru dunia.

 

Di dalam kitab yang sama, beliau juga menyatakan bahawa Khilafah adalah bentuk pemerintahan yang dinyatakan oleh hukum syarak. Mendirikan Khilafah adalah wajib bagi kaum muslim di seluruh dunia. Melaksanakan kewajipan mendirikan Khilafah adalah sebagaimana melaksanakan kewajipan-kewajipan lain yang telah diwajibkan oleh Allah SWT bagi kaum muslim. Hal itu adalah suatu kemestian sehingga tidak ada lagi pilihan dalam rangka menegakkannya.

 

Tegaknya hukum-hukum Islam, bahkan keberadaan Islam dalam kancah kehidupan, bertumpu kepada tegaknya Khilafah. Oleh sebab itu, mengabaikan penegakan Khilafah merupakan kemaksiatan yang paling besar. Dengan kata lain, mengabaikannya adalah sama dengan berdiam diri terhadap kewajipan yang amat penting dalam Islam.

 

Dalam kitab Daulah Islam karya Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani disebutkan bahawa keberadaan Yahudi pada masa Rasulullah SAW sebenarnya bukan hal yang perlu diperkirakan. Kerana ketika itu Rasulullah SAW lebih mengambil kira keberadaan perlawanan terhadap Quraisy secara khusus dan bangsa Arab pada umumnya. Dalam menangani isu Yahudi, Rasulullah SAW cukup mengikatnya dengan perjanjian yang memerlukan mereka untuk tunduk kepada baginda dan menjauhkan mereka daripada setiap orang yang berdiri menentang baginda.

 

Dalam konteks politik global hari ini pula, Zionis sebagai entiti Yahudi telah menjalin hubungan erat dengan negara kuasa besar, yakni AS, yang tidak lain adalah negara utama pengemban ideologi kapitalisme. Segala kepentingan Yahudi pun berjalan menurut sistem politik AS yang terwujud dalam bentuk penjajahan pemikiran dan fizikal di negara-negara Dunia Ketiga, yakni merujuk pada negara-negara berkembang di Asia, Afrika, dan Amerika Latin.

 

Oleh yang demikian jelas bahawa, posisi AS dan Zionis adalah sebagai dua pihak yang bersatu, tetapi sama-sama layak masuk kategori negara kafir harbi fi’lan (negara yang memerangi kaum muslim secara fizikal dan terang-terangan).

 

Oleh sebab itu, hubungan Khilafah dan AS-Zionis hanya layak dalam konteks politik perang, bukan yang lain, apalagi hubungan dagang dan persahabatan.

 

Khilafah sebagai negara pengemban ideologi Islam akan menolak segala perjanjian, hubungan, atau kerjasama apa pun yang membawa maksud mengiktiraf entiti Zionis, tidak terkecuali BoP. Khilafah akan menjalankan peranan sepenuhnya sebagai perisai umat dan seluruh wilayah kaum muslim.

 

Dengan demikian, suatu urusan yang perlu kita sedari sebagai permasalahan terbesar (qadhiyah mashiriyah) umat ini adalah tegaknya Khilafah. Umat perlu bangkit dari sisi pemikirannya agar dapat berada di jalur perjuangan mengembalikan tegaknya Khilafah. Umat perlu menyedari kewajipan besar ini tanpa memberi sedikit pun ruang bagi adanya had-had negara bangsa yang selama ini melemahkan dan memecah-belah mereka.

 

Oleh sebab itu, seruan dan perjuangan penegakan Khilafah tidak boleh berhenti. Umat Islam perlu terus disedarkan bahawa persatuan hakiki mereka adalah di bawah naungan Khilafah. Persatuan ini adalah sesuatu yang sangat mendesak, agar dapat meletakkan umat dalam satu komando kepemimpinan demi menyelesaikan seluruh permasalahannya.

 

Apalagi untuk membebaskan tanah suci Palestin secara tuntas, persatuan umat tidak cukup sekadar berupa solidariti kemanusiaan. Persatuan membebaskan Palestin saat ini khususnya hendaklah berfokus pada kesatuan militer dunia Islam sehingga dapat mengusir penjajah Zionis sepenuhnya.

 

Allah Taala berfirman, “Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada’. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim (140). Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (daripada dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. (141)” (TMQ Ali Imran [3]: 140-141).

 

Wallahualam bissawab. [MNews]

 

 

#Palestin #Gaza #ArmiestoGaza #ArmiestoAqsa #MasyarakatMuslimIdeal #KesatuanUmmah #1Ummah1Perjuangan #PalestineNeedsJihad #WeNeedKhilafah

 

Exit mobile version