Site icon MuslimahHTM News

Ancaman Bagi Penjual Kebenaran

Ancaman Bagi Penjual Kebenaran

 

Allah ﷻ berfirman,

 

﴿إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلَ اللَّهُ مِنْ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلاً أُوْلَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلاَّ النَّارَ وَلاَ يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

 

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (TMQ. al-Baqarah [2]: 174) [surah.my]

 

Ini adalah pernyataan tentang keadaan orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan oleh Allah ﷻ demi kepentingan orang lain, dengan ganjaran atau keuntungan tertentu yang mereka terima. Kerana itulah Allah ﷻ berfirman, wa yasytarûna bihî tsamanan qalîlâ (dan menjualnya dengan harga yang sedikit). Ini dari satu sisi.

 

Adapun di sisi lain, ayat ini juga menunjukkan bahawa mereka yang menyembunyikan kebenaran berada dalam keadaan di mana taubat mereka tidak diterima, bermakna peluang mereka untuk bertaubat sudah tertutup. Contohnya, kerana mereka mati dalam keadaan kafir, sedangkan mereka terus menyembunyikan apa yang telah Allah ﷻ wahyukan di dalam Kitab.

 

Oleh kerana itu, Allah ﷻ berfirman setelah itu:

 

﴿أُوْلَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلاَّ النَّارَ وَلاَ يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ﴾

 

“Mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

 

 

Sumber: “At-Taisir fi Ushul at-Tafsir” – Syeikh ‘Atha’ bin Khalil

 

 

#PenjualKebenaran

Exit mobile version