[Kenyataan Media] Wahai Seyed Abbas Araghchi! Terima Kasih atas Ucapan Raya Anda, dan ini Adalah Balasan “Ucapan Raya” Kami untuk Anda
Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri serta mengucapkan terima kasih kepada kerajaan masyarakat di Indonesia, Malaysia dan Brunei terhadap solidariti ditunjukkan kepada Iran. Ucapan berkenaan dikongsikan oleh Araghchi menerusi hantaran pada platform X beliau pada 22 Mac 2026 yang berbunyi, “Selamat Hari Raya Idul Fitri. Terima kasih kepada pemerintah dan masyarakat Muslim serta pencinta keadilan di Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Brunei) yang mengecam pencerobohan brutal Amerika Syarikat dan rejim Zionis terhadap bangsa Muslim Iran di bulan Ramadan serta menunjukkan solidariti”.
Sebagai seorang menteri yang mempunyai kedudukan yang penting, dan sebagai ahli politik, sudah tentu ucapan ini bukan merupakan ucapan biasa, apatah lagi ia tidak pernah diucapkan sebelum ini. Oleh kerana ia bukan hanya ditujukan kepada kerajaan, tetapi termasuk “masyarakat”, maka sebagai sebahagian daripada masyarakat Malaysia, kami ingin membalas ucapan yang baik itu dengan ucapan yang lebih baik, tanpa berlapik, dan mengharapkan beliau membaca dan seterusnya “merespon” ucapan kami ini:
Wahai Seyed Abbas Araghchi!
(1) Anda (dan Iran) perlu terus melawan Amerika dan wajib mengikhlaskan diri kepada Allah (swt) semata-mata dalam peperangan ini, bukan untuk kepentingan peribadi atau kepentingan negara anda secara eksklusif, tetapi untuk kepentingan Islam dan kaum Muslimin;
(2) Anda wajib mengisytiharkan dengan jelas dan tegas kepada seluruh dunia bahawa peperangan anda melawan Amerika dan entiti Yahudi ini bukanlah peperangan biasa, tetapi merupakan Jihad Fi Sabilillah, yang dengannya anda ingin menjadikan kalimah Allah sebagai yang tertinggi, mengalahkan musuh Allah, dan yang dengannya anda ingin menjadikan Islam dan penganutnya mulia, dan kekufuran serta penganutnya hina;
(3) Anda wajib menyeru kesemua negeri kaum Muslimin, khususnya yang berdekatan dengan anda seperti Pakistan, Afghanistan, Iraq, Turki, Mesir, Syria dan lain-lain, untuk bersama anda dalam jihad ini, walaupun mereka merupakan rejim pengkhianat Islam, kerana jihad itu wajib berlangsung baik di bawah penguasa yang fajir atau adil;
»الْجِهَادُ مَاضٍ مُذْ بَعَثَنِي اللَّهُ إِلَى أَنْ يُقَاتِلَ آخِرُ أُمَّتِي الدَّجَّالَ، لَا يُبْطِلُهُ جَوْرُ جَائِرٍ وَلَا عَدْلُ عَادِلٍ«
“Jihad itu tetap berjalan sejak Allah mengutusku sehinggalah umatku yang terakhir memerangi Dajjal. Ia tidak boleh dibatalkan oleh kezaliman orang yang zalim dan tidak juga oleh keadilan orang yang adil” [HR Abu Daud].
(4) Kami melihat Amerika dan anak didiknya entiti Yahudi sekarang berada dalam kesakitan yang parah dan di ambang kekalahan, maka janganlah sesekali anda berhenti memukulnya sehingga anda berjaya melumpuhkannya sehingga ia tidak dapat bangkit kembali. Manakala bagi entiti Yahudi pula, anda wajib meneruskan serangan ke atasnya sehingga ia lenyap dari muka bumi, dan anda wajib membebaskan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati, dan menyerahkannya kepada umat Islam selaku pemiliknya yang sah;
(5) Anda wajib menegakkan Khilafah dan membaiah seorang Khalifah dengan cara yang sah, lalu mengajak keseluruhan negeri kaum Muslimin untuk bergabung di bawah Khilafah, yang dengannya anda bukan sahaja dapat mengalahkan Amerika dan entiti Yahudi, bahkan dengan izin-Nya, anda akan dapat mengalahkan kesemua musuh-musuh Islam dan mengembalikan Khilafah sebagai super power dunia buat kali yang kedua. Anda bukan sahaja akan disokong oleh umat Islam, bahkan akan diberi pertolongan oleh Tuhan anda, Tuhan manusia, Tuhan sekalian alam dan kehidupan, yang telah berjanji untuk menolong hamba-Nya yang menolong agama-Nya:
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman, jika kalian menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolong kalian dan meneguhkan kedudukan kalian” [Muhammad (40): 7].
Jika anda melakukan semua itu, maka Idul Fitri yang anda ucapkan kepada kami benar-benar akan menjadi hari kemenangan, hari yang mana kita semua benar-benar akan kembali kepada fitrah penciptaan kita sebagai umat yang terbaik, hari yang tidak akan dilupakan bukan sahaja oleh umat Islam, bahkan oleh seluruh umat manusia, hari yang nama anda akan tercatat di langit sebagai pembantu agama Allah, yang melayakkan anda untuk mendapatkan syurga-Nya.
Namun, jika anda mengabaikan balasan “ucapan raya” kami ini, di mana setelah ini anda kembali berbaik dan bekerjasama dengan musuh Allah Amerika, anda membiarkan entiti Yahudi terus wujud dan melakukan kezaliman ke atas umat Islam, dan anda terus berbangga dengan negara-bangsa anda yang dicipta oleh penjajah, maka kami menyerahkan segala urusan anda kepada Allah, dan kami yakin bahawa Dia akan menggantikan anda dengan kaum yang lain, yang akan dianugerahkan-Nya kemenangan dan kemuliaan untuk mengalahkan musuh-musuh-Nya, membebaskan umat Islam dan wilayahnya, dan menegakkan Khilafah-Nya,
﴿وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ﴾
“Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu” [Muhammad (47): 38]
dan itu adalah sebaik-baik kemenangan dan kemuliaan di dunia dan akhirat.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia
Ruj: HTM 1447 / 04
Rabu, 7 Shawwal 1447H/ 25 Mac 2026
Sumber: Mykhilafah
#Iran #EidMubarak

