Site icon MuslimahHTM News

Imam Ibnu Majah, Ulama Penjaga Kemurnian Hadis dan Teladan Pejuang Ilmu

Imam Ibnu Majah, Ulama Penjaga Kemurnian Hadis dan Teladan Pejuang Ilmu

 

Penulis: Ustazah Dedeh Wahidah Achmad

 

Imam Ibnu Majah adalah salah seorang ulama hadis yang wafat pada bulan Ramadhan. Karya monumentalnya masih masyhur hingga saat ini, dijadikan rujukan dalam kajian-kajian hadis. Nama Ibnu Majah menurut Imam ar-Rafi’i diambil daripada nama ayahnya, Yazid. Beliau lahir pada 209 H dan wafat pada 273 H dengan nama asli Muhammad bin Yazid bin Majah al-Qazwaini. Disematkan al-Qazwaini kerana beliau lahir di daerah Qazwin yang dahulu masuk ke dalam wilayah bernama Khurasan, yang kini disebut dengan nama Iran.

 

Kitab karyanya dikenal dengan Sunan Ibnu Majah, dimasukan ke dalam salah satu kitab rujukan yang enam, bersama dengan kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan At-Tirmidzi, dan Sunan an-Nasa’i. Imam Muhammad bin Thahir bin Ali bin Ahmad al-Qisrani al-Maqdisi yang yang pertama kali memasukkan kitab karangan Ibnu Majah ke dalam Kutub as-Sittah pada 507 H.

 

Ibnu Majah dikenal sebagai ulama yang memiliki keluasan ilmu dan wawasan. Ini yang menjadi salah satu alasan dimasukkannya Sunan Ibnu Majah ke dalam kitab induk hadis. Hadis-hadis yang beliau kumpulkan menjadi tambahan rujukan dan makin memperkaya serta melengkapi kitab-kitab induk hadis sebelumnya.

 

Hasil penelaahan yang dilakukan oleh Muhammad Fuad Abd al-Baqi membuktikan bahawa terdapat 4,341 hadis dalam Kutub as-Sittah tersebut. Sebanyak 3,002 hadis sama dengan yang di-takhrij Bukhari, Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan An-Nasa’i. Sementara itu, 1,339 hadis selebihnya merupakan tambahan daripada Ibnu Majah.

 

Semangat Menjaga Sumber Ajaran Islam daripada Pemalsuan

 

Salah satu sumber ajaran Islam adalah Sunnah Rasulullah SAW yang sampai kepada kita melalui hadis-hadis yang dikhabarkan oleh para periwayat. Kemurnian ajaran Islam tidak boleh dipisahkan daripada keaslian sumbernya, di antaranya adalah keaslian hadis yang bebas daripada pemalsuan. Oleh sebab itu, diperlukan usaha yang dapat memisahkan antara hadis-hadis yang benar-benar berasal daripada Nabi SAW dengan perkataan dusta yang mengatasnamakan sabda baginda SAW. Sedangkan ancaman bagi para pembuat hadis palsu jelas disampaikan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya,

 

مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

“Siapa yang sengaja berdusta atas namaku maka disediakan kerusi baginya di neraka.” (HR Muttafaq’ Alaih).

 

Urgensi memastikan kemurnian hadis makin terasa ketika fitnah berkembang di tengah-tengah umat. Pada masa itu bermunculan kelompok pembuat hadis untuk mendukung pendapatnya. Lalu dinisbatkan kepada Rasulullah SAW.  Hakikatnya yang mereka sampaikan bukanlah perkara baru yang termasuk bid’ah. Masalahnya banyak umat yang menganggapnya sebagai hadis Rasulullah SAW.

 

Penelaahan hadis sudah dianjurkan oleh para sahabat, walaupun pada saat itu belum dirasakan keperluannya. Sebagaimana disampaikan oleh Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab beliau, Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah jilid I, para sahabat menganjurkan untuk melakukan penelitian yang mendalam tentang orang-orang yang mengambil hadis daripada Nabi. Telah diriwayatkan daripada Abu Sakinah-Mujasyi’ bin Fathanah, berkata, “Aku telah mendengar daripada Ali bin Abi Thalib ra., sedangkan beliau berada dalam masjid di Kufah, lalu berkata, ‘Perhatikanlah oleh kalian orang-orang yang mengambil ilmu ini (hadis) kerana ia merupakan ilmu yang menyangkut agama.’”

 

Beberapa Keistimewaan Ibnu Majah

 

  1. Senantiasa haus terhadap ilmu. Keluasan ilmu Ibnu Majah bukan semata kerana ayahnya seorang ulama. Sejak usia belia, Ibnu Majah sudah mencintai ilmu dan suka mengembara. Bukan semata rehlah atau hanya untuk mengetahui berbagai budaya, semangat mulia yang mendorongnya adalah demi terus memperoleh ilmu agama dengan belajar hadis secara langsung daripada para ahlinya.

 

Beliau tidak mencukupkan penguasaannya pada satu bidang saja. Tidak hanya menjadi penghafal Al-Quran, beliau juga bersemangat untuk melanjutkan kajiannya pada Al-Hafizh ‘Ali bin Muhammad ath-Thanafisi, seorang ahli hadis yang diakui oleh Adz-Dzahabi dalam Siyaru A’lamin Nubala’ sebagai tokoh akhir abad ke-2 hijriah dan diberi gelaran Al-Imam Al-Hafizh Al-Mutqin.

 

  1. Semangat menjaga ilmu dan mendakwahkannya. Rehlah Ibnu Majah berbuah keberkahan ilmu, beliau banyak memperoleh riwayat hadis di berbagai daerah daripada guru yang tidak sedikit, seperti Abu Bakar bin Abu Syaebah, Ibrahim al-Mundzir, dan teman-temannya Imam Malik dan Laits. Keberkahan ilmunya terus mengalir hingga kepada para ulama lain yang mengambil periwayatan hadis daripadanya, seperti Ibnu Sibaweh, Muhammad bin Isa ash-Shaffar, Ishaq bin Muhammad, Ali bin Ibrahim bin Salmah al-Qathan, Ahmad bin Ibrahim, kakeknya Ibnu Katsir, dan Sulaiman bin Yazid.

 

Ulama dahulu sungguh berbeza dengan para pencari ilmu dan penikmat pengetahuan zaman sekarang, ketika ilmu hanya sebatas pengetahuan yang diharap-harapkan boleh menghasilkan wang. Mereka tidak mahu kebaikan berhenti pada dirinya saja, atau hanya menyentuh murid-muridnya saja. Para ulama mempunyai harapan mulia agar ilmu dan manfaatnya terus mengalir dan berkembang pada segenap umat dari berbagai masa dan tidak sirna manakala ulama yang mencetak karya sudah wafat. Dengan dorongan menjaga ilmu agar nyalanya senantiasa ada, para ulama salaf menuliskan pendapat, gagasan, dan wawasan keilmuannya dalam bentuk kitab. Begitu juga Ibnu Majah, seorang ulama yang mendedikasikan hidupnya untuk dakwah demi menyampaikan risalah Islam, dan menebar kebaikan melalui karya yang tertuang dalam tulisan yang tidak ternilai harganya.

 

Banyak ulama yang mengakui dan memberikan penghargaan pada kelebihan yang dimiliki Ibnu Majah. Misalnya, seperti yang disampaikan oleh Abu Zahw dalam Al-Hadits wa al-Muhadditsun Au ‘Inayah al-Ummah al-Islamiyyah bi as-Sunnah an-Nabawiyyah, bahawa Ibnu Katsir berkata, “Ibnu Majah adalah pengarang kitab Sunan yang terkenal. Hal tersebut menunjukan penguasaan bahasa teliti, keilmuan, penguasaan, pembacaan, dan kesetiaannya terhadap sunah nabi, baik yang terkait dengan masalah ushul atau furuk (perkara cabang).”

 

Yasir Syimali dalam Manahij al-Muhadditsin menyampaikan bahawa Ibnu Hajar berkata, “Ibnu Tahir al-Baghdadi dan pengikutnya beralih daripada kitab Muwatha Imam Malik menjadi Sunan Ibnu Majah ke dalam Kutub as-Sittah. Dengan alasan jumlah hadis di dalamnya lebih banyak, juga hadis marfu’ di dalam Muwatha lebih sedikit daripada Sunan Ibnu Majah, tentu di luar itu juga untuk memperkaya khazanah hadis terpercaya dalam dunia keislaman.”

 

  1. Keunggulan Ibnu Majah lainnya adalah sistematik dalam penyusunan kitab yang memudahkan pembacanya memahami ajaran Islam, terutama masalah fikih, dan menemukan hujah daripada sumber dalil, yakni yang berasal daripada hadis Rasulullah SAW. Beliau memisahkan topik bahasan menjadi beberapa bab. Setiap bahagian menyajikan satu tema pembahasan. Pengelompokan dan sistematik yang dibuat oleh Ibnu Majah menjadi inspirasi dan membangkitkan semangat para pengkaji hadis untuk mendalami dan menelaah hadis dengan lebih saksama.

 

  1. Keistimewaan selanjutnya, terkait kehati-hatian beliau dalam memilih hadis. Ibnu Majah sangat selektif dalam memilih perawi yang layak diterima hadisnya. Kesinambungan sanad sangat mendapatkan perhatian. Beliau akan memastikan adanya hubungan langsung antara perawi satu dengan lainnya dan tidak boleh ada sanad yang terputus. Ibnu Majah juga akan memastikan tidak adanya kontradiksi antara hadis yang diambilnya dengan pemahaman pokok-pokok yang ada dalam Al-Quran.

 

  1. Mempelajari ilmu dari sumber yang terpercaya. Ilmu adalah dasar amal, tanpa ilmu amal boleh sesat dan menyesatkan. Di sinilah letak tanggungjawab ilmu, apalagi jika ilmu itu disampaikan dan berikutnya diikuti oleh banyak orang, memerlukan kehati-hatian dalam menuangkannya. Dan Ibnu Majah sudah membuktikan tanggungjawab yang luar biasa. Beliau tidak sembarangan mengambil ilmu, tetapi mencarinya dari pusat-pusat ilmu, sekalipun perlu menempuh jarak yang jauh dan meninggalkan kampung halaman. Ada jejak pencarian ilmu oleh Ibnu Majah di Baghdad, Kufah, Damaskus, Mesir, Mekah, dan Madinah. Di kota-kota tersebut beliau menimba ilmu daripada para tabiin dan pakar hadis terpercaya.

 

Sosok Teladan

 

Membaca kisah Ibnu Majah selayaknya bukan semata untuk mengenang keistimewaannya. Juga bukan sekadar nostalgia terhadap kegemilangan peradaban Islam yang telah melahirkan tokoh dan ulama hebat. Namun, sangat penting untuk menjadikannya salah satu sosok teladan dalam memperlakukan ilmu agar menuai keberkahan untuk dirinya, juga bagi umat manusia.

 

Sebagaimana Ibnu Majah, hendaknya generasi Muslim tidak hanya semangat mencari ilmu, tapi juga semangat untuk mengamalkannya, berdedikasi untuk mengajarkannya, juga semangat untuk memperjuangkannya hingga ajaran Islam diakui kebenarannya dalam tatanan konsep, serta terbukti keunggulannya dalam mensejahterakan umat manusia melalui penerapannya secara kaffah. Wallahualam.

 

 

#TokohInspirasi #ImamIbnuMajah #UlamaHadis #BiografiUlama #TeladanUlama #MuslimPembelajar

Exit mobile version