[Kewangan Global] Membedah Krisis Kewangan Global: Pendahuluan (Bahagian 1/4)
Penulis: Jamal Harwood
Sejak kelahirannya, kapitalisme global tidak pernah berhenti mendapat kritikan dan selalu saja menimbulkan kontroversi. Bermula dari Das Kapital pada abad ke-19 hingga gerakan anti-globalisasi pada akhir abad ke-20, sudah banyak yang menjangkakan bahawa sistem kapitalisme global akan runtuh disebabkan oleh sifatnya sendiri yang serba berlebihan dan tamak.
Sebahagian pihak berpendapat bahawa krisis September 2008 bukanlah akhir dari kapitalisme. Mereka melihat bahawa hal itu hanyalah gelembung (bubble), seperti yang sudah sering terjadi dalam sistem kapitalisme. Akan tetapi, fakta menunjukkan bahawa banyak negara besar termasuk AS dan UK telah menyuntik modal yang jumlahnya tercatat sebagai rekod terbesar dan tidak pernah terjadi sebelumnya. Hal ini untuk menyelamatkan sektor perbankan daripada kemungkinan bankrap secara total.
Bank-bank dinasionalisasi–sesuatu yang pantang (taboo) bagi mereka yang meyakini pasar bebas—bukannya dibiarkan jatuh seperti Lehman Brothers. Pasar saham di seluruh dunia jatuh terjerembab hingga mencapai level terendah yang pernah terjadi dalam sejarah. Kesannya terhadap elaun persaraan, inflasi, cukai, kepemilikan rumah, dan pengangguran dijangkakan akan sangat mengerikan, walaupun akibat yang lebih luas masih belum diketahui.
Tragedi kemanusiaan yang mungkin muncul sebagai efek domino krisis tersebut terhadap perekonomian di negara-negara miskin juga tidak kalah mengerikan. Implikasi geopolitik dari pincangnya perekonomian AS akan terbuka selama beberapa tahun ke depan dalam cara yang masih sukar untuk dijangka.
Dalam pandangan kami, krisis yang sedang terjadi ini (ketika buku ini ditulis) merupakan permulaan dari berakhirnya era kapitalisme. Perkara yang paling jelas adalah fakta bahawa elemen paling mendasar dari keyakinan kapitalis, iaitu keyakinan yang mutlak terhadap pasar bebas kini telah hancur. Mereka tetap berhujah bahawa sistem yang berjalan sekarang ini masih berguna, tidak ada alternatif, dan berusaha membuat aturan yang lebih baik (menambal sistem yang ada). Namun, mereka tidak dapat mempertahankan prinsip paling asas yang menjadi landasan sistem dan yang menjadi dasar (foundation) tumbuhnya sistem itu.
Selain itu, realiti yang ada bukan saja menunjukkan bahawa ideologi pasar bebas telah gagal, tetapi juga beberapa prinsip fundamental kapitalisme merupakan penyebab langsung dari krisis yang terjadi. Walaupun demikian hingga kini belum ada yang mengusulkan perubahan terhadap prinsip-prinsip dasar tersebut.
Prinsip-prinsip tersebut, lebih terperincinya akan dibahas dalam tulisan ini, adalah sistem perbankan berasaskan `bunga’ (interest), sistem mata wang tetap, sistem perdagangan saham dan pasar derivatifnya, serta kegagalan untuk memahami bahawa tidak semua kepemilikan atas kekayaan boleh diberikan kepada tangan-tangan swasta. Lebih-lebih lagi, orang-orang di seluruh dunia di luar Barat yang masih silau oleh pesona semu kapitalisme, kini mula melihat bahawa cahaya kapitalisme mulai redup.
Setelah mereka cuba mengubahnya selama beberapa dekad, keyakinan mereka terhadap sistem model Barat ini makin mengecil. Kini makin banyak menimbulkan pertanyaan, bukannya memberikan jawapan. Apakah ini satu-satunya cara untuk melakukan transaksi perdagangan, mewujudkan kesejahteraan, dan melihat pertumbuhan ekonomi? Apakah baik untuk perniagaan jika perdagangan terjadi di dalam sistem yang tidak stabil kerana kesalahannya sendiri?
Di manakah keadilan apabila keuntungan sentiasa dikuasai oleh tangan-tangan swasta dan didorong oleh spekulasi di pasaran kewangan? Adilkah apabila pengguna dan pembayar cukai terpaksa menanggung penumpukan kerugian golongan kaya yang berpunca daripada transaksi berisiko tinggi yang mereka lakukan sendiri?
Bara api kapitalisme mungkin memang masih menyala dan memberikan panas untuk beberapa waktu, tetapi itu hanya tinggal bara. Seperti halnya konsep kebebasan dan demokrasi yang telah runtuh disebabkan adanya kes Abu Ghraib, Guantanamo Bay, dan penahanan secara sewenang-wenang, maka pasar bebas ala kapitalisme juga telah runtuh akibat kebankrapan sektor kewangan ini.
Masyarakat kini mencari sebuah alternatif lain. Mereka mencari kepemimpinan yang baik. Hanya Islam yang mampu memberikan alternatif seperti itu kerana Islam memiliki sistem yang pernah diterapkan dan teruji selama beberapa abad sebagai sistem yang mampu memberikan pertumbuhan ekonomi sambil mengagihkan kesejahteraan secara adil di tengah-tengah masyarakat, sesuatu yang secara faktanya tidak boleh dilakukan oleh kapitalisme.
Islam memberikan kestabilan ekonomi kerana mempunyai sistem mata wang yang khas, iaitu setiap wang yang beredar hendaklah dijamin sepenuhnya oleh emas dan perak. Islam melarang mekanisme pinjam-meminjam berasaskan `bunga’. Bank Islam, iaitu baitulmal, malah memberikan pinjaman tanpa bunga kepada para peniaga dan orang-orang yang memerlukan bantuan pinjaman.
Islam sangat menganjurkan perdagangan, tetapi juga menetapkan peraturan perdagangan yang jelas, tetap, dan tidak berpeluang berlakunya manipulasi politik oleh mereka yang mempunyai kekuatan melobi politik. Islam juga memberikan batasan atau had yang jelas terhadap kepemilikan dan kekuasaan negara yang digunakan untuk kepentingan awam. Adapun terhadap kepemilikan yang dikuasai individu warganegara, maka negara tidak berhak ikut campur sama sekali.
Buku ini bukan sekadar memperkenalkan sistem Islam, tetapi juga menawarkan solusi-solusi Islam terhadap masalah-masalah yang muncul dalam krisis kewangan sekarang. Ada dua hal dalam arus perkembangan nantinya, yakni masa depan ekonomi dunia dan kedudukan kekuatan politik pada tahun-tahun ke depan. Dalam keadaan perkembangan seperti itulah ada peluang terjadinya perubahan.
Oleh kerana itu, Dunia Islam bertugas menegakkan sistem Islam dengan adanya institusi Negara Khilafah. Semua ini untuk memimpin perubahan dan memberikan alternatif yang akan mengakhiri bukan sahaja kitaran gelembung dan ledakan itu, tetapi juga menutup jurang kesenjangan antara kaya dan miskin. Hal ini adalah suatu penderitaan yang gagal ditangani oleh kapitalisme walaupun sudah mendominasi dunia. Allah SWT berfirman, “Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya.” (TMQ Yusuf: 21).
Sumber: Jamal Harwood, Kewangan Global.
#KrisisKewanganGlobal #SistemKewangan #Kapitalisme

