Site icon MuslimahHTM News

Visi Sistem Politik yang Berjaya

Visi Sistem Politik yang Berjaya

Allah (swt) berfirman:

﴿قَدْ جَٓاءَكُمْ مِنَ اللّٰهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُب۪ينٌۙ * يَهْد۪ي بِهِ اللّٰهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ اِلَى النُّورِ بِاِذْنِه۪ وَيَهْد۪يهِمْ اِلٰى صِرَاطٍ مُسْتَق۪يمٍ﴾

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” [Al-Maidah: 15-16].

Segala puji bagi Allah atas nikmat al-Quran, segala puji bagi Allah atas nikmat iman, segala puji bagi Allah atas nikmat al-Quran!

Rahmat Tuhan kita begitu besar sehingga Dia (swt) berulang kali mempertemukan kita dengan Ramadhan. Walaupun kebanyakan manusia mungkin tidak menyedari rahmat ini, Allah, Tuhan sekalian alam, mengurniakan rahmat Ramadhan berulang kali kepada seluruh umat manusia. Sesungguhnya seluruh manusia lain tidak akan memahami nikmat ini melainkan umat Islam sendirilah yang memahaminya. Nikmat ini adalah nikmat yang menghapuskan dominasi kegelapan dengan membawa mesej untuk menggantikannya dengan Cahaya Islam, satu formula yang membimbing seluruh manusia kepada kejayaan. Mesej ini adalah pesan untuk memperoleh kejayaan tertinggi di dunia dan di akhirat…

Tiada sesuatu bangsa pun boleh berjaya tanpa sebuah negara. Namun, kejayaan sesebuah negara bergantung pada sama ada ia mempunyai visi politik yang berjaya atau tidak. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan kejayaan sesebuah negara?

Sejak awal kewujudannya, manusia hanya mampu bertahan hidup dengan mengharapkan sebuah sistem dan tadbir urusnya. Kesan-kesan peninggalan bangsa-bangsa yang memiliki sistem tersebut masih dapat ditemui sehingga ke hari ini. Misalnya, “Kod Ur-Nammu” milik kaum Sumeria yang wujud sekitar 2100 SM; atau Kod Hammurabi yang wujud sekitar 1760 SM; atau tentang Empayar Mongol yang kita ketahui telah mencapai kegemilangannya di bawah kepimpinan “Kod Yassa” Genghis Khan pada abad ke-12; dan banyak lagi…

Semua ini membuktikan bahawa setiap bangsa memerlukan undang-undang dan peraturan, iaitu sebuah sistem; dan bahawa sbeuah bangs aitu memerlukan sistem hukuman apabila terjadi pelanggaran terhadap undang-undang; memerlukan autoriti yang mentadbir berdasarkan undang-undang tersebut; dan yang paling penting, setiap bangsa tunduk kepada pihak yang memiliki autoriti (kekuasaan). Secara ringkasnya, setiap bangsa sentiasa memerlukan, dan masih memerlukan seorang pemimpin untuk membimbing mereka. Sepanjang zaman, setiap bangsa telah mengikuti seseorang. Setiap bangsa memerlukan KEKUATAN POLITIK yang memimpinnya, mengatur, dan memikul tanggungjawab terhadap urusan mereka, menangkis bahaya dan ancaman, mengangkat mereka daripada kehidupan primitif kepada penguasaan ke atas dunia dengan cara progresif dan tercerahkan (bertamadun). Inilah sebenarnya definisi politik!

Walau bagaimanapun; masalah terbesar sentiasa terletak pada persoalan dan cabaran tentang di mana untuk mencari sistem ini, dan oleh siapa ia harus dibentuk. Selain itu, sejarah juga telah membuktikan bahawa sistem yang rosak akan menggagalkan bangsa-bangsa, dan lambat laun akan membawa kepada kemerosotan bahkan kehancuran mereka.

Sedangkan, sistem yang baik dan lahir daripada pemikiran yang sahih:

Hari ini, manusia di seluruh dunia, termasuklah yang berada di Eropah dan Amerika yang kononnya maju, sedang menderita pada tahap penderitaan yang sama sebagaimana penduduk di wilayah-wilayah yang terhalang secara paksa daripada pembangunan melalui penjajahan, pencerobohan dan peperangan oleh negara-negara Barat. Mereka juga tidak mampu melindungi generasi mereka daripada bahaya apa pun, malah kehilangan harapan terhadap masa depannya, sehingga enggan melahirkan zuriat lagi. Ini kerana, sistem yang mengatur mereka telah membius mereka dengan dadah yang bergelar “kebebasan”, sehinggakan ia merampas bukan hanya kekayaan material, bahkan juga nilai kemanusiaan, moral dan agama. Sehinggakan tubuh kanak-kanak yang tidak bersalah pun dijadikan alat untuk memenuhi nafsu syaitan dan sesat segelintir pihak yang memiliki kekuasaan.

Kita juga melihat bahawa, mereka yang menderita akibat peperangan dan pencerobohan sebaliknya telah berusaha lebih gigih dan mengerahkan sepenuh tenaganya untuk bertahan hidup, dan mempertahankan keberadaan mereka meskipun ditimpa pelbagai bentuk penindasan berbanding yang lain. Terutamanya, umat Islam yang tertindas di wilayah Islam seperti di Gaza, Sudan, Turkistan Timur, Myanmar atau Kashmir. Walaupun mengalami penindasan dan penderitaan yang dahsyat, namun lebihs edikit yang mengalami kegelisahan dan kemurungan akut berbanding mereka yang hidup dalam keadaan kononnya bebas dan aman. Malah, peningkatan bilangan orang yang lebih memilih mati daripada hidup (bunuh diri) di negara-negara bebas dan maju, yang memiliki semua peluang ekonomi, adalah disebabkan oleh sistem yang menguasai dunia yang tidak mampu dan tidak mahu menyelesaikan masalah manusia.

Dan sejarah telah menunjukkan bahawa satu-satunya sistem yang pernah memastikan pembangunan dan kemakmuran bagi manusia dan masyarakat—, yang berjaya memelihara nilai-nilai akhlak, kepercayaan dan keamanan dalam interaksi sosial, dalam interaksi antara yang diperintah dan pemerintah, yang berjaya mewujudkan keadilan secara konsisten dan tidak pilih kasih dalam pelaksanaan undang-undangnya; serta yang berjaya melindungi mereka yang berada di bawah perlindungannya walaupun dalam berbagai situasi buruk dan daripada semua jenis ancaman, — ialah Sistem Islam. Inilah bagaimana masyarakat Islam mampu mewujudkan suatu suasana yang unik, murni dan setiasa segar buat pertama kalinya dalam sejarah manusia. Ia mencapainya melalui visi kejayaan sebenar yang merupakan kunci kepada sistem politik yang sihat.

Mereka yang menganut visi politik ini tidak maju sama ada melalui wang, atau melalui eksploitasi sumber bumi, mahupun melalui inovasi dan penemuan Perindustrian. Tidak, malah mereka tetap berjaya sekalipun menderita kemiskinan yang begitu parah, sehingga mereka terpaksa mengikat batu pada perut mereka kerana kelaparan.

Ini kerana, pembangunan atau kemajuan sebenar hanya boleh dicapai melalui idea-idea, dan bukannya kekayaan material semata-mata. Pada akhirnya, idea-idea mereka yang lahir daripada visi kejayaan yang sejati (benar) turut memberikan mereka kekayaan material, pencapaian saintifik dan perindustrian, penemuan-penemuan yang membuka cakerawala baharu bagi umat manusia, bahkan juga kekuatan ketenteraan.

Namun, apabila mereka mula menjauhkan diri daripada idea-idea tersebut, mereka telah memasuki kemerosotan yang tidak dapat dielakkan, sehingga pada akhirnya menyebabkan mereka tidak lagi mampu mempertahankan kekayaan ideologi mereka sendiri . Oleh itu — sebagaimana dua darab dua sama dengan empat — umat Islam akan kembali mencapai kejayaan politiknya sebaik sahaja ia merebut kembali kekayaan ideologi tersebut.

Jadi, bagaimanakah umat Islam akan menuntut semula kekayaan ideologi ini?

Pertama sekali; umat perlu menolak tafsiran orientalis tentang Islam yang ditentukan oleh penjajah kuffar (orang kafir), dan mengiktiraf Islam sebagai risalah penyelamat dan kejayaan yang dihantar oleh Allah (swt). Kerana akidah “La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah” menuntut penolakan total terhadap sebarang idea luar atau bentuk pemikiran dari luar Islam, dengan “LA” (لا) yang tegas dan mantap; dan ini bertentangan dengan cara berfikir Nasrani. Oleh itu, janganlah mengurangkan ikrar ini hanya kepada definisi terhad bahawa Allah sebagai “pencipta” sahaja, tetapi sebaliknya untuk mengiktiraf-Nya sebagai pemilik, raja dan pemerintah yang sebenar bagi segala-galanya. Hal ini kerana, sebagai pemilik, raja dan pemerintah segala-galanya, Allah (swt) telah menurunkan Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan menyeluruh. Sebenarnya, inilah persyaratan yang paling mendasar.

Sebaliknya, jika pemikiran yang menganggap Allah hanya menetapkan beberapa ibadah ritual dan larangan, tetapi membiarkan urusan dunia kepada kehendak dan keinginan manusia, hal ini seumpama menuduh Allah tidak adil. Dengan demikian, itu terang-terangan merupakan fitnah terhadap Allah.

Sebaliknya; Tuhan kita dengan jelas telah menyatakan bahawa Dia (swt) telah menghantarkan kepada kita satu sistem kehidupan yang sempurna untuk seluruh manusia:

﴿اَلْيَوْمَ يَئِسَ الَّذ۪ينَ كَفَرُوا مِنْ د۪ينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِۜ اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ د۪ينَكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَت۪ي وَرَض۪يتُ لَكُمُ الْاِسْلَامَ د۪ينًا﴾

“Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. ” [Al-Maidah: 3].

Sebab itu, Islam adalah satu-satunya ideologi yang sahih yang menyelamatkan umat Islam daripada penindasan, serta memberikan mereka intipati dan kunci menuju kemajuan yang berjaya. Ketika umat Islam bebas dan maju, maka setiap manusia akan diselamatkan dan dibimbing ke arah kemajuannya.

Ideologi ini memberikan kekuatan spiritual yang akan menanamkan dalam diri seorang Muslim yang menganut nilai-nilai akhlak tertinggi (seperti kebenaran, kejujuran, dan amanah) serta sifat-sifat kemanusiaan yang paling unggul (seperti keberanian, kepahlawanan, dan kemurahan hati) yang boleh dibanggakan dan dipuji; kekuatan material, melalui sistem ekonominya, untuk memenuhi keperluan jasmani dan material diri sendiri, keluarga, jiran, seluruh masyarakat, dan seluruh umat manusia secara adil dan saksama; serta kekuatan spiritual dalaman yang membentuk hati nurani yang sedar akan hubungannya dengan Allah. Bukankah kekuatan dari segi material, moral, dan rohani merupakan kriteria yang dicari oleh manusia hari ini dalam visi politik yang berjaya?! Jadi, inilah visi politik yang berjaya yang memenuhi semua kriteria ini seratus peratus: Islam!

Setiap Muslim mengetahui ayat Allah (swt) ini dengan baik:

اِنَّ اللّٰهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوا مَا بِاَنْفُسِهِم﴾

“ Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” [Ar-Ra’d: 11].

Terdapat dua aspek yang perlu difahami dalam ayat ini:

Pertama, sekiranya sesuatu bangsa tidak meninggalkan sumber akhlaknya yang baik, maka Allah tidak akan mengambil nikmat-Nya daripada bangsa tersebut. Bahkan itulah faktor penyebab murka Allah ke atas semua manusia, umat, dan bangsa-bangsa sebelum kita. Tatkala mereka meninggalkan peraturan dan hukum Allah dan menerima pakai undang-undang, peraturan dan nilai-nilai dari fikiran mereka sendiri, Allah membawa mereka kepada kemusnahan dan kebinasaan, sebagaimana yang diterangkan dalam Surah Ar-Rad ayat 11 yang seterusnya, bahawasanya tidak ada sesiapa pun yang dapat menolak atau menolong mereka apabila Allah menghendaki bala bencana ke atas mereka.

Maksud ini juga disokong dalam ayat al-Quran yang lain:

﴿وَمَنْ اَعْرَضَ عَنْ ذِكْر۪ي فَاِنَّ لَهُ مَع۪يشَةً ضَنْكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اَعْمٰى﴾

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [Taha: 124]

Cara kedua untuk memahami ayat ini ialah dengan meneruskan kembali sistem wajib yang telah Allah tetapkan — iaitu sistem politik Allah yang membentuk nafs , jati diri umat Islam — serta kembali meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Allah (swt) adalah Maha Pengasih dan Dia tidak pernah meninggalkan mereka yang kembali kepada-Nya, dan Dia tidak menjadikan mereka gagal.

﴿وَعَدَ اللّٰهُ الَّذ۪ينَ اٰمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْاَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذ۪ينَ مِنْ قَبْلِهِمْۖ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ د۪ينَهُمُ الَّذِي ارْتَضٰى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ اَمْنًاۜ يَعْبُدُونَن۪ي لَا يُشْرِكُونَ ب۪ي شَيْـًٔاۜ وَمَنْ كَفَرَ بَعْدَ ذٰلِكَ فَاُو۬لٰٓئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.” [An-Nur: 55]

Berdasarkan semua ini, kita melihat bahawa umat Islam memerlukan bimbingan daripada sebuah kerja politik berideologi yang berasaskan ideologi Islam, tidak mengambil tindakan sedikit atau sekecil apa pun di luar apa yang diwajibkan oleh Al-Quran dan Sunnah, dan yang tidak mempunyai matlamat lain selain dari apa yang ditetapkan oleh Islam – dan pembimbing/pemimpin itu hanyalah sebuah parti politik Islam. Hal ini, pada masa yang sama merupakan perintah Allah (swt):

﴿وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ﴾

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.“ [Ali ‘Imran: 104].

Inilah sebabnya mengapa umat Islam tidak boleh memahami risalah Islam hanya sebagai mesej-mesej kerohanian, tetapi sebaliknya sebagai PESAN POLITIK yang bertujuan untuk menyelamatkan dan memajukan umat manusia, sekaligus mengajak manusia kepada risalah yang membawa kejayaan ini.

﴿يَهْد۪ي بِهِ اللّٰهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُمْ مِنَ الظُّلُمَاتِ اِلَى النُّورِ بِاِذْنِه۪ وَيَهْد۪يهِمْ اِلٰى صِرَاطٍ مُسْتَق۪يمٍ﴾

“Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” [Al-Maidah: 16]

Mungkin kita boleh meringkaskan semua perkara di atas dengan cara berikut:

Setiap satu daripada sistem politik yang diterapkan pada hari ini telah terbukti gagal. Telah terbongkar bahawa mereka menyeret manusia ke dalam fatamorgana di tengah-tengah padang pasir yang panas dan kering. Oleh yang demikian, satu-satunya sistem yang berkemampuan dan tidak diragukan lagi mempunyai visi kejayaan yang benar, kukuh dan berkelanjutan adalah Islam, dan itulah, umat Islam yang bertakwa (muttaqin), ikhlas (mukhlis), dan suci (muhsin). Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah berganding bahu untuk berusaha bagi menegakkan semula kehidupan dan sistem yang berasal daripada Akidah Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah (swt) dan ditunjukkan oleh Rasul-Nya (saw). Bentuk terwujud sistem ini hanyalah yang dijanjikan oleh Allah (swt), yang diisytiharkan oleh Rasul-(saw), yakni Negara Khilafah Rashidah Kedua (Khilafah yang dipimpin dengan benar), yang perlu ditegakkan semula berdasarkan manhaj Kenabian.

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

oleh Zehra Malik (Allahyarhamah, w.2026)

#VisiSejatiDemiPerubahan #TrueVision4Change #VisiKejayaan #KemenanganIslam #MasyarakatMuslimIdeal

Exit mobile version