Site icon MuslimahHTM News

Bahagia

Bahagia

 

Oleh: H.M. Ismail Yusanto

 

Bulan September 2025 lalu, saya bertemu dengan seorang lelaki separuh baya usia saya. Dia mengaku bahawa dirinya seorang agnostik. Dia berkahwin dengan seorang Muslimah secara Islam dan pernah menunaikan umrah ke tanah suci. Akan tetapi, anak lelaki kepada seorang pendeta ini tidak solat atau melakukan kewajipan lain seperti seorang Muslim. Cukup lama berbual sehingga sampai kepada soal kebahagiaan. Dia berkata, “Saya tidak mencari kebahagiaan, tetapi ketenangan (peace).”

 

++++

 

Rasanya, tiada orang di muka bumi ini yang tidak ingin bahagia. Persoalannya ialah dari mana dan bagaimana kebahagiaan itu diperoleh? Ada beberapa sumber rasa bahagia:

 

Pertama, Perolehan. Pada umumnya orang akan merasa bahagia jika memperoleh sesuatu (mendapatkan sesuatu). Mendapatkan pasangan hidup, keturunan, keuntungan perniagaan, harta, barang atau benda yang diingini, jawatan dan lain-lain. Memang manusia mempunyai gharîzah atau naluri berupa kecintaan untuk memiliki (hubbut-tamalluk).

 

Kerana terlalu ingin mendapatkannya, sehingga ramai orang kemudian melakukan ‘mengambil’. Ada yang dilakukan dengan cara yang benar, tetapi ramai yang lakukannya dengan cara yang salah. Mencuri, menipu, manipulasi, merompak dan rasuah adalah cara-cara jahat untuk mendapatkan sesuatu dengan lebih banyak.

 

Kedua – Giving (Memberi). Secara harfiah, giving membuat seseorang kehilangan atau setidaknya mengurangi apa yang dia miliki. Namun, berbagai kajian menunjukkan bahawa dalam memberi itu orang boleh mendapatkan kebahagiaan lebih daripada sekadar getting. Dalam hadis sahih riwayat al-Bukhari Muslim, Nabi SAW mengingatkan, bahawa tangan di atas lebih baik daripada pada tangan di bawah. Maknanya, tangan yang memberi lebih mulia dan bahagia daripada tangan yang meminta. Giving menumbuhkan makna diri, menenangkan hati dan memperluas keberkahan. Memberi—baik dalam bentuk harta, tenaga mahupun kasih sayang—menghubungkan manusia dengan nilai ilahi rahmah (kasih sayang Allah). Inilah sumber kebahagiaan sejati yang tak bergantung pada material. Bahkan Allah SWT menyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 92, bahawa kita sekali-kali tidak akan memperoleh kebajikan (al-birr) sebelum kita menafkahkan sebahagian harta yang kita cintai. Ayat ini menegaskan bahawa kebajikan hanya akan diraih saat seseorang berani memberi, bahkan untuk hal yang paling dia cintai. Dalam bahasa spiritual, memberi adalah bentuk tertinggi dari syukur.

 

Ketiga – Obeying (Ketaatan). Jika getting dan giving dilakukan dalam kerangka ketaatan (obeying) kepada Allah, maka itu akan menjadi asas kebahagiaan yang luar biasa. Dengan mentaati perintah-Nya, seseorang memperoleh ketenangan. Demikian sebagaimana firman Allah dalam Surah an-Nahl ayat 97 (yang bermaksud): Siapa saja yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Allah akan memberikan kehidupan yang baik (hayât[an] thayyib[an]). Kehidupan yang baik di sini ditafsirkan oleh para ulama sebagai ketenangan jiwa, redha terhadap takdir dan rasa cukup.

 

Allah SWT juga menyatakan hal serupa dalam Surah al-Ahzab ayat 71 (yang bermaksud): Siapa saja yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan mendapatkan kemenangan yang besar (fawz[an] azhîm[an]). Kemenangan besar dalam ayat ini difahami bukan hanya kemenangan di akhirat, tetapi juga ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia. Ketaatan kepada Allah menjadikan hati stabil; tidak mudah tergugat oleh rancaknya dunia. Itulah sebabnya orang yang taat kepada Allah hidupnya tenang kerana hatinya terikat pada kehendak Tuhan, bukan pada perubahan dunia. Ketaatan membawa kedamaian kerana jiwanya tunduk pada kehendak Allah, bukan pada hawa nafsu.

 

Keempat – Sacrificing (Pengorbanan). Bukan memberi atau mendapat apatah lagi mengambil. Ternyata kebahagiaan yang lebih mendalam diperolehi melalui pengorbanan (sacrificing), yang dilakukan demi ketaatan kepada Allah. Melalui pengorbanan, hati menjadi lebih kuat, iman tumbuh dan kebahagiaan yang dalam muncul; bukan yang dangkal dan sementara.

 

Kebahagiaan muncul bukan saat kita memiliki segalanya, tetapi saat kita rela kehilangan sesuatu demi sesuatu yang lebih bermakna. Itulah yang dicontohkan oleh Nabi Ibrahim. Demi ketaatannya kepada Allah, dia rela meninggalkan isteri yang amat dicintai dan anaknya yang masih dalam gendongan di lembah yang tak berpenghuni. Dia juga tidak ragu-ragu menyembelih anaknya yang sudah sangat lama dia nantikan. Semua itu dilakukan demi ketaatannya kepada Allah, memenuhi perintah-Nya.

 

Pengorbanan mengajarkan bahawa memberi untuk Allah justeru menumbuhkan jiwa dan menghapus kesempitan hati. Sacrificing (pengorbanan) adalah ujian cinta sejati kepada Allah. Seorang Mukmin bahagia bukan kerana hidupnya tanpa pengorbanan, tetapi kerana dia tahu setiap pengorbanan untuk Allah itu tidak pernah sia-sia. Lebih-lebih lagi jika dengan pengorbanan itu, yang bakal dia dapat adalah sesuatu yang jauh lebih berharga: syurga. Dalam Surah at-Taubah ayat 111 disebutkan bahawa Allah membeli jiwa dan harta seorang yang beriman dengan bayaran syurga dalam jihad fî sabilillah. Disebabkan itu, mengorbankan diri dan harta untuk memenuhi panggilan jihad menjadi terasa ringan adanya, kerana syurga tidak sebanding dengan apapun di dunia, inikan pula sekadar diri dan harta yang tak seberapa.

 

Kelima – Fulfilling (Pemenuhan). Oleh kerana itu, nyatalah bahawa kebahagiaan itu pada akhirnya diperoleh melalui fulfilling — memenuhi misi atau tujuan penciptaan manusia, iaitu beribadah kepada Allah. Demikian sebagaimana firman Allah dalam Surah az-Zariyat ayat 56, bahawa tidak diciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada Allah. Dengan menunaikan peranan ini, manusia merasa hidupnya bermakna, tidak kosong. Dia menemukan purpose (tujuan) — dan itulah sumber kebahagiaan yang tidak boleh dibeli.

 

Dalam Surah al-Mu’minun ayat 1 hingga 9, Allah menyebut ciri-ciri orang-orang yang beriman yang beruntung, “Qad aflaha al-mu‘minûn (Sungguh beruntunglah kaum Mukmin itu).” Beruntung di sini bukan sekadar kejayaan material, tetapi bahagia, tenang dan puas secara spiritual yang diperoleh setelah memenuhi kewajipan, misi dan tujuan. Jadi, kebahagiaan sejati datang ketika seseorang memenuhi peranannya sebagai hamba Allah — sebagai anak, ibu bapa, suami-isteri, pemimpin, pekerja, pengusaha, dan lainnya — dengan penuh tanggung jawab.

 

++++

 

Jelas sekali, ada hubungan sangat erat antara kebahagiaan (as-sa‘âdah) dengan ketenangan (peace). Keduanya tidak boleh dipisahkan. Ketenangan adalah buah dari kebahagiaan spiritual — saat hati sudah redha, taat, dan penuh makna. Banyak orang mengejar peace, tetapi Islam mengajarkan bahawa peace adalah buah dari hidup yang penuh iman dan amal soleh. Dalam Surah al-Fath ayat 4 dinyatakan Allah menurunkan ketenangan ke dalam hati kaum Mukmin agar keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka yang telah ada.

 

Jadi, kebahagiaan (as-sa‘âdah) adalah jalan menuju ketenangan (peace). Keduanya hanya dapat dicapai ketika manusia getting close to Allah, giving sincerely, obeying faithfully, fulfilling life’s purpose, dan sacrificing patiently. Dengan kata lain, kebahagiaan sejati (as-sa‘âdah al-haqîqiyyah) bukan hasil dari taking (mengambil), apatah lagi dari jalan yang haram; tetapi dari giving, obeying, sacrificing, dan fulfilling (memberi, mentaati, memenuhi dan berkorban di jalan Allah).

 

Jiwa manusia sesungguhnya diciptakan untuk memberi, tunduk, berkorban dan berbuat baik; bukan sekadar memiliki. Semua itulah yang membuat hati menjadi tenteram, seperti yang disebut dalam Surah ar-Ra’d ayat 28, hanya dengan mengingat Allah hatimu menjadi tenang. Bentuk tertinggi dari “mengingat Allah” adalah dengan menjalani hidup sesuai perintah-Nya, memberi manfaat dan menunaikan amanah dengan ikhlas. Ertinya, seseorang gets peace and joy not by taking more, but by finding meaning through remembrance of Allah.

 

Oleh sebab itu, tak ada kebahagiaan yang sungguh-sungguh membahagiakan tanpa iman dan ketaatan kepada Allah SWT. Yakin.

 

 

#bahagia #mukminsejati #HakikatBahagia #MuslimBahagia

Exit mobile version