Mentransformasi “Generasi Strawberi”
Oleh: Abi Bachrain
Istilah “generasi strawberi” kini viral untuk menyebut anak muda yang kelihatan menarik daripada luar, namun rapuh saat menghadapi tekanan. Fenomena anxiety (kebimbangan berlebihan), overthinking (terlalu banyak berfikir), hingga kemurungan melanda generasi milenial dan Gen Z. WHO mencatatkan 1 daripada 7 remaja mengalami gangguan mental. Pertanyaannya: mengapa generasi yang hidup di era kemajuan teknologi justeru lebih rapuh mentalnya?
Jawapannya ada pada sistem sekularisme yang memisahkan agama daripada kehidupan. Sistem pendidikan sekular hanya fokus pada aspek kognitif dan skill (kemahiran) untuk mencetak pekerja, bukan membangunkan keperibadian islami. Kurikulum yang berganti-ganti tanpa visi jelas membuatkan generasi kehilangan arah hidup. Mereka diajar untuk mencapai kejayaan material, namun tidak diberikan jawapan: apa tujuan hidup ini? Akibatnya, muncul kekosongan rohani yang berhujung pada kerapuhan mental.
Allah SWT berfirman (yang bermaksud): “Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripadai ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta” [TMQ Thaha (20): 124]
Ayat ini menjelaskan bahawa kehidupan tanpa petunjuk Allah pasti menghasilkan kesempitan hidup, di antaranya kegelisahan jiwa.
Rasulullah SAW bersabda, “Ketahuilah bahawa di dalam jasad ada segumpal daging. Jika ia baik maka baiklah seluruh jasad. Jika ia rosak maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah, ia adalah hati.” (HR. al-Bukhari-Muslim).
Hati yang tidak terhubung dengan Allah akan rapuh menghadapi ujian kehidupan.
Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam kitab Asy-Syakhshiyyah al-Islâmiyyah jilid I menyatakan, keperibadian islami (syakhshiyyah islamiyyah) terbentuk daripada pola fikir (‘aqliyyah) dan pola sikap (nafsiyyah) yang dibangun atas akidah Islam. Sistem sekular justeru merosakkan keduanya dengan menanamkan materialisme sebagai standart kebahagiaan dan liberalisme sebagai pandangan hidup. Hasilnya: generasi yang bingung, mudah menyerah dan hilang ketahanan mental.
Penyelesaiannya bukan sekadar kaunseling atau terapi psikologi, melainkan kembali pada sistem kehidupan Islam yang menjadikan akidah sebagai asas. Pendidikan Islam perlu membina kesedaran bahawa hidup adalah ujian untuk meraih keredhaan Allah, bukan sekadar mengejar kejayaan dunia. Dengan akidah yang kukuh, generasi Muslim akan memiliki ketahanan mental yang kuat kerana mereka memahami hakikat hidup dan tidak mudah digoncang oleh tekanan dunia.
Islam tidak mencetak generasi strawberi, tetapi generasi yang berkeperibadian islami yang kukuh dalam akidah dan kuat dalam menghadapi kehidupan. WalLâhu a’lam.
#GenerasiStrawberi #GenZ #GenerasiMuslim

