Site icon MuslimahHTM News

Multilevel Pahala

Multilevel Pahala

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ اتَّبَعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mengajak kepada petunjuk, baginya pahala seperti pahalanya orang yang mencontohnya (mengikutinya), tanpa dikurangi pahalanya sedikit pun. Dan barang siapa yang mengajak pada kesesatan, dia menanggung dosa sebanyak dosa orang yang mencontohnya (mengikutinya), tanpa dikurangi dosanya sedikit pun.” (HR. Darimi)

 

Dalam dakwah ternyata ada konsep ‘pahala pasif’. Bagaimana tidak? Barang siapa yang mengajak pada satu kebaikan, satu petunjuk, lalu diikuti oleh orang lain maka pahala akan terus mengalir padanya. Semakin banyak orang yang ditunjuk kepada Islam melalui perantaraannya semakin banyak pula pahalanya di sisi Allah. Begitu juga sebaliknya dalam keteladanan kemaksiatan, dosa akan ikut mengalir ketika kemaksiatan itu terus diikuti. Na’ūzu billāhi min zälik.

 

Cita-cita Nabi sangatlah tinggi, iaitu bagaimana caranya agar agama ini boleh sampai ke seluruh dunia, sedangkan baginda sangat faham bahawa usianya tidak panjang. Maka bagaimana caranya agar dakwah tetap sampai ke seluruh penjuru dunia? Jawapannya adalah dengan mengalihkan kewajipan dakwah ini ketika Haji Wada.

 

Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya darah kalian, harta kalian, harga diri kalian itu semua haram sebagaimana haramnya hari ini, sebagaimana haramnya tempat ini, sebagaimana haramnya bulan ini. Darah kaum Muslimin adalah suci dan haram untuk ditumpahkan. Harga diri kaum Muslimin adalah mulia dan haram dihinakan. Harta kaum Muslimin juga suci dan haram untuk diambil tanpa haq. Nabi SAW mengulang-ulang perkara ini. Kemudian baginda mengangkat kepalanya ke arah langit dan berkata, “Ya Allah apakah aku sudah menyampaikan agama ini kepada umat? Ya Allah apakah aku sudah menyampaikan agama ini kepada umat? Dalam riwayat yang lain disebutkan maka para sahabat pun menjawab bahawasanya Nabi telah menyampaikan.

 

Rasulullah SAW mewasiatkan agar yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir. Mari kita buat kira-kira sedikit. Pada saat itu, sahabat yang hadir jumlahnya sekitar 124,000, sedangkan berapa jumlah sahabat yang meninggal dunia di Madinah dan Hijaz? Guruku mengatakan lebih kurang hanya 10,000 orang. Kemudian, selebihnya meninggal di mana? Semuanya meninggal di luar Mekah dan Madinah. Cuba bayangkan satu kali solat di Madinah lebih utama daripada 1,000 kali solat di luar Madinah, satu kali solat di Mekah lebih utama daripada 100,000 kali solat di luar Mekah, pertanyaannya, bagaimana mungkin para sahabat lebih memilih untuk meninggalkan tanah yang penuh barakah ini? Jawapannya tidak lain adalah kerana dakwah.

 

Sebaik-baik tempat tinggal di muka bumi adalah Mekah dan Madinah, tapi sebaik-baik tempat untuk dakwah adalah di luar Mekah dan Madinah. Mengapa Mekah dan Madinah boleh seramai hari ini? Kerana sahabat yang tersebar ke luar Mekah dan Madinah.

 

Sumber: Revive Your Dakwah (Ayu Paranitha)

 

#muhasabahdakwah #DakwahIslamKaffah #MultilevelPahala #ayuhumatbangkit #masyarakatmuslimideal #truevision4change #visisejatidemiperubahan

 

 

Exit mobile version