Site icon MuslimahHTM News

Hukum Mengakui Kedaulatan Entiti Yahudi

Hukum Mengakui Kedaulatan Entiti Yahudi

 

Jam‘iyyah al-Ishlâh al-Ijtimâ‘î pada tahun 1990 M/1410 H menerbitkan “Fatwa Ulama Muslim mengenai Larangan Menyerahkan Mana-mana Bahagian Palestin”. Fatwa ini telah ditandatangani oleh 63 ulama dari seluruh penjuru dunia Islam, yang menyatakan bahawa:

 

“Kami yang menandatangani dokumen ini menyatakan kepada umat Islam dalam keadaan yang sukar ini, bahawa kaum Yahudi adalah orang yang paling memusuhi orang-orang yang beriman. Mereka telah merampas Palestin, mencabul kehormatan umat Islam di sana, mengusir penduduknya, serta menodai tempat-tempat sucinya. Mereka tidak akan pernah merasa tenang sehingga mereka menghancurkan agama umat Islam, mengakhiri eksistensi mereka, dan berkuasa atas mereka di mana pun mereka berada.

 

Kami menyatakan, berdasarkan janji dan sumpah yang telah diambil oleh Allah ﷻ daripada kami untuk menjelaskan kebenaran, bahawa jihâd adalah satu-satunya jalan untuk membebaskan Palestin. Tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan untuk memberikan pengiktirafan kepada kaum Yahudi walaupun seinci tanah Palestin. Tiada sesiapa atau mana-mana pihak yang berhak mengakui keberadaan kaum Yahudi di tanah Palestin, menyerahkan mana-mana bahagiannya dari tanah tersebut kepada mereka, atau mengakui hak apa pun bagi mereka di sana.

 

Sesungguhnya pengakuan tersebut merupakan satu pengkhianatan kepada Allah ﷻ, Rasul, dan kepada amanah yang telah dipercayakan kepada umat Islam untuk dijaga. Allah ﷻ berfirman (yang bermaksud):

 

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).” (TMQ. al-Anfâl [8]: 27).

 

Maka pengkhianatan mana yang lebih besar daripada menjual tempat-tempat suci umat Islam dan menyerahkan negeri-negeri Muslim kepada musuh-musuh Allah ﷻ, Rasul-Nya, dan orang-orang mukmin?

 

Kami meyakini bahawa Palestin adalah tanah Islam dan akan kekal menjadi milik Islam. Para pahlawan Islam akan membebaskannya dari noda kaum Yahudi seperti penakluk, Salâhuddîn, membebaskannya dari noda tentera Salib.”

 

Sumber: “Al-Qadhiyyah al-Filasthîniyyah” – Dr. Muhammad bin ‘Abdullâh al-Mas‘arî

 

 

Exit mobile version