Site icon MuslimahHTM News

Perkara yang Qath’ie Dalam Metode Dakwah

Perkara yang Qath’ie Dalam Metode Dakwah

 

Jika kaum Muslim berselisih dalam memahami ayat-ayat dan rinciannya, atau berselisih dalam memahami sîrah Nabi ﷺ dan berbagai dimensinya, maka sesungguhnya ada perkara-perkara yang bersifat qath’îe yang tidak boleh diperselisihkan dan tidak boleh tidak difahami. Di antara perkara yang paling menonjol dan terpenting adalah beberapa pembahasan yang telah disebutkan oleh al-Quran al-Karîm. Al-Quran memuat beberapa topik yang tidak diperselisihkan oleh dua orang pun, ditinjau dari sisi bahawa topik-topik tersebut telah diselesaikan dan dijelaskan oleh Islam.

 

Perkara-perkara tersebut bersifat qath’iyyah ats-tsubût (pasti valid sumbernya) kerana terkandung dalam ayat-ayat al-Quran al-Karîm, dan qath’iyyah ad-dalâlah (pasti konotasi maknanya) kerana maknanya terbatas pada pada satu topik tertentu, serta diperkuat dengan banyaknya ayat yang sama-sama membahas topik tersebut atau topik lainnya.

 

Oleh kerana itu, sangatlah mudah untuk memandang topik-topik ini sebagai agenda aksi yang telah dijalankan oleh Rasulullah ﷺ, mengenangkan baginda adalah penjelas bagi al-Kitab dan pemerinci bagi manusia terhadap apa yang diturunkan kepada mereka.

 

Dari sinilah, topik-topik ini wajib untuk dijadikan rangka kerja dan garis panduan perjalanan bagi parti atau kelompok mana pun yang menyeru kepada Islam. Maka, tidak boleh meninggalkannya atau meninggalkan satu bahagian pun daripadanya kerana alasan atau sebab apa pun. Kecuali jika panduan tersebut memang tidak ada. Namun, selagi panduan itu ada di setiap zaman dan di setiap negeri, maka keterikatan padanya adalah hal yang mutlak, menjadikannya sebagai manhaj (metode) dan garis perjalanan adalah sebuah kewajipan, serta meninggalkan sebahagian pun daripadanya adalah dosa, dan dianggap sebagai penyimpangan terhadap jalan al-Quran al-Karîm serta sîrah sang Penghulu Para Rasul ﷺ.

 

Orang yang meninggalkan satu bahagian saja daripadanya tidak berhak mendakwa bahawa dia berada di atas jalan Rasulullah ﷺ dan sunnahnya.

 

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul-Nya itu takut akan mendapat ujian atau ditimpa azab yang pedih.” (TMQ an-Nûr [24]: 63)

 

Sumber: “Nahj al-Qur’ân fi ad-Da’wah” – Syaikh Hafizh Shalih

 

#metodedakwah #DakwahIslamKaffah #MuhasabahDakwah

Exit mobile version