Site icon MuslimahHTM News

KRITERIA SUAMI YANG BAIK (Bahagian 2)

KRITERIA SUAMI YANG BAIK (Bahagian 2)

 

Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman

 

(Sambungan dari bahagian 1)

 

  1. Mampu memberi nafkah dan memikul beban

 

Tidak perlu kaya, tetapi mampu dan mahu berusaha, tidak malas dan tidak bergantung kepada orang lain. Suami juga tidak boleh menjadikan isterinya sebagai penanggung beban hidupnya atau hidup menumpang kepadanya.

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Cukuplah seseorang berdosa jika dia mensia-siakan orang yang menjadi tanggungannya.”

 

  1. Kesabaran, kebijaksanaan, dan pengendalian diri

 

Suami tidak dikendalikan oleh emosi dan kemarahan, serta tidak menjadikan rumah tangga sebagai arena konflik. Dia juga mampu mengendalikan diri dan menyelesaikan masalah dengan akal dan hikmah, bukan dengan kekerasan atau ancaman.

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Orang kuat bukanlah yang menang dalam gulat, tetapi yang mampu mengendalikan dirinya ketika marah.”

 

  1. Akhlak mulia dan keadilan di dalam rumah

 

Akhlak baiknya paling utama tampak di dalam rumah, bukan hanya di luar.

 

Dia tidak merendahkan isterinya, tidak menghancurkannya secara psikologi, dan tidak menggunakan qiwamah (kepemimpinan)-nya untuk merendahkan atau menghina.

 

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.”

 

  1. Mendahulukan keluarga dan meninggalkan egoisme

 

Dia tidak hidup hanya untuk dirinya, hawa nafsunya, dan keegoannya.

Dia memiliki jiwa pemimpin dan sentiasa bersedia untuk berkorban waktu, kenyamanan, dan keinginan peribadi demi menjaga dan melindungi keluarganya.

Lelaki yang tidak mahu berkorban tidak layak memimpin dan tidak layak membangun keluarga.

 

(Bersambung)

 

—————

#Kekeluargaan #KeluargaMuslimIdeal #SuamiIdeal

Exit mobile version