Site icon MuslimahHTM News

Palestin Memerlukan Misi Jihad Tentera Jauh Melebihi Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla

[Kenyataan Media] Palestin Memerlukan Misi Jihad Tentera Jauh Melebihi Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla

 

Di saat perang sedang berkecamuk di Timur Tengah antara Amerika, entiti Yahudi dan Iran, Malaysia telah melancarkan misi kemanusiaan ke Gaza di  bawah Global Sumud Flotilla (GSF), untuk kali yang kedua. Banyak pihak melihat bahawa masa (timing) yang dipilih sangat tidak kena, selain misi kali ini dipenuhi kontroversi, tidak sebagaimana kali pertama dahulu. Ramai yang membangkitkan kegagalan misi yang pertama di mana hampir kesemua barangan dirampas oleh entiti Yahudi, yang mungkin berulang kali ini, yang akan menjadikan misi ini bukan sahaja sia-sia, sebaliknya “membantu” entiti Yahudi mendapatkan bahan-bahan makanan dan keperluan harian secara percuma. Ramai menyuarakan bahawa misi ini sebenarnya sudah diketahui dari awal akan “membantu” entiti Yahudi, bukannya Gaza.

 

Bukan sekadar itu, banyak pihak yang “sinis” dengan misi kali ini berpunca daripada karenah beberapa peserta itu sendiri, yang telah terbukti pada kali pertama dahulu, memanfaatkan misi sebagai platform untuk meraih publisiti. Penglibatan artis, kaum wanita, malah ada yang berstatus isteri, yang pergi tanpa mahram, menambah lagi kontroversi, kerana melanggar hukum syarak berkenaan safar (perjalanan) dan juga wujud potensi besar berlakunya ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) di sepanjang perjalanan.

 

Apa yang menyebabkan orang-ramai bertambah “mual” dengan GSF 2.0 ini ialah penglibatan langsung parti pemerintah sehingga menjadikan misi ini tidak lebih sebagai kuda tunggangan kerajaan untuk memulihkan imej, setelah dikecam rakyat dengan kegagalan menangani pelbagai isu dalam negara. Misi kali ini diketuai langsung oleh Menteri Besar Selangor, yang dilantik mewakili Perdana Menteri Malaysia, dengan membabitkan penghantaran lebih 300 tan bantuan melalui 30 kontena hasil sumbangan orang ramai, syarikat, kerajaan negeri serta kerajaan persekutuan.

 

Terlepas dari semua itu, kami, di Hizbut Tahrir ingin menegaskan bahawa misi GSF 2.0 ini tidak akan dapat memadam hakikat bahawa Perdana Menteri Malaysia ialah seorang yang secara tak langsung “membantu” kemusnahan Gaza melalui kerjasama ekonomi yang kukuh dengan negara pembekal senjata pemusnah kepada entiti Yahudi. GSF 2.0 ini juga tidak akan dapat memadam hakikat bahawa Perdana Menteri Malaysia telah menari bersama Trump di saat Trump, melalui anak didiknya Yahudi, membantai Gaza sehingga meragut lebih 70,000 nyawa yang tidak berdosa. GSF 2.0 ini juga tidak dapat memadam hakikat bahawa Perdana Menteri Malaysia ialah seorang yang bersetuju dengan kewujudan entiti haram Yahudi sebagai sebuah negara yang sah, yang berdiri di atas darah dan nyawa warga Palestin. Dengan semua hakikat ini, lalu kerajaan melancarkan GSF 2.0 atas alasan untuk membantu Gaza?!

 

Kami ingin mengingatkan bahawa apa jua misi bantuan ke Palestin tidak seharusnya dilakukan untuk tujuan kepentingan politik, mencantikkan imej, mendapat nama dan populariti, meraih political mileage dan publisiti, atau untuk tujuan berbangga-bangga dengan usaha yang dilakukan. Misi seharusnya dijalankan semata-mata kerana Allah, atas asas akidah dan ukhuwwah Islamiyyah demi membantu saudara yang tertindas. Misi juga tidak seharusnya digunakan sebagai peluru untuk menembak atau menempelak orang lain bahawa “aku telah melakukan sesuatu sedangkan engkau tidak melakukan apa-apa”.

 

Kami seterusnya ingin mengingatkan bahawa masalah Gaza bukanlah masalah umat Islam yang memerlukan makanan, pakaian dan ubat-ubatan semata-mata. Tidak dinafikan yang warga Gaza amat memerlukan semua itu. Namun masalah Gaza sesungguhnya lebih jauh daripada itu. Gaza, sebagai sebahagian daripada Palestin, merupakan masalah tanah umat Islam yang dirampas, penduduknya dibunuh, diperangi dan diusir. Inilah akar permasalahan Gaza. Atas dasar ini, melihat dan membantu Gaza hanya dari aspek kemanusiaan atau mangsa semata-mata adalah suatu yang naif dan tidak akan menyelesaikan akar permasalahan. Kita tentunya tidak mahu memberi makan kepada mangsa hari ini, untuk terus dibunuh oleh pemangsa esoknya; kita juga tidak mahu memberi ubat-ubatan kepada mangsa hari ini, untuk terus dilanyak oleh pemangsa esoknya; dan kita tidak mahu mendirikan khemah-khemah untuk mangsa pada hari ini, untuk terus dihancurkan oleh pemangsa esoknya!

 

Ingatlah bahawa warga Gaza mahu kembali ke rumah masing-masing, menjalani kehidupan seharian seperti biasa, dan hidup sebagai orang yang merdeka, aman dan selamat dari sebarang ancaman. Semua ini tidak akan dicapai selagi pemangsa bebas berkeliaran dan tidak dihapuskan. Atas dasar itu, kami ingin mengingatkan dan menegaskan bahawa membantu Palestin bukanlah soal menyelamatkan mangsa semata-mata, tetapi yang lebih penting dan utama ialah menghapuskan pemangsa. Hanya dengan terhapusnya pemangsa barulah mangsa akan selamat sepenuhnya, dapat kembali ke tempat asal mereka, dapat menjalani kehidupan seharian mereka seperti biasa dan meraih kembali maruah serta kemuliaan mereka yang telah hilang.

 

Kami ingin menegaskan bahawa satu-satunya cara untuk menghapuskan pemangsa ialah dengan jihad fi sabilillah! Perang wajib dijawab dengan perang, pembunuhan wajib dijawab dengan pembunuhan, pengusiran wajib dijawab dengan pengusiran. Inilah satu-satunya jawapan ke atas si Yahudi perampas tanah dan pembunuh umat Islam. Tanpa jihad oleh tentera kaum Muslimin, walau seribu misi GSF digerakkan sekali pun, ia tidak akan pernah menyelesaikan isu Palestin, dan hanya akan terus menggembirakan Yahudi laknatullah kerana berpeluang mendapat bekalan percuma dari musuh mereka sendiri!

 

Tanpa mempertikaikan niat atau keikhlasan peserta, atau apa jua agenda penganjur di sebalik misi GSF 2.0 ini, kami ingin katakan bahawa para penguasa kaum Muslimin, lebih-lebih lagi tentera mereka, seharusnya berasa malu dengan usaha orang awam untuk membantu Palestin melalui misi kemanusiaan seperti ini. Orang awam terpaksa bergerak kerana penguasa dan tentera tidak bergerak; orang awam terpaksa membantu mangsa kerana penguasa dan tentera tidak menghapuskan pemangsa. Sungguh, tidak ada yang tersisa dengan penguasa umat Islam pada hari ini kecuali pengkhianatan!

 

Terakhir, kami ingin mengingatkan seluruh umat Islam bahawa Palestin memerlukan misi khas para tentera untuk membebaskannya, misi yang bukan untuk mencari nama, publisiti, populariti atau propaganda murahan, tetapi ikhlas semata-mata kerana Allah. Inilah misi yang apabila dijalankan semata-mata kerana-Nya, para “peserta”nya akan secara automatik mendapat nama dan populariti tanpa dicari, bahkan nama-nama mereka akan tercatat dengan harumnya dan sentiasa disebut-sebut oleh penghuni langit. Lebih jauh dan lebih penting dari itu, nama-nama mereka Insya Allah akan terukir indah di pintu-pintu syurga dengan para bidadari menunggu mereka dengan penuh kerinduan di sebalik pintu. Inilah misi kemenangan yang hakiki.

 

 

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia

 

Rabu 21 Syawal 1447H/8 April 2026

HTM1447/08

 

Sumber: Mykhilafah

 

 

#Palestin #Gaza #AynalMuslimun #BreaktheSiege #Sumud #PalestineNeedsJihad #WeNeedKhilafah #1Ummah1Perjuangan

Exit mobile version