Perubahan Radikal – Sebuah Visi daripada Percikan Wahyu
Di atas Jalan Nabi Ibrahim `alaihissalam.
Kisah ini bermula dari permulaannya; sejak Allah (swt) berfirman:
﴿إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً﴾
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi” [Al-Baqarah:30].
Dari sinilah, pada hari Allah (swt) memberitahu kepada para malaikat-Nya tentang ciptaan baharu ini, bermulalah kisah manusia di bumi. Ketika Allah (swt) berfirman kepada para malaikat, Dia tidak mengatakan kepada mereka bahawa “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia”, dan tidak juga menyebutkan namanya kepada mereka; melainkan Dia menjelaskan fungsinya. Berikut adalah ringkasan inti perkara: dalam Surah Al-Baqarah, yang mana para Sahabat gelarkan sebagai Fusṭāṭ al-Qurʾān (pusat induk Al-Quran), Allah mendidik umat Islam tentang misi mereka yang kerananya mereka diwujudkan, yakni kekhalifahan.
Fungsi mulia ini adalah amanah yang dipikul oleh manusia, yang tidak mampu dipikul oleh langit, bumi dan gunung-ganang. Oleh itu kita dapati bahawa Yang Maha Benar, sejak awal permulaan surah ketika Allah menyebut tentang Kitab-Nya:
﴿هُدًى لِلْمُتَّقِينَ﴾
“ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.” [Al-Baqarah:2];
Dia menyebut sifat pertama mereka yang sesuai dengan konteks surah dan temanya, iaitu kekhalifahan.
Maka Dia berfirman:
﴿الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ﴾
“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” [Al-Baqarah:3].
Allah meletakkan keimanan kepada perkara ghaib sebelum mendirikan solat dan menginfakkan harta, kerana keimanan kepada perkara ghaib adalah kunci bagi orang beriman dalam menghadapi keraguan, kelemahan, ketidakmampuan, hawa nafsu, dan segala sesuatu yang menghalangnya daripada melaksanakan amanahnya sebagai pemegang amanah untuk merealisasikan makna kekhalifahan di bumi. Keimanannya itu menerangi jalannya dan memberinya keberanian serta keazaman; situasi ini menyerupai keadaan Nabi Allah Ibrahim `alaihissalam.
Allah (swt) berfirman tentang junjungan kita Nabi Ibrahim:
﴿إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتاً لِّلَّهِ حَنِيفاً وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِينَ﴾
“Sesungguhnya Nabi Ibrahim adalah merupakan “satu umat” (walaupun Ia seorang diri); ia takat bulat-bulat kepada Allah, lagi berdiri teguh di atas dasar tauhid; dan ia tidak pernah menjadi dari orang-orang yang musyrik.“ [An-Nahl:120].
Dan Allah memerintahkan kepada orang-orang beriman:
﴿قُلْ صَدَقَ اللَّهُ فَاتَّبِعُوا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفاً وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ﴾
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.” [Ali ‘Imran:95].
Namun, apakah hubungan antara kekhalifahan, iman kepada perkara ghaib, dan Nabi Ibrahim yang Allah jadikan sebagai kekasih-Nya?
Penyebutan para nabi-Nya dalam Al-Quran adalah untuk diambil pengajaran:
﴿لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ﴾
“Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.” [Yusuf:111].
Allah (swt) , tatkala mengkhabarkan kisah-kisah dalam Kitab Suci-Nya, tidak sekadar menceritakan sejarah kepada kita atau mencatat peristiwa pada masa lalu. Orang yang memperhatikan kaedah Al-Quran menyajikan kisah akan mendapati bahawa subjek yang sama berbeza dalam cara penceritaan mengikut surah, dan fokus setiap kalinya sesuai dengan konteks surah di mana kisah itu muncul. Penceritaan ini adalah penceritaan untuk memelihara dan mendidik umat Islam, bukan sekadar berupa maklumat atau pengisian. SubhanAllah.
Apabila Allah (swt) mengulang-ulang penyebutan Ibrahim sebanyak 63 kali dalam Al-Quran, Dia mahu orang beriman mengkaji keperibadian dan pemikiran Nabi Ibrahim `alaihissalam, yang melayakkannya untuk mendapat kedudukan, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah (swt):
﴿وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً﴾
“…dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.“ [An-Nisa:125].
Nabi Ibrahim `alaihissalam, sering menjadi pertikaian antara Yahudi dan Nasrani, dan mereka selalu berbantah mengenainya. Al-Quran pun menjawab kepada mereka:
﴿وَقَالُوا كُونُوا هُوداً أَوْ نَصَارَىٰ تَهْتَدُوا قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفاً وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ﴾
“Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: “Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk”. Katakanlah (wahai Muhammad: “Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik”.” [Al-Baqarah:135]. Junjungan kami Ibrahim, yang mencari kebenaran, membawa hati yang bersih, ikhlas kepada Allah; Dia memilihnya dan membimbingnya ke jalan yang lurus.
Junjungan kita Nabi Ibrahim `alaihissalam dianggap sebagai teladan Al-Quran tentang akal berfikir yang mencari kebenaran, keyakinan yang tidak goyah, keteguhan yang lahir daripada keyakinan, kesetiaan yang tidak menyimpang, dan keinginan untuk menyelamatkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya.
Nabi Ibrahim dibesarkan dalam rumah Azar, yang biasa membuat asnam (berhala) untuk disembah oleh kaumnya. Seorang nabi diutus dari rumah pembuat berhala. Hal demikian kerana Allah mengajarkan kepada kita bahawa kebenaran lebih layak diikuti, dan alasan atau hujah-hujah golongan musyrik, yang mereka gunakan untuk menentang Rasulullah (saw) adalah demi menghindari daripada tanggungjawab berfikir dan beriman:
“Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya”. [Al-Anbiya:53] adalah hujah yang batil yang tidak berasas, padahal hati mengetahui jalannya (kebenarannya).
Pencari kebenaran yang ikhlas pasti akan menemui jalannya. Nabi Ibrahim mencari Tuhannya dan menolak matahari, bulan dan kepada asnam (berhala) yang dibuat oleh bapanya. Lalu, Allah pun memberinya petunjuk yang benar:
﴿وَلَقَدْ آتَيْنَا إِبْرَاهِيمَ رُشْدَهُ مِن قَبْلُ وَكُنَّا بِهِ عَالِمِينَ﴾
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya.” [Al-Anbiya:51].
Apabila Nabi Ibrahim mengenal Tuhannya dan beriman, perkara pertama yang dilakukannya ialah menghancurkan asnam (berhala). Dia tidak mampu menanggung kebenaran tersebut dari terus terpenjara di dalam hatinya sahaja, bahkan dia keluar berhujah kepada kaumnya:
﴿قَالَ أَفَتَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَنفَعُكُمْ شَيْئاً وَلَا يَضُرُّكُمْ أُفٍّ لَّكُمْ وَلِمَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ أَفَلَا تَعْقِلُونَ﴾
“Nabi Ibrahim berkata: “Jika demikian, patutkah kamu menyembah yang lain dari Allah sesuatu yang tidak dapat mendatangkan faedah sedikitpun kepada kamu, dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu? Jijik perasaanku terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?” [Al-Anbiya:66–67].
Junjungan kita Nabi Ibrahim `alaihissalam melambangkan mentality atau pemikiran seorang Muslim yang tunduk kepada Allah, berserah diri kepada perintah-Nya; dia mengenali kebenaran dan berpegang teguh di atasnya, dan berkorban di jalannya. Pemikiran demikian adalah mentaliti yang membebaskan dirinya daripada kekangan pemikiran yang kaku, taklid buta dan dari hawa nafsu. Seorang personaliti yang tahu nilainya walaupun usianya masih muda, namun dia, seperti yang digambarkan oleh Al-Quran, adalah sebuah “bangsa” (umat) yang tersendiri. Ketika dia berhujah dengan Namrud mengenai Tuhan semesta alam, bukti yang menetukan adalah pendampingnya; keyakinannya kepada Allah bukan sekadar slogan, tetapi visi dan wawasan yang tercerahkan yang tahu bagaimana mempertahankan apa yang dia percayai.
Setelah baginda menjadi seorang nabi, keinginannya untuk membimbing orang lain hadir dalam semua pendiriannya. Allah (swt) berfirman:
﴿وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ﴾
Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia”. Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: “(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)”. Allah berfirman: “(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim.” [Al-Baqarah:124].
Dan seterusnya dalam doa baginda:
﴿وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَٰذَا بَلَداً آمِناً وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آمَنَ مِنْهُم بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ﴾
“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka”. [Al-Baqarah:126].
Dan dalam firman Allah (swt) yang lainnya:
﴿وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ﴾
Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”. [Al-Baqarah: 132]
Namun semangat ini adalah semangat seorang mukmin yang menolong agama Allah, yang bersekutu (sesama manusia) kerana Allah, dan menunjukkan permusuhan juga kerana Allah.
Allah (swt) berfirman:
﴿وَمَا كَانَ اسْتِغْفَارُ إِبْرَاهِيمَ لِأَبِيهِ إِلَّا عَن مَّوْعِدَةٍ وَعَدَهَا إِيَّاهُ فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ أَنَّهُ عَدُوٌّ لِّلَّهِ تَبَرَّأَ مِنْهُ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ لَأَوَّاهٌ حَلِيمٌ﴾
“Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. “ [At-Tawbah:114].
Dan dalam Allah (swt) berfirman lagi:
﴿قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنكُمْ وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَداً حَتَّىٰ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ﴾
“Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya – contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): “Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata…” [Al-Mumtahanah:4].
Demikianlah teladan Nabi Ibrahim `alaihissalam, baginda adalah teladan yang mendidik orang mukmin untuk menjadikan iman sebagai pusat kehidupan—iman yang didisiplinkan oleh wahyu, iman yang muncul daripada ilmu, kesadaran, dan basirah—yang mendorong pembawanya untuk menjadi “umat” dalam menghadapi dakwaan-dakwaan kepalsuan, dan oleh mana-mana “Namrud” (orang-orang yang sesat), dan setiap orang bodoh, yang ingin mengubah agama Allah, dan menggoda manusia untuk menjauh dari menyembah Tuhan mereka.
Iman ini tidak dijana kecuali dengan kembali secara terus-menerus kepada asal usul kisah ini: kepercayaan (keimanan) kepada yang ghaib—yang ghaib di mana Allah telah memaklumkan tentangnya kepada para malaikat-Nya bahawa Dia akan menempatkan di bumi kekuasaan berturut-turut. Di sini saya teringat akan respons Nabi Ibrahim `alaihissalam, kepada kaumnya ketika mereka mencelanya kerana hanya menyembah Allah semata.
﴿وَحَاجَّهُ قَوْمُهُ قَالَ أَتُحَاجُّونِّي فِي اللَّهِ وَقَدْ هَدَانِ وَلَا أَخَافُ مَا تُشْرِكُونَ بِهِ إِلَّا أَن يَشَاءَ رَبِّي شَيْئاً وَسِعَ رَبِّي كُلَّ شَيْءٍ عِلْماً أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ وَكَيْفَ أَخَافُ مَا أَشْرَكْتُمْ وَلَا تَخَافُونَ أَنَّكُمْ أَشْرَكْتُم بِاللَّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ عَلَيْكُمْ سُلْطَاناً فَأَيُّ الْفَرِيقَيْنِ أَحَقُّ بِالْأَمْنِ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ﴾
Dan ia dibantah oleh kaumnya, ia pun berkata: “Patutkah kamu membantahku mengenai Allah, padahal sesungguhnya Ia telah memberi hidayah petunjuk kepadaku? Dan aku pula tidak takut (akan sebarang bahaya dari) apa yang kamu sekutukan dengan Allah, kecuali Tuhanku menghendaki sesuatu dari bahaya itu. (Sesungguhnya) pengetahuan Tuhanku meliputi tiap-tiap sesuatu, tidakkah kamu mahu (insaf) mengambil pelajaran?
“Dan bagaimanakah aku hendak takutkan apa yang kamu sekutukan dengan Allah itu (yang tidak dapat mendatangkan sesuatu bahaya), padahal kamu tidak takut bahawa kamu telah sekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan kepada kamu mengenainya? Maka yang manakah di antara dua puak itu yang lebih berhak mendapat keamanan (dari bahaya), jika betul kamu mengetahui?” [Al-An`aam: 80-81]
Kedua-dua golongan golongan ini tidak sama. Betapa jauhnya akal fikiran orang yang beriman dengan kesedaran, berpegang teguh dengan basirah, bertindak dengan keteguhan hati, dan berkorban untuk balasan yang baik, berbanding orang yang seluruh fikirannya hanya berhujahkan,
﴿قَالُوا بَلْ وَجَدْنَا آبَاءَنَا كَذَٰلِكَ يَفْعَلُون﴾
“Mereka menjawab: “(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian”. [Ash-Shu‘ara:74].
﴿مَثَلُ الْفَرِيقَيْنِ كَالْأَعْمَىٰ وَالْأَصَمِّ وَالْبَصِيرِ وَالسَّمِيعِ هَلْ يَسْتَوِيَانِ مَثَلاً أَفَلَا تَذَكَّرُونَ﴾
“Bandingan dua golongan (yang kafir dan yang beriman) itu samalah seperti orang yang buta serta pekak, dengan orang yang celik serta mendengar; kedua-dua golongan itu tidaklah sama keadaannya. (Setelah kamu mengetahui yang demikian) maka tidakkah kamu mahu mengambil peringatan dan insaf?“ [Hud:24].
Akhir sekali, kami memohon kepada Allah agar meneguhkan kita (umat Islam), mengilhamkan kepada kita dengan petunjuk yang benar, dan memberikan kepada kita bahagian dalam mendukung agama-Nya.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Bayan Jamal
#TrueVision4Change #VisiSejatiDemiPerubahan #MasyarakatMuslimIdeal #DariKegelapanMenujuCahaya #KemenanganIslam

