[Siri Ayuh Umat Bangkit ] Dakwah Apa?
“Dan telah mengkhabarkan kepadaku, Yusuf bin Mahik dia berkata: Suatu ketika, aku berada di samping Aisyah Ummul Mukminin ra, tiba-tiba seorang dari Iraq menemuinya kemudian berkata, “Kain kafan yang bagaimanakah yang paling baik?” Aisyah menjawab, “Celakalah kamu, apakah yang menimpamu?” Lelaki itu berkata, “Wahai Ummul Mukminin, tolong tunjukkan Mushaf anda kepadaku.” Aisyah bertanya, “Untuk apa?” Dia menjawab, “Agar aku dapat menyusunnya. Sebab, Al-Quran itu dibaca tidak sesuai urutannya.”
Aisyah berkata, “Lalu apa yang menghalangimu untuk membaca mana-mana bahagian darinya. Sesungguhnya yang pertama-tama kali turun adalah surah Al-Mufashshal yang di dalamnya disebutkan tentang syurga dan neraka. Dan ketika manusia telah condong kepada Islam, maka kemudian turunlah ayat-ayat tentang halal dan haram.
Kalau seandainya yang pertama kali turun adalah ayat, “Janganlah kalian minum khamr”. Nescaya mereka akan mengatakan, “Sekali-kali kami tidak akan boleh meninggalkan khamr selama-lamanya.”
Dan kalau seandainya juga yang pertama kali turun adalah ayat, “Janganlah kalian berzina…” nescaya mereka akan berkomentar, “Kami tidak akan meninggalkan zina selama-lamanya.”
Ayat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW di Mekah yang pada saat itu aku masih anak-anak adalah “Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit” (TMQ Al-Qamar [54]: 46). Dan tidaklah surah Al-Baqarah dan An-Nisa kecuali aku berada di sisi baginda.” Akhirnya, Aisyah mengeluarkan Mushaf dan menyampaikan kepada orang Iraq itu beberapa surah.” (HR. Bukhari)
Dalam hadis tersebut, terdapat isyarah dalam tertib dakwah adalah sebagaimana urutan turunnya Al-Quran, iaitu yang pertama mengajak kepada tauhid, yang kedua kemudahan bagi yang beriman dan bertakwa kepada Allah, khabar gembira tentang syurga Allah SWT dan khabar ancaman bagi orang yang ingkar kepada Allah sehingga ketika hati tenang maka mereka sudah bersedia menerima hukum-hukum Allah SWT.
Sumber: Revive your Dakwah (Ayu Paranitha)
#MuhasabahDakwah #JomDakwah #DakwahIslamKaffah #AyuhUmatBangkit
Dakwah Apa?

