Site icon MuslimahHTM News

UMAT TERPECAH, MUSUH DATANG DARI SEGALA ARAH

UMAT TERPECAH, MUSUH DATANG DARI SEGALA ARAH

Di tengah kekhusyukan ibadah semasa bulan Ramadhan, tepatnya pada akhir Februari, Amerika Syarikat bersama Zionis Israel melancarkan operasi ketenteraan ke Iran. Operasi ketenteraan gabungan ini dinamakan “Operation Lion’s Roar” dan “Operation Epic Fury”. Melalui serangan udara, serangan ini memusnahkan sejumlah bangunan di Tehran dan mengorbankan orang awam, termasuk ratusan kanak-kanak sekolah rendah. Dalam serangan tersebut, pemimpin spiritual tertinggi Iran, Ayatullah Ali Khamenei turut terkorban. Serangan brutal secara besar-besaran juga dilancarkan oleh Israel ke Beirut, Lubnan. Zionis Yahudi juga menggunakan bom fosforus putih yang terlarang. Hampir 400 penduduk, termasuk kanak-kanak, terkorban. Lebih seribu penduduk lain menjadi mangsa.

Kesombongan dan Kezaliman AS

Serangan AS bersama Zionis Israel memberikan sejumlah pengajaran.

Pertama: AS ingin mengukuhkan hegemoni mereka di kawasan Timur Tengah, terutama dalam melindungi anak tiri mereka, Zionis Israel. Israel berkali-kali mengecam Iran kerana berasa terganggu dengan pembangunan teknologi nuklearnya. Mereka menuduh Iran akan membangunkan persenjataan nuklear. AS juga berasa perlu menghapuskan kekuatan negara atau mana-mana pihak yang menjadi ancaman kepada sekutu terkuat mereka di Teluk, iaitu Israel.

Kedua: AS ingin menegaskan dominasi pemilikan persenjataan nuklear di dunia. Itulah sebabnya negara ini giat berkempen tentang pengehadan senjata nuklear. Alasannya, demi menjaga keseimbangan dan keamanan dunia. Padahal tujuan AS sebenarnya adalah ingin menghapuskan ancaman nuklear daripada negara-negara lain. Hanya AS dan sekutunya yang dibenarkan memiliki persenjataan nuklear, termasuk Israel.

Sehingga tahun 2025 jumlah peluru berpandu nuklear dan pangkalan nuklear milik Amerika Syarikat di seluruh dunia sekitar 3,700 unit. Daripada jumlah 12,241 peledak nuklear global, sekitar 9,614 unit merupakan peeldak aktif dan sedia digunakan. Zionis Israel sendiri dianggarkan memiliki sekitar 90 peledak nuklear dan simpanan plutonium sebanyak 980 kg, yang mencukupi untuk menghasilkan 170 hingga 278 senjata nuklear.

Ketiga: Operasi ketenteraan ini juga merupakan tekanan AS terhadap Iran agar kekal berada dalam orbit politik AS dan menjadi ejennya. Iran sendiri, meskipun pada permukaan kerap menunjukkan sikap bertentangan dengan AS, sebenarnya sejak bertahun-tahun sudah menjadi sebahagian daripada satelit politik Amerika Syarikat di Timur Tengah. Rejim Tehran berkali-kali membantu agenda politik dan operasi ketenteraan AS di kawasan tersebut. Oleh itu, sesungguhnya penguasa Iran, bersama AS, berlumuran darah umat Islam di Timur Tengah seperti di Iraq, Afghanistan, Syria, dan lain-lain. AS memerlukan Iran untuk mengekalkan konfigurasi politik di Timur Tengah. Sebaliknya, Iran mendapat keuntungan dengan mengamankan kepentingan nasionalnya di Teluk.

Oleh itu alasan ancaman nuklear Iran sebenarnya direka-reka. Ini kerana, pada tahun 2015, Obama mengikat perjanjian dengan penyertaan negara-negara Eropah untuk membenarkan Iran melakukan pengayaan (pemurnian) nuklear sehingga had pengayaan 3.67%. Akan tetapi, apabila AS melihat bahawa rejim Iran berusaha keluar daripada orbit politik mereka, maka tekanan dan operasi ketenteraan pun dilancarkan.

Iran dan para penguasa Muslim menutup mata, bahawa sekutu sebenar AS hanyalah Zionis Israel. Apa pun akan AS lakukan untuk membela anak tirinya tersebut, termasuk dengan menyerang sekutu mereka sendiri, seperti Iran. Juga dengan menyerang dan menjatuhkan para penguasa Muslim sekutu mereka. Sedangkan  Allah SWT telah memperingatkan:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلْيَهُودَ وَٱلنَّصَٰرَىٰٓ أَوْلِيَآءَ، بَعْضُهُمْ أَوْلِيَآءُ بَعْضٍ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُۥ مِنْهُمْ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلظَّٰلِمِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menjadikan kaum Yahudi dan Nasrani menjadi para pemimpin kalian. Sebagian mereka adalah pemimpin bagi sebagian yang lain. Siapa saja di antara kalian menjadikan  mereka sebagai pemimpin, sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim” [TMQ al-Maidah (5): 51].

Pelajaran Penting

Serangan AS dan Israel ini sepatutnya membuka mata umat Islam betapa rapuhnya kita hari ini. Tiada satu pun yang melindungi umat dan negeri Muslim daripada kejahatan negara-negara Barat. Satu demi satu negeri Muslim dihancurkan tanpa ada perlawanan dan perlindungan. Inilah refleksi keadaan yang telah diperingatkan Rasulullah SAW.:

“يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا.” فَقَالَ قَائِلٌ: “وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟” قَالَ: “بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ، وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ.” فَقَالَ قَائِلٌ: “يَا رَسُولَ اللَّه،ِ وَمَا الْوَهْنُ؟” قَالَ: “حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ.”
“Hampir saja bangsa-bangsa (kafir) saling mengajak untuk memerangi kalian, sebagaimana orang-orang yang akan makan saling mengajak menuju piring besar mereka.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah disebabkan dari sedikitnya kita pada hari itu?” Baginda menjawab, “Tidak. Bahkan pada hari itu kalian banyak, tetapi kalian  seperti buih di lautan.  Allah menghilangkan rasa gentar dari dada musuh terhadap kalian. Allah menimpakan wahn (kelemahan) di dalam hati kalian.” Seorang sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah wahn itu?” Baginda menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” [HR Abu Dawud].

Hari ini jumlah umat Islam lebih daripada dua bilion jiwa. Akan tetapi, Nabi SAW menggambarkan kita seperti buih di lautan. Banyak, tetapi lemah. Antara penyebabnya, baginda menyebutkan, kerana umat dibelit penyakit al-wahn: cinta dunia dan takut mati. Penyakit ini  berjangkit terutamanya dalam kalangan para penguasa negeri-negeri Muslim. Mereka menjadi pengecut di hadapan kaum kafir imperialis kerana takut kehilangan jawatan dan kekuasaan. Mereka malah memilih bersekutu dengan Israel dan menjadi konco AS serta kafir penjajah lainnya. Padahal Allah SWT telah menegaskan keharaman ini:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian menjadikan orang-orang di luar kalangan kalian sebagai teman kepercayaan kalian, kerana mereka tidak henti-hentinya menimbulkan kemudharatan bagi kalian” [TMQ Ali Imran (3): 118].

Serangan ini juga seharusnya menjadi amaran keras bahawa Board of Peace yang disusun Donald Trump hanyalah omong kosong dan batil. Tiada perdamaian, kecuali mengikut kehendak para penjajah. Sesiapa pun yang akalnya masih sihat memahami, bahawa yang dijamin keselamatan dan perdamaiannya adalah Israel dan kepentingan AS. Bukan Palestin dan Gaza. Hanya mereka yang mati hatinya yang tetap berkeras bertahan dalam BoP dan mahu berkali-kali ditipu oleh AS dan Zionis Yahudi.Sedangkan  Nabi SAW bersabda:

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ
“Seorang Mukmin tidak akan dipatuk ular dua kali dari lubang yang sama” [HR al-Bukhari].

Pentingnya Persatuan Umat dan Khilafah

Umat tidak boleh mengharapkan penyelesaian kepada sesiapa pun di luar Islam. Tidak kepada PBB ataupun BoP. Hanya dua perkara yang dapat melindungi umat ini:

Pertama, persatuan umat Islam sedunia. Ini adalah kewajipan syarie. Umat Islam mesti bersatu dan saling melindungi. Nabi SAW telah berpesan:

الْمُسْلِمُ أَخُوالْمُسْلِمِ، لَا يَظْلِمُهُ، وَلاَ يُسْلِمُهُ. وَمَنْ كَانَ فِى حَاجَةِ أَخِيهِ، كَانَ اللهُ فِى حَاجَتِهِ. وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً، فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ. وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا، سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.
“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya. Dia tidak menzalimi dan tidak membiarkan saudaranya dianiaya orang lain. Siapa saja yang memenuhi hajat saudaranya, Allah akan memenuhi hajatnya. Siapa saja yang melapangkan kesusahan seorang Muslim, Allah akan melapangkan kesukarannya pada Hari Kiamat. Siapa saja yang menutupi aib seorang Muslim, Allah akan menutupi aibnya pada Hari Kiamat” [HR Muttafaq ‘alayh].

Persatuan umat Islam akan menciptakan kekuatan besar yang dapat menandingi malah melampaui negara-negara besar. Umat akan memiliki kekuatan ketenteraan gergasi serta pengaruh geopolitik yang luar biasa. Kedudukan negeri-negeri Muslim yang strategik secara geopolitik seperti Selat Hormuz, Terusan Suez dan Selat Melaka boleh dimanfaatkan untuk menekan dunia agar tunduk kepada umat ini.

Akan tetapi, persatuan ini tidak mungkin terwujud tanpa tegaknya Khilafah Islamiyah. Hanya institusi Khilafah yang mampu menyatukan seluruh wilayah Islam di dunia. Khilafah juga yang sanggup melindungi seluruh negeri Muslim. Demikian sebagaimana dahulu tindakan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq menjaga umat Islam daripada gerakan orang-orang murtad, para pengikut nabi palsu dan ancaman Rom. Beliau sanggup memusnahkan ancaman-ancaman tersebut. Demikian juga Khalifah Harun ar-Rasyid, yang sanggup melindungi wilayah Islam daripada ancaman Raja Nikephoros I (Naqfur), Rom.

Wahai umat Islam! Apakah belum jelas penyelesaian atas keadaan kita sekarang ini? Kita wajib bersatu dalam ukhuwah Islamiyah di bawah panji kepemimpinan Islam sejagat (Khilafah). Hari ini tiada satu pun solusi yang munasabah dan selaras dengan hukum Islam untuk menyelesaikan serangan demi serangan negara-negara kafir terhadap umat Islam. Lalu mengapa kita masih enggan bergerak untuk menyatukan diri dan bersegera menegakkan kembali Khilafah Islamiyah?!


#Iran #GeopolitikUmmah

Exit mobile version