Site icon MuslimahHTM News

Perubahan Radikal, Suatu Visi yang Diilhamkan oleh Wahyu Ilahi

Perubahan Radikal, Suatu Visi yang Diilhamkan oleh Wahyu Ilahi

 

﴿وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللهُ عَمَلَكُمْ﴾

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan),…” [At-Taubah: 105]

 

——————

 

Dalam artikel sebelum ini, kita telah membincangkan tentang penciptaan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi, serta menampilkan contoh Nabi Ibrahim sebagai model Qurani bagi seorang Muslim yang bertindak dengan keyakinan (iman), tidak goyah oleh hawa nafsu atau keraguan. Kita menyatakan bahawa ciri paling penting bagi seorang mukmin ialah keimanannya kepada perkara ghaib.

 

Apabila kita berbicara tentang keimanan kepada yang ghaib, Al-Quran dengan jelas dan tegas menyatakan bahawa keselamatan terletak pada amal yang berasaskan basirah, kesedaran dan keyakinan. Jika keimanan ini tidak diterjemahkan kepada tindakan nyata, maka ia hanyalah slogan kosong, dan inilah yang dibenci oleh Allah (swt):

﴿كَبُرَ مَقْتاً عِنْدَ اللهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ﴾

“Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.” [As-Saf: 3]

 

Dalam Surah Al-Baqarah, yang pada awalnya menjelaskan bahawa Al-Quran adalah petunjuk bagi orang bertakwa—iaitu mereka yang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat—Allah (swt) turut menyebut satu golongan lain sebagai peringatan kepada umat Islam agar tidak menjadi seperti mereka; iaitu golongan yang tidak mendapat petunjuk daripada wahyu.

 

Mereka ialah Bani Israil, yang telah dianugerahkan Kitab oleh Allah (swt), dipilih dan dilebihkan atas seluruh manusia. Namun, dengan penuh kekufuran nikmat, mereka mengingkari kurniaan Allah, dengan alasan bahawa hati mereka tertutup. Mereka membunuh para nabi Allah dan memutarbelitkan makna ayat-ayat-Nya.

 

Dalam pertentangan antara kata dan perbuatan, antara iman dan kesilapan yang lahir daripada sifat manusia yang lemah, timbul satu dilema—salah satu perangkap syaitan: Sebagai seorang Muslim, aku wajib menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, memberi nasihat dengan ikhlas kerana Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw), serta melakukan amal soleh. Namun sebagai manusia, aku tidak terlepas daripada kesilapan dan mungkin terjatuh dalam perkara yang aku larang atau meninggalkan apa yang aku seru. Adakah ini menjadikan aku seorang munafik? Di sinilah syaitan mula memainkan peranannya: dia membisikkan agar seorang Muslim meninggalkan amal kebaikan dan berhenti menyeru kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar, kerana takut menjadi munafik.

 

Namun dalam Surah Al-Baqarah, khususnya ayat-ayat yang membicarakan tentang Bani Israil, orang yang berfikir dan bermuhasabah akan menemukan jalan keluar. Allah (swt) berfirman:

﴿يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ * وَآمِنُوا بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلَا تَكُونُوا أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ * وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ * وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ * أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ * وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ * الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ﴾

“Wahai Bani Israil! Kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Kuberikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian (kamu) denganKu, supaya Aku sempurnakan perjanjianKu dengan kamu; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut, (bukan kepada sesuatu yang lain). * Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa.* Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya. * Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.* Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?* Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;* (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya..” [Al-Baqarah: 40–46]

 

Allah (swt) memulakan dengan mengingatkan mereka tentang nikmat-Nya, mewajibkan mereka beriman kepada wahyu, serta memberi amaran kepada mereka agar tidak menjual ayat-ayat-Nya dengan harga yang murah. Allah (swt) menyebut semua ini kepada kita supaya kita tidak terjatuh ke dalam kesesatan yang sama seperti mereka.

 

Kemudian, dengan sangat Allah (swt) memberi peringatan dan menegur:
﴿وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ﴾

“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?” [Al-Baqarah: 44]

 

Maka, jawapan terhadap hujah (alasan) meninggalkan amar makruf kerana takut terjatuh ke dalamnya ialah dengan terus berusaha, dan melatih diri untuk berpegang teguh padanya, kepada kebenaran, dan sentiasa mempertanggungjawabkan diri sendiri.

 

Dan kerana Allah (swt) mengetahui bahawa perkara ini sukar, Dia memerintahkan kita secara langsung:
﴿وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ﴾

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; …” [Al-Baqarah: 45]

 

Ya, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, berkerja untuk Islam, serta berpegang kepada wahyu adalah kewajipan yang sukar bagi jiwa, dan juga berat bagi seorang Muslim untuk berjuang melawan hawa nafsunya, serta mendorong dirinya untuk bertindak.

 

Namun, Allah (swt) berfirman:
﴿وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ * الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ﴾

“…dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” [Al-Baqarah: 45–46]

 

Dan apa lagi yang menenangkan hati Ibrahim ketika baginda dicampakkan ke dalam api jika bukan keyakinannya bahawa dia akan bertemu Tuhannya? Dan apa lagi jika bukan keyakinan akan bertemu dengan Allah (swt) lah yang membuat Musa tetap teguh dalam menghadapi Firaun? Dan apakah yang membuatkan ashabul ukhdud dan penduduk Gaza tetap teguh jika bukan keyakinan mereka kepada pertemuan dengan Allah (swt), sehinggakan segala beban menjadi tidak bermakna dan segala ujian pun menjadi sumber ketenangan?

 

Keyakinan (iman) mendorong tindakan dan melahirkan keazaman serta keteguhan, akan menggerakkan seorang Muslim ke hadapan dalam arena kehidupan untuk menegakkan agama Allah, tidak gentar oleh rintangan, dan tidak terhalang oleh ujian. Dia bertindak dengan penuh kesedaran, mengetahui bahawa dia berada di batas yang mana Allah (swt) akan meminta pertanggungjawabannya.

 

Sesiapa yang telah merasai kemanisan iman akan mengetahui bahawa tiada keselamatan baginya dan umatnya tanpa iman tersebut. Justeru, sesiapa yang memahami akan kekuasaan Allah (swt) serta kekuatan agama-Nya, dan bahawa kebenaran adalah mutlak manakala yang disebaliknya hanyalah kepalsuan, maka dia akan berusaha bersungguh-sungguh agar umat ini kembali mencapai kekuasaannya yang sah, dan agar agama Allah kembali memimpin di muka bumi.

 

Daripada Ma’qil bin Yasar (ra), Rasulullah (saw) bersabda:
«الْعِبَادَةُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَيَّ»

“Beribadah pada saat haraj (fitnah dan kekacauan berkecamuk), laksana berhijrah kepadaku.” [HR Muslim]

 

Dalam riwayat lain oleh Imam Ahmad:
«الْعَمَلُ فِي الْهَرْجِ كَهِجْرَةٍ إِلَيَّ»

“Beramal pada waktu kekacauan adalah seperti berhijrah kepadaku.”

 

Manakala dalam Al-Mijam Al-Kabir Imam At-Tabarani, dia berkata:
«الْعِبَادَةُ فِي الْفِتْنَةِ كَهِجْرَةٍ إِلَيَّ»

“Ibadah pada waktu fitnah (pertumpahan darah) adalah seperti berhijrah kepadaku.”

 

Dalam masa-masa penuh kesengsaraan, pertumpahan darah yang meluas (harj), kemenangan kebatilan, dan kekeliruan serta kebingungan yang berleluasa, keteguhan seorang Muslim serta usahanya untuk perubahan menjadi satu ibadah yang agung. Nabi (saw) memberitahu kita bahawa, di sisi Allah (swt), ia bersamaan dengan berhijrah untuk-Nya. Ini menunjukkan bahawa ganjaran besar datang daripada amalan besar, dan keteguhan dalam masa sukar serta usaha ketika manusia lalai adalah antara amalan tersebut.

 

Ini adalah hadis yang mendalam di mana Nabi Muhammad (saw) memberitahukan kepada kita bahwa pahala besar datang daripada amal yang besar, dan keteguhan hati di masa-masa sukar dan bekerja ketika orang-orang tersesat dan sibuk dengan hal-hal yang remeh adalah termasuk di antara amal-amal tersebut. Ini adalah basirah yang mendalam bagi orang yang bijaksana (arif), kerana Islam adalah agama yang penuh dengan tindakan, pengorbanan, dan perubahan; agama yang dinamik, bukan stagnasi; agama yang penuh dengan memberi, bukan kemalasan; agama yang mendorong tindakan dan membenci ketidakbertindakan, kelemahan, dan alasan.

 

Allah (swt) telah menjadikan umat ini sebagai sebaik-baik umat (khayra ummah) yang dilahirkan untuk manusia: dengan melakukan ajakan kepada yang makruf dan melarang dari yang mungkar, serta beriman kepada Allah (swt).

 

Demikianlah keadaan orang mukmin: ilmu dan amal, iman yang dibuktikan oleh anggota bandannya melalui perbuatan yang aktif dalam kehidupan setiap individu Muslim dan umatnya, sehinggalah dia kembali kepada Penciptanya, berpandukan cahaya risalah yang dibawa oleh Rasul-Nya (saw).

 

Sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan lain-lain, daripada Anas (ra) yang berkata: Rasulullah (saw) bersabda:

«إِنْ قَامَتْ السَّاعَةُ وَبِيَدِ أَحَدِكُمْ فَسِيلَةٌ، فَإِنْ اسْتَطَاعَ أَنْ لَا يَقُومَ حَتَّى يَغْرِسَهَا فَلْيَفْعَلْ»

“Jika kiamat berlaku sedangkan di tangan kamu ada benih, dan kamu mampu menanamnya sebelum ia berlaku, maka tanamlah ia.”

 

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
oleh Bayan Jamal

 

 

#VisiSejatiDemiPerubahan #TrueVision4Change

 

Exit mobile version