[Kewangan Global] Perspektif Islam (Bahagian 4/6)
Penulis: Jamal Harwood
(Sambungan dari “Perspektif Islam” Bahagian 3/6.)
Persekitaran Perjudian dan Hukum
“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah, ‘Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah, ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir.” (TMQ Al-Baqarah: 219).
Tidak diragukan lagi bahawa alkohol dan perjudian telah menjadi perniagaan besar di dalam perekonomian Barat. Namun, sebagaimana yang dikemukakan di dalam ayat Al-Quran di atas, kedua-duanya juga memberikan kerosakan besar dan Islam melarang kedua-duanya. Berbagai masyarakat ditimpa kebankrapan akibat pendapatan keluarga yang dibelanjakan di pusat judi. Manakala hospital mahupun klinik penuh setiap petangnya akibat penyalahgunaan alkohol.
Kehidupan dan keluarga hancur secara bertahap akibat pengaruh kuat daripada kedua-dua perkara tersebut. Perjudian kini bahkan telah sangat mendarah daging di tengah masyarakat Barat. Hal ini dapat dilihat daripada tahap pertumbuhannya yang makin dominan di pasaran kewangan. Daripada menjadi pasaran pengolahan modal yang efisien di antara berbagai perniagaan yang bersaing, industri dan pelabur kini lebih cenderung didominasi oleh bank-bank, dana-dana pelaburan, penanaman modal, dan kelompok terkait lainnya yang mencari pemasukan “pelaburan” melalui perjudian dan pinjaman yang kompleks.
Sebagaimana digambarkan sebelumnya dalam buku ini, berbagai transaksi tersebut pada umumnya tidak didasarkan kepada aset sebenar. Ketika skala perjudian ini menjadi sangat besar, maka kerugian para peserta di dalamnya akan menjatuhkan seluruh sistem. Jelaslah bahawa ini merupakan masalah yang tidak terkawal. Syariat Islam mengetahui bahaya ini dan menekankan larangan ke atasnya, tanpa mengira bentuk dan skalanya. Sistem ini terlalu berbahaya untuk dikendalikan.
Islam menetapkan serangkaian peraturan yang jelas dan tegas tentang pelaburan dan transaksi. Bahagian paling utama dalam hal ini adalah prasyarat bahawa aset mestilah dimiliki dan dikuasai sebelum aset itu dijual. Rasulullah SAW melarang segala jenis transaksi yang menghasilkan persengketaan akibat ketidakpastian. Larangan al-gharar (transaksi yang melibatkan ketidakpastian) atau melibatkan jumlah yang tidak spesifik untuk diperdagangkan atau dihantarkan. Ini turut mencakupi transaksi yang tidak memiliki jaminan bahawa penjualnya akan dapat menghantarkan barang yang dengannya ia dapat menerima pembayaran.
Selain itu, berbagai komoditi, termasuk emas, perak, gandum, dan barli wajib diperdagangkan di pasar yang jelas, maksudnya tanpa penundaan. Rasulullah SAW bersabda, “Emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma, dan garam untuk garam, barang sejenis senilai barang sejenis, takaran sama dengan takaran, dari tangan ke tangan (maksudnya secara langsung), dan bilamana ada kesepakatan perbezaan cara berdagang tetap mesti dari tangan ke tangan.”
Dasar di sebalik larangan menangguhkan penghantaran komoditi utama dan kadar pertukaran adalah sangat jelas apabila kita mempertimbangkan bagaimana pasaran telah dimanipulasi melalui amalan short selling. Dalam kes ini, aset yang tidak dimiliki boleh dijual di pasaran (aset tersebut biasanya dipinjam, tetapi tidak selalunya), dengan jangkaan bahawa aset tersebut mungkin akan dibeli pada harga yang lebih rendah, dan kemudian digunakan untuk mengaut keuntungan.
Sikap oportunis di sebalik manipulasi pasaran yang menggunakan amalan ini sangat jelas. Satu contoh jelas tentang bagaimana jualan singkat (short selling) digunakan untuk merosakkan ekonomi dapat dilihat semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997. Pada masa itu, pelabur besar menjual mata wang dan saham-saham Malaysia dan Indonesia melalui kontrak derivatif dalam kuantiti yang banyak sehingga harga pasaran runtuh dan penduduk tempatan mengalami kerugian yang besar.
Apabila penjualan dapat dibuat dalam jumlah yang besar dan tanpa keterlibatan aset nyata yang boleh dipindah milik secara langsung, adalah sangat logik jika harga pasaran akan jatuh. Hal ini membolehkan keuntungan yang besar apabila aset dibeli semula untuk menyelesaikan transaksi. Islam secara jelas melarang jenis perdagangan ini dengan tegas.
Ironinya, amalan short selling kini mendominasi siklus sepenuhnya dan telah dipraktikkan sehingga memberi efek besar dalam menekan harga oleh berbagai lembaga kewangan sepanjang tempoh semasa. Ramai daripada mereka telah menggunakan taktik licik ini untuk menyerang kumpulan industri, komoditi atau mata wang lain tertentu.
Di satu sisi berbeza, sungguh mengejutkan bilamana pemerintah AS melihat adanya manfaat untuk melarang amalan ini, tetapi hanya melibatkan perdagangan saham bank dan dalam tempoh sehingga Januari 2009 sahaja. Sudah tentu, jika amalan tersebut salah, maka amalan itu akan salah pula dalam pelbagai pasaran, untuk sebarang aset, dan tanpa had masa sebagaimana yang diatur oleh hukum Islam.
Kontrak masa depan yang tidak disertai pemindahan secara langsung juga boleh digunakan untuk memanipulasi harga. Comex (Commodities Exchange in New York) yang berurusan dalam bidang penghantaran emas memiliki aset kecil (US$1.6 bilion) jika dibandingkan dengan pasaran emas sebenar. Harga mereka seringkali digunakan sebagai rujukan untuk sentimen pasaran semasa dalam harga emas hanya kerana harganya dilaporkan ke seluruh dunia secara segera (instant) dan virtual.
Lebih-lebih lagi adanya kesempatan menggunakan short selling untuk menekan harga. Ini adalah suatu masalah yang seringkali diperdebatkan pada masa krisis kerana harga siling (coin) dan barangan sebenar di pasaran emas kini berada pada level premium jika dibandingkan dengan harga di atas kertas pada pasaran yang tercatat untuk pengiriman “masa depan”. Para peserta di pasaran sendiri tidak pernah benar-benar menerima pengiriman, tetapi telah memindah-tangan (pemindahan secara langsung) kontrak mereka, sekaligus menghapuskan pasaran sebenar daripada “harga” semasa. Keuntungan bagi kerajaan yang berada di bawah tekanan, seperti AS, adalah untuk melihat harga emas yang rendah pada masa mereka berusaha memulihkan kembali beberapa bentuk kestabilan pasaran dan kepercayaan terhadap dolar AS amatlah jelas dalam hal ini.
Pemerintah sangat terbuka dalam menunjukkan campur tangan mereka terhadap pasaran. The Exchange Stabilization Fund (ESF) adalah cadangan dana Jabatan Kewangan AS yang secara khusus digunakan untuk melakukan campur tangan perdagangan. Biasanya berbentuk mata wang, tetapi boleh juga berupa emas dan instrumen lain kerana perubahan dalam undang-undang AS membolehkan menteri kewangan sejak 1970, untuk memperjual-belikan emas, mata wang asing, dan berbagai instrumen kredit serta surat berharga lainnya.
Credit Default Swaps (CDS) merupakan salah satu bentuk jaminan. Islam menekankan kesepakatan jaminan, tetapi melarang segala bentuk kompensasi (pampasan) atas penjaminan tersebut. Konsekuensinya, standard kontrak insurans yang mencakupi kompensasi (premium) daripada satu pihak ke pihak lainnya untuk mengembalikan nota janji (promissory note) sebagai pembayaran kompensasi yang wajib dilakukan pada masa hadapan, tidak diterima oleh Islam.
Ini bukan sahaja disebabkan oleh ketidakpastian yang menyelubungi prospek masa hadapan, tetapi juga kerana pampasan yang wujud dalam kontrak. Atas beberapa sebab, kontrak CDS bukan sahaja melibatkan unsur-unsur haram ini tetapi juga menggalakkan perjudian. Ini kerana banyak kontrak dilaksanakan untuk transaksi yang tidak mempunyai kaitan yang jelas dengan kredit, baik yang terjadi mahupun tidak.
Tambahan pula, peserta dalam pasaran ini boleh mendapat keuntungan daripada short selling dengan subjek berupa syarikat-syarikat berdasarkan kontrak-kontrak tersebut sehingga mendorong terjadinya korupsi atas kontrak-kontrak tersebut.
**Bersambung ke “Perspektif” Islam Bahagian 5/6.
Sumber: Jamal Harwood, Membedah Krisis Kewangan Global.

