Site icon MuslimahHTM News

Rejab, Palestin dan Kepimpinan Umat

Rejab, Palestin dan Kepimpinan Umat

 

Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna

 

Bulan Rejab menduduki posisi istimewa dalam kalender Hijrah. Rejab adalah salah satu daripada empat bulan haram bersama Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Demikian sebagaimana ditegaskan dalam firman Allah SWT [Lihat: QS at-Taubah (9): 36]. Pada bulan-bulan tersebut terdapat larangan berperang dan kewajipan mengagungkan bulan-bulan tersebut. Hal ini telah dikenali sejak zaman jahiliah dan kemudian dikuatkan oleh Islam.

 

Imam Ibnu Katsir dalam tafsirnya menegaskan dimensi kerohanian bulan-bulan haram ini dengan menyatakan: “Keempat bulan itu dijadikan sebagai bulan haram (suci) yang kesuciannya diagungkan. Hukuman atas perbuatan dosa yang dilakukan padanya lebih besar. Pahala amal soleh yang dilakukan di dalamnya lebih besar juga daripada bulan lainnya.” (Lihat: Ibnu Ka­tsir, Tafsîr Ibn Katsîr, 1999, 4/148).

 

Penegasan serupa diungkapkan oleh Imam al-Qurtubi dalam magnum opus-nya (mahakarya) (Lihat: Al-Qurtubi, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 1964, 8/123).

 

Keutamaan lainnya adalah terdapat satu peristiwa yang menjadikan Rejab momen yang sangat agung: Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW. Sebuah peristiwa agung yang terjadi pada 27 Rejab tahun ke-10 kenabian. Ini bukan hanya perjalanan fizikal-kerohanian Nabi SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, lalu naik ke langit ketujuh, tetapi juga menjadi ujian keimanan bagi umat. Kemuncak peristiwa ini adalah perintah langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW untuk menunaikan solat lima waktu.

 

Kepentingan solat dalam konteks Israk Mikraj, seperti dijelaskan oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali dalam Fikih Sirah-nya, adalah sebagai hadiah dan penyelesaian Ilahiah pasca ‘am al-huzn (tahun kesedihan), sekaligus penegasan misi universal Nabi Muhammad SAW yang bermula dari Baitul Maqdis, tanah para nabi (Lihat Muhammad al-Ghazali, Fikih Sirah, 2014, hlm. 245).

 

Rejab dan Palestin

 

Peristiwa Israk Mikraj mengandungi nilai strategik dan politik yang sangat relevan dengan keadaan umat Islam, khususnya terkait Palestin yang hingga saat ini masih dibelenggu penjajahan. Relevansi ini terletak pada dua penegasan mendasar. Pertama, Palestin sebagai simbol pemusatan Islam. Pemilihan Masjidil Aqsa sebagai titik tolak Mikraj merupakan ikrar Ilahiah bahawa tanah ini adalah bahagian penting daripada sejarah, akidah dan identiti Islam. Israk dan Mikraj mempertegaskan kedudukan Masjidil Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam dan tanah para nabi.

 

Kedua, Israk Mikraj secara langsung menegaskan bahawa Masjidil Aqsa adalah amanah dan bahagian daripada tanggungjawab kolektif umat Islam. Allah SWT memilih Masjidil Aqsa sebagai tujuan Israk Rasulullah SAW, bukan tempat lain, menunjukkan pentingnya menjaga, melindungi dan membebaskan tanah Palestin daripada segala bentuk penistaan dan penjajahan.

 

Tanggungjawab ini menjadi lebih mendesak memandangkan fakta sejarah yang pahit, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah yang juga terjadi pada bulan Rejab. Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada 28 Rejab 1342 H, merupakan peristiwa besar yang menandakan berakhirnya era Kekhalifahan, institusi pemersatu dan pelindung umat Islam, setelah memerintah lebih daripada 13 abad (Lihat: Ali Muhammad ash-Shalabi, Ad-Dawlah al-Utsmaniyyah: ‘Awâmil an-Nuhûdh wa Asbâb as-Suqûth, 2012, hlm. 645).

 

Kejadian ini menjadi tragedi pemutus rantai sejarah politik Islam yang mengakibatkan terpecahnya kekuatan umat dan ketiadaan penanggungjawab utama atas tanah-tanah Islam seperti Palestin.

 

Dalam catatan sejarah, semangat pembebasan Palestin ini telah diwujudkan secara nyata. Palestin berjaya dibebaskan pertama kali oleh Khalifah Umar bin al-Khathab RA pada tahun 15 H/636 M, yang menjamin keamanan bagi penduduknya. Seterusnyatnya, Palestin dibebaskan kembali oleh Salahuddin al-Ayyubi daripada cengkaman Tentera Salib setelah Pertempuran Hittin pada tahun 583 H/1187 M. Ini menunjukkan bahawa pembebasan adalah projek berterusan sepanjang Sejarah (Lihat: Dr. Ali Muhammad alsh-Salabi, Salâhuddiin al-Ayyûbi wa Juhûduhu fî al-Qadhâ’ ‘alâ Dawlah al-Fâthimiyyah wa Tahrîr Bayt al-Maqdîs, 2015, hlm. 455).

 

Realitinya, Peringatan Rejab, termasuk Israk dan Mikraj, sering dilakukan dengan fokus yang terbatas pada sisi kerohanian dan persendirian semata, seperti mengkaji mukjizat, hikmah solat, serta kisah perjalanan Rasulullah SAW. Sisi-sisi ini memang sangat penting. Akan tetapi, hubungan strategik antara Israk Mikraj dengan kewajipan membela dan membebaskan Palestin sering diabaikan. Tanpa pentafsiran yang utuh dan tindakan nyata, peringatan tahunan kita hanya akan menjadi ritual yang terpisah daripada penderitaan sebenar tanah suci yang telah Allah muliakan.

 

Lemahnya Persatuan Umat

 

Menganalisis faktor-faktor dalaman umat Islam yang menyebabkan Palestin seakan-akan sukar dibebaskan memerlukan kajian jujur atas keadaan umat saat ini. Faktor-faktor tersebut adalah: Pertama, minimumnya kesedaran tentang pentingnya Palestin. Ramai daripada umat Islam yang belum memahami kedudukan strategik Masjidil Aqsa. Palestin sering dikecilkan hanya sebagai isu politik kontemporari atau sekadar tragedi kemanusiaan, tanpa mengira ikatan agamanya. Pengetahuan tentang status al-Quds sebagai “kiblat pertama, masjid kedua, dan tanah suci ketiga” tidak merata dan mengakar.

 

Kedua, mengecilkan makna Israk Mikraj dalam kesedaran kolektif. Peringatan tahunan Israk Mikraj sering terperangkap dalam rutin ucara yang terhad hanya pada ceramah yang menekankan mukjizat dan hikmah pensyariatan solat. Peringatan tersebut tidak dikaitkan secara kontekstual dengan tanggungjawab umat terhadap tempat peristiwa itu dimulakan. Akibatnya, terjadi pemisahan antara dimensi kerohanian peristiwa tersebut dan kesan sosial-politiknya. Akibatnya, kesedaran untuk membela Al-Aqsa tidak lahir sebagai akibat daripada keimanan.

 

Ketiga, Dunia Islam dilanda perpecahan yang dipagari oleh konsep nation-state (negara-bangsa) dan perpecahan politik, sosial dan ekonomi. Konsep ini, yang diimport pasca kolonialisme, telah berjaya menciptakan batas-batas palsu yang memecah-belahkan negeri-negeri Islam menjadi entiti-entiti kecil yang lebih mementingkan kepentingan nasionalnya daripada ukhuwah islamiyah. Isu Palestin juga sering diperlakukan sebagai masalah tempatan atau serantau (Timur Tengah), bukan sebagai isu sentral dan global seluruh umat Islam. Setiap negara lebih fokus pada kestabilan dalaman dan hubungan diplomatik dengan kuasa global, termasuk dengan entiti Zionis.

 

Keempat, ketiadaan kepimpinan global Islam (al-Imâmah al-’Uzhmâ atau al-Khilâfah) yang memiliki kekuasaan, legitimasi dan kapasiti untuk menggerakkan sumber daya umat. Salah satu kesan paling fatal daripada keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah adalah hilangnya institusi pemersatu yang dapat berbicara dan bertindak atas nama umat Islam secara kolektif. Saat ini, tidak ada satu entiti politik pun yang dapat mengkoordinasikan kekuatan ketenteraan, ekonomi dan diplomatik umat Islam secara efektif untuk membebaskan Palestin. Keadaan ini menciptakan ketiadaan kepimpinan yang akhirnya membuat umat menjadi lemah.

 

Kombinasi keempat faktor dalaman ini—kebodohan (al-jahl), pengurangan agama (at-tajannub ad-dîni), perpecahan (at-tafarruq) dan ketiadaan kepimpinan (faragh al-qiyâdah)—telah melemahkan umat daripada dalam dan membuatkan perjuangan pembebasan Palestin terasa seperti sebuah mimpi yang semakin jauh daripada kenyataan.

 

Makar Penjajah

 

Secara sejarah, penjajahan Palestin tidak dapat dilepaskan daripada rancangan besar negara-negara imperialis Barat. Mereka adalah pelakon utama yang melahirkan, memelihara dan membesarkan Israel sebagai “negara bentukan” (a forged state) yang berfungsi sebagai duri kekal di jantung Timur Tengah sekaligus alat kawalan geopolitik atas kawasan yang sangat strategik tersebut. Britain, dengan mandat Liga Bangsa-Bangsa, memiliki kepentingan imperialis untuk menyokong berdirinya negara Israel, sebagaimana yang dimanifestasikan dalam Deklarasi Balfour 1917 yang sangat kntroversi. Deklarasi ini adalah janji daripada mereka yang tidak berhak (Britain) kepada pihak yang tidak berhak (Zionis) untuk mengambil tanah daripada pemiliknya yang sah (rakyat Palestin), yang menjadi akar konflik dan ketidakstabilan kekal di kawasan.

 

Naratif global yang dikendalikan oleh hegemoni media arus utama (mainstream media) Barat dan sekutunya memainkan peranan penting dalam memutarbelitkan realiti. Edward W. Said, dalam karya monumentalnya Covering Islam, telah mengkritik bagaimana media Barat secara konsisten membingkai isu-isu yang melibatkan Dunia Islam dengan prasangka dan berat sebelah yang melayani kepentingan politik tertentu (Lihat Edward W. Said, Covering Islam, 1997, hlm. Xvi).

 

Penjajahan atas Palestin tidak hanya bersifat fizikal-ketenteraan, tetapi juga merupakan penjajahan kesedaran (colonialism of the mind). Ada usaha sistematik melalui pendidikan, media dan diplomasi budaya untuk menjauhkan generasi muda Muslim daripada sejarah gemilang pembebasan Palestin oleh tokoh seperti Salahuddin al-Ayyubi. Juga ada usaha membatasi isu ini hanya sebagai masalah tempatan Palestin atau konflik Arab-Israel, sebagai kesan logik daripada doktrin negara bangsa (nation-state) yang merosakkan ikatan ukhuwah islamiyah. Penjajahan pemikiran bertujuan memutuskan umat daripada akar sejarah dan identiti keagamaannya yang memandang pembelaan terhadap tanah suci sebagai kewajipan.

 

Seperti Britain pada masa lalu, Amerika Serikat saat ini memanfaatkan krisis Palestin untuk memperkukuhkan hegemoni dan penjajahan barunya di kawasan, dengan Israel sebagai hujung tombak ketenteraannya dan rejim-rejim Arab yang kooperatif sebagai penjaga kestabilan palsu yang menguntungkan kepentingan Barat. Analisis strategik seperti yang ditulis oleh Noam Chomsky dalam The Fateful Triangle mengesahkan bagaimana sokongan AS terhadap Israel merupakan pengiraan geopolitik untuk menjaga dominasi di Timur Tengah (Lihat Noam Chomsky, The Fateful Triangle, 1999, hlm. 17).

 

Kepimpinan Umat dan Khilafah

 

Secara prinsip dan sejarah, masalah Palestin hanya akan menemui diselesaikan dengan dua penyelesaian penting dalam Islam: jihad dan khilafah. Penjajahan Israel atas tanah Palestin adalah kezaliman yang secara syarie hanya dapat dihentikan dengan jihad fî sabilillah, iaitu pengusiran penjajah. Letak pentingnya keberadaan Khilafah Islamiyah (Imâmah al-’Uzhmâ) adalah sebagai institusi pemersatu yang memiliki kuasa untuk mengorganisasi dan memimpin jihad secara kolektif dalam skala strategik. Khilafah akan menyatukan potensi ketenteraan, ekonomi dan diplomatik umat Islam daripada pelbagai penjuru dunia untuk melawan penjajahan dengan kekuatan yang setara.

 

Landasan syarie atas peranan sentral kepimpinan (al-Imâmah/al-Khilafah) dalam mengorganisasi jihad sangatlah kukuh. Imam al-Mawardi dalam kitab monumentalnya, Al-Ahkâm as-Sulthâniyyah menetapkan bahawa di antara tugas utama seorang khalifah adalah “hifzhud-dîn wa siyâsah ad-dunyâ bihi” (menjaga agama dan mengatur urusan dunia dengannya), yang mencakup mempersiapkan pasukan dan kelengkapan perang untuk jihad melawan musuh (Lihat Al-Mawardi, Al-Ahkâm as-Sulthâniyyah, hlm. 13-15). Ulama kontemporeri yang secara sistematik mengaitkan jihad dan pembebasan dengan keberadaan Khilafah adalah Syeikh Abdul Qadim Zallum. Dalam kitab Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, beliau menegaskan bahawa Khilafahlah yang memiliki kekuasaan, salah satunya, menjalankan politik dalam dan luar negeri secara bersamaan, seperti menggerakkan pasukan, mengumumkan perang, serta membuat perjanjian dan gencatan senjata (Lihat: Abdul Qadim Zallum, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, 2002, hlm. 92).

 

Sebaliknya, kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 menjadi titik perubahan yang membawa bencana. Peristiwa tragis ini membuka jalan lebar bagi penjajahan Barat atas dunia Islam, yang puncaknya adalah Deklarasi Balfour 1917 dan pendirian negara Israel pada 1948 di atas tanah Palestin. Tanpa Khilafah, umat Islam kehilangan kekuatan politik yang terpusat dan global untuk melindungi tanah suci mereka daripada pencerobohan asing. Inilah realiti pahit yang perlu disedari dan menjadi keutamaan perjuangan ideologi dan politik umat saat ini adalah mengembalikan kehidupan Islam di bawah naungan Khilâfah ‘alâ Minhâj an-Nubuwwah, sebagai prasyarat utama untuk membebaskan al-Aqsa dan seluruh tanah Islam yang terjajah.

 

Penutup

 

Bulan Rejab dan Israk Mikraj merupakan panggilan untuk merenungkan ikatan umat Islam dengan Palestin sekaligus penilaian atas krisis kepimpinan global yang melumpuhkan kapasiti kita untuk membela tanah suci tersebut. Israk Mikraj dengan Masjidil Aqsa-nya menegaskan bahawa pembebasannya adalah hasil daripada keimanan.

 

Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah di bulan yang sama mengingatkan kita pada luka sejarah berupa hilangnya institusi pemersatu yang mampu mengorganisasi jihad pembebasan secara kolektif. Oleh kerana itu, menghidupkan ruh Rejab saat ini bermaksud berkomitmen untuk membangun kesedaran yang utuh, mengumpulkan persatuan dan bekerja menuju tegaknya kembali kepimpinan umat (Khilafah) yang akan menjadikan pembebasan Palestin sebagai salah satu agenda.

 

WalLâhu al-Musta’ân.

 

#Rejab #Palestin #IsrakMikraj #KepimpinanIslam

 

Exit mobile version