Sistem Ekonomi Islam dalam Negara Khilafah adalah Sistem yang akan Memberikan Kehidupan Ekonomi yang Selamat dan Bebas Krisis kepada Manusia
Kemiskinan, pengangguran, kekayaan yang sangat bersar yang tertumpu di tangan segelintir elit, kejatuhan nilai mata wang tempatan, penghapusan subsidi barangan asas, kemerosotan taraf hidup, serta kenaikan harga yang belum pernah berlaku sebelum ini… inilah realiti suram ekonomi di negara-negara Muslim kita hari ini. Penyelesaian yang sering dicadangkan untuk keluar daripada krisis ini ialah pinjaman daripada Dana Monetari Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, yang akhirnya membawa kepada masalah yang lebih kompleks: hutang yang bertambah dengan faedah tinggi, peningkatan cukai, dan rangkaian krisis berulang yang menyebabkan sumber alam dan kekayaan negara tergadai kepada kehendak kuasa penjajah. Hal ini kerana semua “penyelesaian” ini hanya membolehkan golongan kaya memperoleh barangan atau perkhidmatan, manakala golongan lemah dan miskin yang tidak mampu membelinya terus menderita. Ia merupakan penyelesaian sia-sia, yang tetap terperangkap dalam kitaran ekonomi kapitalis. Masalah-masalah ini berasal dari sistem yang menciptakan dan menyebabkan krisis-krisis ini berlaku, ie. sistem kapitalis, akar dari segala kejahatan, korup dalam mekanisme dan perundangannya, dan dunia menderita akibatnya serta mendambakan untuk melepaskan diri dari bencana-bencananya. Malah, pemikir Barat dan tokoh kapitalis sendiri meragui keberkesanan penyelesaian yang dicadangkan, dengan menyatakan bahawa, jika penyelesaian-penyelesaian ini berhasil, ia sekadar menangguhkan kejatuhan, bukan menyelesaikan masalah secara mendasar.
Ekonomi dunia memerlukan struktur baharu dan pembebasan daripada belenggu kapitalisme. Dunia tidak memiliki jalan keluar daripada penderitaan sistem kewangan kapitalis yang mandul kecuali, melalui sistem ekonomi dan kewangan yang dibangun di atas prinsip-prinsip Islam. Islam telah diterapkan lebih seribu tahun, dan sepanjang tempoh itu ia membangun perekonomian yang fleksibel, dinamik, serta benar-benar disokong oleh aktiviti ekonomi tempatan yang kukuh. Ekonomi Islam pernah memimpin dunia dan menjadi salah satu sebab kemakmuran Barat sebelum beralih ke era kolonialisme. Hal ini kerana, negara-negara Barat bergantung kepada perdagangan dengan dunia Islam. Oleh yang demikian, jalan penyelesaian terletak pada pelaksanaan sistem ekonomi Islam, kerana ia satu-satunya sistem yang mampu menyelesaikan krisis masa kini dan masa akan datang secara adil dan sesuai dengan fitrah manusia. Namun, sistem ini tidak boleh wujud dalam kerangka sistem manusia yang cacat kerana undang-undang umum sistem tersebut akan tetap mempengaruhinya dengan pelbagai cara. Jika seorang penguasa cuba menerapkan sistem ekonomi Islam secara sendirian, hasil yang diinginkan tidak akan tercapai. Ini kerana, sistem ekonomi Islam merupakan bahagian integral daripada Islam dan mesti berasal daripada asas yang menjadi dasar kepada semua sistem kehidupan. Islam adalah akidah yang menjadi asal terbentuknya sistem kehidupan, dan hanya akan membuahkan hasil jika diterapkan dan dilaksanakan secara lengkap, sebagaimana yang dipraktikkan oleh Nabi Muhammad (saw), para sahabatnya, serta orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebenaran.
Islam adalah satu kesatuan yang tidak boleh dipisahkan; justeru mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain adalah bentuk kekufuran. Hal ini sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran, dalam firman Allah SWT kepada Bani Israel:
:Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Baqarah :85)
Tidak dibenarkan melaksanakan sebahagian syariat Islam dan mengabaikan sebahagian yang lainnya. Oleh kerana sistem ekonomi Islam merupakan sebahagian daripada sistem Khilafah, maka pelaksanaannya hanya akan berlaku setelah tertegaknya Khilafah. Sistem Islam adalah satu kesatuan yang syumul (menyeluruh), dan sistem ekonomi hanyalah sebahagian daripada kesatuan tersebut. Sukar untuk melaksanakan sistem ekonomi sahaja tanpa menerapkan Islam secara komprehensif.
Lebih-lebih lagi, sukar untuk memperincikan dasar ekonomi Islam dalam artikel yang singkat ini. Namun, kami akan meringkas garis besarnya, yang, insya Allah, akan cukup untuk menunjukkan kebenaran bahawa sistem ekonomi Islam saja mampu memberikan kehidupan ekonomi yang sihat, sejahtera, dan bebas krisis bagi masyarakat. Berikut penjelasannya:
Pertama: Dasar ekonomi dalam Islam
Dasar ekonomi ialah tujuan hukum-hukum dalam mengurus kehidupan manusia. Dalam Islam, ia bertujuan untuk memastikan semua keperluan asas setiap individu di dalam negara Islam terpenuhi, sama ada makanan, pakaian dan tempat tinggal. Ia juga bertujuan untuk membolehkan individu memenuhi keperluan tambahan mengikut kemampuan, sebanyak mungkin, dengan kesedaran bahawa mereka (rakyat) hidup dalam masayrakat dengan cara hidup yang khusus. Hal ini dapat dicapai dengan mewajibkan kaum lelaki yang mampu untuk bekerja, sehingga mereka dapat menyara diri dan tanggungannya.
“Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).” (Surah Al-Mulk:15)
Dan jika dia tidak mampu berkerja, maka tanggungjawab itu mesti dipikul oleh anak yang dilahirkannya, atau waris.
“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Baqarah :223)
Dan sekiranya tidak ada yang boleh dipertanggungjawabkan untuk menfakahinya (waris), maka tanggungjawab itu mesti dipikul oleh perbendaharaan negara (Baitul Mal). Nabi (saw) bersabda:
«مَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِوَرَثَتِهِ وَمَنْ تَرَكَ كَلًّا فَإِلَيْنَا»
“Sesiapa yang meninggalkan harta, maka ia untuk para warisnya; dan sesiapa yang meninggalkan tanggungan, maka ia menjadi tanggungan kami.” [HR Bukhari]
Kedua: Prinsip-prinsip umum ekonomi
Penelitian terhadap hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan ekonomi mengungkapkan bahawa keutamaan fokus dalam Islam membahas masalah bagi membolehkan manusia untuk memperoleh manfaat daripada kekayaan. Menurut pandangan Islam, ini adalah masalah ekonomi mendasar dalam masyarakat. Ketika Islam meneliti ekonomi, ia berfokus pada perolehan kekayaan, bagaimana manusia mengelolanya, dan bagaimana kekayaan itu diagihkan di antara mereka. Oleh sebab itu, hukum-hukum yang berkaitan dengan ekonomi didasarkan pada tiga prinsip:
- Kepemilikan
- Pengelolaan pemilikan
- Pengagihan kekayaan di antara manusia
- Adapun kepemilikan, hakikatnya segala pemilikan adalah milik Allah. Sebagaimana Allah adalah pemilik sesuatu harta benda, demikianlah juga Dia telah menetapkan bahawa ia adalah milik-Nya.
Firman Allah )swt): “…dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu…” (Surah An-Nur : 33)
Kekayaan adalah milik Allah semata-mata, namun Allah (swt) memberikan kekayaan kepada manusia hak untuk memilikinya sebagai amanah, sehingga memberikannya hak atas pemilikannya.
Allah (swt) berfirman:
“Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar.” (Surah Al-Hadiid 57:7)
Namun, hak kepemilikan ini, yang berasal daripada konsep perwalian, bersifat universal bagi seluruh umat manusia. Mereka memiliki hak kepemilikan, namun bukan kepemilikan sebenarnya; mereka adalah pengelola hak untuk memiliki. Hukum Islam menjelaskan bahawa ada tiga jenis kepemilikan:
- Pemilikan individu: Setiap individu memiliki hak untuk memiliki harta benda melalui cara yang sah.
- Pemilikan umum (seperti air, padang ragut, tenaga) : Ini adalah milik seluruh umat Islam. Rasulullah (saw) bersabda, “Manusia berkongsi pada tiga perkara iaitu air, rumput dan api.” (HR Ibn Majah dan Abu Daud)
- Pemilikan negara: Jika seorang Muslim meninggal tanpa ahli waris, hartanya masuk ke perbendaharaan negara (Baiutl Mal). Semua jenis pajak, cukai, dan levi lain yang dikutip juga akan masuk ke perbendaharaan negara.
- Mengenai pengelolaan harta (tasarruf), ia dijelaskan seperti berikut:
- a) Pengelolaan harta individu: Ini jelas dalam hukum-hakam berkaitan transaksi seperti jual beli, gadaian, dan sebagainya.
- b) Pengelolaan harta negara: Ini jelas dalam hukum-hakam berkaitan perbendaharaan awam (Baitulmal).
- c) Pengelolaan harta umum: Kuasa ini diberikan kepada negara kerana ia bertindak sebagai wakil kepada komuniti. Walau bagaimanapun, undang-undang Islam melarang negara daripada mengelola harta umum melalui pertukaran atau pemindahan hak milik (penswastaan). Syarak membenarkan negara mengelolanya dengan cara-cara lain mengikut hukum-hakam yang telah ditetapkan oleh undang-undang Islam.
- Bagi pengagihan kekayaan di kalangan manusia, ia secara semula jadi berlaku melalui cara pemerolehan dan kontrak. Walau bagaimanapun, perbezaan kekuatan dan keperluan manusia membawa kepada pengagihan kekayaan yang tidak sama rata. Ini mewujudkan kemungkinan penyalahgunaan dalam pengagihan ini, mengakibatkan kekayaan terkumpul di tangan satu pihak dan ditahan daripada pihak yang lain. Ia juga membawa kepada penimbunan alat pertukaran tetap, iaitu emas dan perak. Oleh itu, undang-undang Islam melarang peredaran kekayaan hanya di kalangan orang kaya dan mewajibkan peredarannya di kalangan semua orang. Ia juga melarang penimbunan emas dan perak, walaupun zakat (sedekah wajib) telah dibayar ke atas mereka.
Ketiga: Pandangan Islam terhadap wang
Wang secara amnya digunakan untuk tiga tujuan: simpanan, perbelanjaan dan peredaran. Dalam hal menyimpan atau menabung, seseorang boleh menabung untuk apa-apa perkara yang memerlukan pengumpulan wang, dan ini dibenarkan jika zakat ditunaikan ke atasnya selepas setahun berlalu dan ia mencapai nilai minimum untuk zakat. menabung untuk tujuan menyimpan, menyorok wang, dan mengumpulkannya adalah haram menurut nas al-Quran, sebagaimana firman Allah Taala:
“… Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah At-Taubah :34)
Berkenaan perbelanjaan, Islam telah menetapkan peraturannya. Islam membenarkan beberapa bentuk seperti sedekah (sadaqa)… dan mewajibkan yang lain seperti membayar zakat… dan melarang beberapa bentuk yang lain pula seperti perbelanjaan untuk alkohol dan judi…
Berkenaan perdagangan, Islam mengawalnya dalam dua cara:
- a) Ia menetapkan piawaian tetap yang digunakan untuk mengukur gaji dan harga, yang dipanggil “wang,” dan mengehadkannya kepada emas dan perak sahaja.
- b) Baginda menjelaskan transaksi Islam yang betul, seperti hukum perkongsian (partnership) dalam Islam (termasuk perkongsian dalam bentuk ‘inan, abdan, mudaraba, wajuh, dan mufawada), dan hukum pajakan, perdagangan, tanaman kongsi, pengairan, penjualan, pertukaran mata wang, dan perantaraan. Baginda melarang kilang yang mengeluarkan bahan terlarang dan melarang transaksi seperti perkongsian tidak sah (batil) yang tidak memenuhi syarat untuk pembentukan dan kesahihannya, seperti syarikat saham bersama, syarikat jaminan, syarikat insurans, dan syarikat gadai janji riba. Baginda juga melarang penipuan dan monopoli.
Keempat: Pandangan Islam terhadap kritikan:
Nabi (saw) menetapkan emas dan perak sebagai mata wang, menjadikannya satu-satunya piawaian kewangan yang digunakan untuk mengukur kekayaan dan tenaga kerja, dan sebagai asas semua transaksi. Nabi (saw) menetapkan berat emas dan perak mengikut berat yang digunakan oleh penduduk Mekah, dengan bersabda:
«الْوَزْنُ وَزْنُ أَهْلِ مَكَّةَ»
“Timbangan (piawai) ialah berat penduduk Mekah.”
Dengan mengkaji konsep standard kewangan dalam Islam dan membandingkannya dengan timbangan hari ini, dinar adalah sama dengan 4.25 gram emas, dan dirham ialah 2.975 gram perak.
Kelima: Pengharaman riba
Syariat Islam melarang keras riba; kesahihan dan maknanya tidak berbelah bahagi. Ia menyatakan orang-orang yang melakukan riba adalah ornag-orang yang berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Allah Taala berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.” (Surah Al-Baqarah :279)
Begitu keras pengharamannya sehingga Rasulullah (saw) melaknat riba dan orang-orang yang berurusan dengannya, dan laknat adalah pengusiran daripada rahmat Allah.
Walaupun demikian, Islam menggalakkan dan menggesa pemberian pinjaman di kalangan umat Islam, sebagaimana sabda Rasulullah (saw):
«مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُقْرِضُ مُسْلِمًا قَرْضًا مَرَّتَيْنِ إِلَّا كَانَ كَتَهِمْ
“Tidak ada Muslim yang meminjamkan sesuatu kepada Muslim lain dua kali, kecuali itu akan seperti memberi sedekah sekali.” [HR Ibnu Majah]
Ini bukan pada peringkat individu semata. Sebaliknya, ia menjadi fungsi jabatan ekonomi dalam sistem Khilafah (negara Islam) untuk menyediakan pinjaman kepada para petani dan usahawan dalam kerangka visi negara untuk pembangunan ekonomi dan dasar pembasmian kemiskinan dengan mewujudkan pasaran buruh dan menyediakan barangan. Walau bagaimanapun, pinjaman ini bukanlah berkonsepkan riba, dan matlamatnya bukanlah keuntungan. Khilafah adalah negara kebajikan, bukan negara pengutip cukai.
Keenam: Pengawasan Sistem Ekonomi dalam Islam
Ini adalah badan pengawalseliaan yang memastikan keadilan sistem ekonomi seperti yang digariskan dalam hukum hakam Islam, dan ia boleh diringkaskan dengan sarana pengawalseliaan berikut:
1) Pejabat Penyelia Pasar (Hisbah): Pemeriksa pasar menyelia pasar, timbang dan sukat, dan memerangi penipuan di pasar dan tempat awam, serta memantau pelanggaran lainnya.
2) Badan Kehakiman: Hakim menyelesaikan semua pertikaian, termasuk pertikaian kewangan dan ekonomi yang mungkin timbul dalam transaksi harian orang ramai.
3) Penyeliaan (Diwan): Ini adalah mekanisme pengawasan dan kawalan untuk pergerakan dana dalam perbendaharaan awam, termasuk dana zakat, dana negara, dan dana milik pemilikan awam. Mereka menyelia pengumpulan dan perbelanjaan dana untuk memastikan setiap transaksi dijalankan dengan betul.
4) Mahkamah Aduan (Mazalim): Pejabat atau mahkamah ini mengendalikan aduan yang difailkan terhadap pihak berkuasa jika mereka menganiaya rakyat dalam apa jua cara, termasuk perkara kewangan dan ekonomi.
Ini adalah garis besar dasar ekonomi dalam Islam. Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, kami mengesyorkan buku, “Sistem Ekonomi dalam Islam (An Nizham Al Iqtishadiy Fil Islam),” sebuah karya pemikiran Islam yang berharga dan tiada tandingan. Ia merupakan buku pertama yang menyatakan dengan jelas dan eksplisit realiti sistem ekonomi dalam Islam pada era ini.
Satu-satunya sumbernya untuk mendapatkan keputusan undang-undang yang berkaitan dengan ekonomi ialah Kitabullah (AL Quran) dan Sunnah Rasul-Nya, berserta panduan yang diberikannya melalui penaakulan analogi dan konsensus para sahabat (ijmak sahabat). Ia tidak bergantung pada sumber lain untuk keputusan ekonomi ini, yang menjamin kehidupan yang bermaruah untuk semua orang, Muslim dan bukan Muslim, selagi mereka hidup di bawah Khilafah, yang melindungi keselamatan dan mata pencarian mereka dan menyediakan mereka dengan jaminan keselamatan dan kehidupan ekonomi bebas krisis.
Kesimpulannya, kami memohon kepada Allah agar memberi kemampuan kepada umat Islam untuk mengamalkan dan melaksanakan peruntukan syariat Islam dalam sebuah negara yang mentadbir mereka berdasarkan apa yang telah Allah wahyukan.
Pautan ke buku di laman web Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir:
Arabic: https://www. hizb-ut-tahrir.info/…/hizb-resources/48.html
English: https://www. hizb-ut-tahrir.info/…/latest…/1737.html
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Rana Mustafa
#VisiSejatiDemiPerubahan #TrueVision4Change #EkonomiIslam

