Jika Negeri-Negeri Muslim Bersatu, Dalam Tempoh Sejam Sahaja Mampu Membebaskan Palestin
Semasa pihak berkuasa pendudukan menutup Masjid al-Aqsa sepenuhnya bagi umat Islam (11-03-2026), khususnya sepanjang bulan suci Ramadhan yang lalu, menteri-menteri Luar Arab Saudi, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Indonesia, Pakistan, Mesir, dan Turki mengecam tindakan rejim pendudukan tersebut.
Mereka menegaskan penolakan dan kecaman sepenuhnya terhadap tindakan haram yang tidak berasas ini; menuntut agar entiti Yahudi segera menghentikan penutupan pintu-pintu Masjid al-Aqsa; tidak menghalang akses para jemaah ke masjid tersebut; menarik balik sekatan yang dikenakan terhadap kemasukan ke Kota Lama di al-Quds; dan menahan diri daripada menghalang umat Islam daripada memasuki masjid. Itu antara kandungan penolakan dan kecaman yang disampaikan.
Para menteri tersebut turut menyeru kepada komuniti antarabangsa untuk mengambil sikap tegas kepada entiti Yahudi untuk menghentikan pelanggaran dan tindakan bertentangan undang-undang yang berterusan terhadap tempat-tempat suci Islam, Kristian, dan pelanggaran terhadap kesucian tempat-tempat suci tersebut.
Berikutan hal ini, perwakilan daripada parti politik antarabangsa, Hizbut Tahrir, menyatakan, padahal negeri-negeri seperti Arab Saudi, Mesir, Pakistan, Indonesia, dan Turki itu sudah cukup untuk membebaskan seluruh tanah suci Palestin.
“Jika mereka mahu dan bersatu, dalam tempoh satu jam sahaja Palestin mampu dibebaskan kerana mereka memiliki tentera dan persenjataan yang mampu mencabut entiti Yahudi hingga ke akarnya,” demikian ungkapannya dalam kenyataan (14-3-2026) yang diterbitkan oleh Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir.
Selain itu, jelasnya, ironi para pemimpin tersebut juga memiliki rakyat yang bersemangat untuk bergerak di jalan Allah.
“Lalu bagaimana jika gerakan (rakyat) ini diarahkan kepada jihad demi kiblat pertama mereka, tempat suci ketiga selepas dua tanah suci? Namun, mereka (para menteri/pemimpin) hanya berpuas hati dengan mengutuk, mengecam, dan meminta bantuan antarabangsa untuk menghentikan pelanggaran yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi,” kritiknya.
Menurutnya lagi, kelemahan posisi para pemimpin kaum Muslim hari ini amat jelas dan nyata.
“Di sini terdapat wakil daripada lapan negeri. Namun mereka, seperti biasa, hanya puas dengan ungkapan kecaman, kritikan dan bantahan, seolah-olah mereka orang luar yang tidak memiliki hubungan dengan tanah suci Palestin, dan tidak memikul tanggungjawab terhadapnya dan terhadap umat Islam yang lemah serta tidak memiliki kekuatan mahupun kekuasaan. Sesungguhnya, Masjid al-Aqsa dan tanah yang diberkati Allah di sekitarnya merupakan sebahagian penting daripada kewajipan dan warisan umat Islam, kerana Allah telah menyebutkannya dalam Kitab Suci-Nya,” katanya.
Beliau memetik Surah Al-Isra ayat 1, “Maha Suci Dia yang telah membawa hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa, yang sekitarnya telah Kami berkati, untuk memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Tambah beliau, Palestin telah menjadi tanah milik umat Islam sejak ditakluki oleh Khalifah Umar bin Al-Khattab RA, sehingga kini ia merupakan amanah bagi seluruh umat Islam hingga ke hari kiamat.
“Inilah yang mewajibkan pasukan Muslim untuk melaksanakan tugas mereka, iaitu pembebasannya dan berhenti sekadar menjadi penonton,” ujarnya.
Beliau berpandangan, bahawa membiarkan isu Palestin berlarutan sama seperti membiarkan kesombongan, penjajahan, dan pencerobohan entiti Yahudi.
“Tambahan pula, kini kita melihat mereka telah mula berbicara tentang tanah “Israel Raya” dari Sungai Nil hingga Sungai Euphrates. Oleh itu, sudah tiba masanya umat Islam bersatu di bawah satu kepimpinan global, iaitu Khilafah Islam, untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan,” katanya.
#Palestin #ArmiestoGaza #ArmiestoAqsa #SaveAlQuds #WeNeedKhilafah #PalestineNeedsJihad

