Fitnah Terbesar: Ketika Kepatuhan Penuh pada Metodologi Khilafah Hilang, Maka Institusi Umat pun Tergoncang
Ketika mempelajari apa yang dikenal dalam sejarah Islam sebagai Fitnah Terbesar (Al-Fitnah Al-Kubra), setelah syahidnya Khalifah Uthman bin Affan ra., tidaklah tepat untuk memperlakukan peristiwa tersebut hanya sebagai konflik politik antara para sahabat terkemuka, atau sebagai insiden sejarah yang terpisah. Namun, peristiwa tersebut perlu dilihat dari perspektif sistem politik dalam Islam, sebab setiap kesalahan dalam menetapkan cara penegakan pemerintahan dan meminta pertanggungjawaban penguasa—sekecil apapun kesalahannya—dapat membuka pintu bagi kekacauan serius dalam seluruh entiti umat.
Negara Islam pada masa Rasulullah SAW dan sesudahnya Khulafaur Rasyidin, tegak berdasarkan Islam, di mana penguasa diangkat melalui baiah syar’iyah, iaitu melalui akad yang sah dengan umat, sehingga ketaatan kepadanya dalam hal yang benar adalah wajib, dan Khalifah dimintai pertanggungjawaban jika melakukan kesalahan dalam menjalankan hukum-hukum Islam.
Struktur yang terpadu ini telah mempertahankan kesatuan umat sejak era-era paling kritikalnya, sama ada ketika menghadapi perang menentang kemurtadan mahupun dalam siri penaklukan besar. Namun begitu, peristiwa menjelang syahidnya Uthman r.a. memperlihatkan kemunculan faktor-faktor baharu dalam masyarakat Islam, seperti limpahan kekayaan dan perluasan wilayah negara.
Perkara paling berbahaya dalam fasa ini bukanlah kewujudan kesilapan manusia, kerana para penguasa tidak bersifat sempurna. Sebaliknya, ia adalah perubahan bentuk bantahan daripada kerangka pembetulan (muhasabah) yang syarie dan bertertib kepada pemberontakan bersenjata serta kekacauan.
Islam menetapkan mekanisme yang jelas dalam menuntut pertanggungjawaban daripada penguasa, mewajibkan amar makruf dan nahi mungkar, serta melarang kezaliman. Namun pada masa yang sama, Islam turut menegaskan larangan konflik bersenjata yang membawa kepada pertumpahan darah dan perpecahan masyarakat. Apabila perincian keseimbangan ini diabaikan, perbezaan pendapat boleh meningkat menjadi pertempuran, dan keseluruhan entiti masyarakat akan terancam.
Selepas syahidnya Uthman r.a., Ali bin Abi Talib r.a. menerima bai‘ah syar’iyah, lalu jawatan khalifah diserahkan kepadanya. Namun begitu, isu qisas (hukuman setimpal) terhadap para pembunuh Uthman serta cara menangani keadaan yang bergolak telah mencetuskan perbezaan pandangan dalam kalangan sahabat-sahabat senior. Perselisihan ini bukan berkaitan dengan legitimasi Khilafah itu sendiri, sebaliknya berkisar tentang keutamaan tindakan dan pendekatan dalam menangani kejahatan yang lebih besar. Namun, penyusupan unsur-unsur yang rosak, pengapian sentimen sektarianisme, serta ketiadaan keamanan dan kestabilan yang benar-benar mantap telah menyebabkan konflik tersebut meningkat sehingga membawa kepada konfrontasi ketenteraan yang menyakitkan.
Pelajaran utama di sini adalah bahawa persatuan politik umat bukanlah masalah sekunder, melainkan kewajipan agama. Kewujudan seorang Khalifah tunggal yang menerima bai‘ah dan kepadanya diberikan ketaatan merupakan “injap keselamatan” bagi umat.
Sehingga setiap kelonggaran apapun dalam melindungi entiti ini, atau membuka pintu bagi banyak pusat kekuasaan, maka akan menyebabkan perpecahan yang berbahaya dan mengerikan. Fitnah Terbesar (Al-Fitnah Al-Kubra) tersebut menunjukkan bahawa gangguan terhadap keamanan internal, serta memberi ruang kepada para penghasut dan pihak yang mempunyai agenda tersembunyi, boleh menyeret bahkan orang-orang yang baik ke dalam kancah konflik yang pada asalnya tidak mereka kehendaki.
Peristiwa-peristiwa ini turut menunjukkan bahawa kewujudan penguasa yang sah dari sudut legitimasi sahaja tidak mencukupi tanpa mekanisme akauntabiliti yang jelas, serta kewujudan umat yang sedar dan terikat dengan hukum Islam dalam menangani pelanggaran dan kesalahan. Islam tidak meredhakan atau menerima kezaliman, tetapi pada masa yang sama tidak membenarkan kekacauan. Sebaliknya, Islam meletakkan proses pembetulan dan akauntabiliti dalam kerangka yang menjaga keutuhan institusi negara. Apabila keseimbangan ini terganggu atau rosak, natijahnya ialah gangguan dalaman yang melemahkan umat dalam menghadapi cabaran luaran.
Dari perspektif yang lebih dalam, Fitnah Terbesar (Al-Fitnah Al-Kubra) ini menandakan permulaan perubahan beransur-ansur dalam sistem pemerintahan, apabila ciri-ciri pewarisan kuasa mula muncul, manakala pendekatan praktikal dalam tadbir urus yang menjadi ciri era Khulafa’ al-Rasyidin semakin berkurangan. Ini menunjukkan bahawa pemeliharaan model pemerintahan berteraskan kenabian tidak berlaku secara automatik, sebaliknya memerlukan kesedaran yang berterusan serta kepatuhan yang teliti terhadap hukum-hukum Islam yang mengatur pelantikan Khalifah, bidang kuasanya, dan mekanisme pertanggungjawabannya.
Apabila pelajaran ini diterapkan kepada realiti umat Islam masa kini, ia menunjukkan bahawa ketiadaan Khilafah yang menyatukan menjadi antara punca utama masalah yang dihadapi. Umat Islam hari ini tidak semata-mata berdepan perselisihan tentang Khalifah tunggal, tetapi lebih kepada ketiadaan entiti Islam yang bersatu, serta perpecahan negara, bendera, dan sempadan politik.
Namun begitu, pengajaran daripada fitnah tetap relevan. Sebarang usaha untuk menegakkan pemerintahan berasaskan Islam perlu dilaksanakan sepenuhnya dalam kerangka yang jelas dan selari dengan syariah, dengan matlamat mencegah perselisihan, mewujudkan mekanisme akauntabiliti, serta menutup ruang kepada kekacauan bersenjata, rampasan kuasa, dan konflik peribadi.
Fitnah Terbesar (Al-Fitnah Al-Kubra) itu sebagai peringatan bahawa institusi Khilafah bukan sekadar deklarasi politik, tetapi satu struktur menyeluruh yang menjaga kesatuan kuasa, mengatur hubungan antara pemerintah dan umat, serta menghalang perbezaan pendapat daripada berkembang menjadi konflik dalaman. Ia juga menegaskan bahawa pertumpahan darah sesama umat yang tidak bersalah lebih berbahaya daripada ancaman musuh luar, kerana perpecahan dalaman akan melemahkan kekuatan dan meruntuhkan kesatuan barisan.
Fasa menyakitkan dalam sejarah Islam itu bukanlah sumber permusuhan atau tuduhan, melainkan sumber kesedaran politik yang mendalam. Kesatuan pemerintahan merupakan kewajipan, ketaatan kepada kebenaran adalah asas, dan tuntutan akauntabiliti merupakan hak. Namun semuanya perlu dilaksanakan dalam kerangka hukum Islam, bukan berasaskan emosi, fanatisme, atau tindakan tergesa-gesa. Umat yang mampu mengurus perbezaan mengikut prinsip keseimbangan ini akan dapat memelihara perpaduannya dan terus menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia. Sebaliknya, apabila pintu kepada kekacauan terbuka, maka pencapaian yang besar sekalipun boleh runtuh dalam sekelip mata. []
Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Mesir
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 18/3/2026.

