Perang Qadisiyah: Hari Ketika Kekuasaan Kisra Dihapuskan dan Kekuasaan Islam Ditegakkan
Perang Qadisiyah adalah pertempuran penting yang menunjukkan makna negara dalam Islam: sebuah entiti politik yang berasaskan kepada akidah, membawa Islam sebagai risālah (pesan) untuk dunia, menjadikan kedaulatan di tangan syarak, serta menggunakan kekuatan untuk menyingkirkan kekuasaan para penguasa yang zalim dan menegakkan hukum Allah di muka bumi.
Pada saat Perang Qadisiyah, Kekaisaran Sasaniyah adalah salah satu kekuatan terbesar di bumi; memiliki pasukan yang besar, sistem administrasi yang hebat, dan kekayaan yang terakumulasi selama berabad-abad. Namun, kekaisaran itu didasarkan pada monarki yang menindas yang memberikan kekuasaan kepada penguasa untuk membuat undang-undang, menundukkan rakyat dengan sistem kelas yang sangat keras, dan mengaut kekayaan mereka dengan cukai. Sebaliknya, tentera Muslim merupakan bahagian dari negara yang baru lahir, tetapi didasarkan kepada ideologi yang jelas: Islam sebagai sebuah akidah dan sistem, seorang Imam (Khalifah) memimpin umat dengan baiah syar’iyah (sesuai dengan peraturan Allah dan RasulNya), serta tentera yang didisiplinkan oleh peraturan (hukum) jihad.
Perbezaan asas bukanlah kepada jumlah dan kelengkapan, melainkan kepada sifat entiti yang berada di sebalik tentera tersebut. Kaum Muslim tidak keluar ke medan tempur kerana kesetiaan kesukuan atau ketamakan akan tanah, tetapi untuk menyebarkan Islam dan risālah (pesan)Nya ke seluruh dunia, di bawah komando seorang Khalifah, dalam kebijakan luar negara khususnya yang bertujuan untuk menghilangkan halangan yang mencegah orang memasuki kekuasaan Islam. Perang Qadisiyah bukanlah konflik nasional, melainkan konfrontasi antara dua autoriti: autoriti orang-orang yang membuat undang-undang atas kekuasaan mereka sendiri, dan autoriti hukum Islam yang menjadi acuan dalam setiap urusan. Terdapat beberapa pelajaran penting dari Perang Qadisiyah:
Pertama: Kemenangan dalam Perang Qadisiyah itu terkait erat dengan penegakan pemerintahan sesuai dengan hukum Allah, bukan hanya dengan menggunakan sarana yang lebih unggul semata. Sa’ad bin Abi Waqqash RA memimpin pasukan yang anggotanya memahami bahawa mereka adalah sebahagian dari projek umat, bukan tentera bayaran dalam perang pengembangan. Mereka berperang di bawah satu panji, kesetiaan mereka hanya kepada Islam, dan ketaatan mereka kepada pemimpin sebagai sebahagian dari ketaatan mereka kepada Allah. Disiplin ini bukan sekadar rincian organisasi, melainkan cerminan dari akidah yang menjadikan ketaatan kepada kebenaran sebagai prinsip asas bagi integriti tentera dan negara.0
Kedua: Dalam Islam, negara tidak memisahkan kekuasaan dari akidah. Kekuasaan bukanlah alat untuk mendominasi ekonomi, bukan pula sarana untuk memaksakan pengaruh politik yang sempit, melainkan sarana untuk menyebarkan risālah (pesan) dan memastikan penerapan hukum Islam. Oleh kerana itu, negara-negara yang ditaklukkan tidak berubah menjadi wilayah kekuasaan para pemimpin, dan sumber dayanya tidak dijarah untuk kepentingan elit militer, tetapi negeri-negeri itu dimasukkan ke dalam sistem kewangan dan administrasi yang diatur oleh ketentuan-ketentuan hukum Islam, berada di bawah kendalian kas negara (baitul mal) kaum Muslim, dan dibelanjakan melalui saluran yang sesuai dengan aturan Allah dan RasulNya.
Ketiga: Kekaisaran, walaupun ia kelihatan kukuh, namun ia dibangun di atas asas yang lemah dan rapuh yang menyebabkannya mudah jatuh dan runtuh. Negara Sasaniyah melemah dari dalam, dibebani oleh ketidakadilan dan konflik kelas, serta terpisah dari rakyatnya. Adapun negara Islam didirikan atas dasar ikatan akidah, menegakkan kesetaraan di antara manusia berdasarkan asal usul yang sama, dan menentukan perbezaan melalui ketakwaan, bukan ras atau kelas sosial. Oleh kerana itu, peralihan kekuasaan dari Kekaisaran Sasaniyah ke pemerintahan Islam merupakan transisi dari sistem berasas kelas ke sistem di mana semua orang setara di hadapan hukum.
Ketika kita menerapkan adegan ini pada realiti umat Islam saat ini, maka perbezaan yang menyakitkan menjadi jelas antara keberadaan entiti yang bersatu yang memimpin umat di bawah satu autoriti dan realiti yang berpecah belah di mana setiap wilayah beroperasi di dalam batasannya sahaja, diatur oleh sistem Barat dan tunduk pada Barat, tunduk pada dinamik kekuatan internasional, berunding secara independen, dan takut akan konfrontasi sendirian. Ketika Perang Qadisiyah, Semenanjung Arab, Irak, dan Syam bukanlah entiti yang terpisah, melainkan sebuah wilayah yang berada di bawah satu pemimpin, diatur oleh kebijakan yang terpadu, dan beroperasi dalam satu visi. Inilah rahsia sebenarnya di balik pergeseran keseimbangan kekuasaan.
Saat ini, kekuatan berkurangan dengan menjadikan perhitungan persenjataan dan ekonomi, serta keyakinan bahawa keunggulan materi sahajalah yang menentukan. Namun, Perang Qadisiyah mengajarkan kita bahawa keunggulan material, jika tidak didukung oleh akidah dan sistem yang berasal dariNya, maka akan tetap rapuh. Perang Qadisiyah juga mengajarkan kita bahawa jika suatu umat kehilangan entiti politik yang mempersatukannya, maka energinya akan luntur, tidak terpengaruh oleh seberapa besar populasi dan kekayaannya.
Perang Qadisiyah bukanlah pengembaraan militer, melainkan konsekuensi alami dari berdirinya Khilafah, yang akan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Kehadiran Imam (Khalifah) untuk memimpin, baiah yang mengatur hubungan antara rakyat dan penguasa, serta tentera yang didisiplinkan oleh hukum Islam, semua elemen ini membentuk entiti yang mampu menghancurkan kekaisaran terbesar pada masanya.
Mengenangkan Perang Qadisiyah saat ini bukan sekadar memperingati kemenangan, melainkan peringatan akan kebenaran yang asas: bahawa sebuah negara dengan autoriti berdaulat yang berdasarkan Islam, tentera yang bersatu, dan kebijakan luar negara yang jelas yang berasal dari akidahnya, dapat menghadapi kekuatan-kekuatan terbesar. Namun, ketika unsur-unsur ini tidak ada, ketika politik dipisahkan dari Islam, dan ketika negara tersebut diperintah oleh sistem Barat, maka keseimbangan kekuatan tetap tempang, terlepas dari sumber daya yang dimiliki negara tersebut.
Jadi, Perang Qadisiyah bukan hanya kisah kepahlawanan, melainkan bukti jelas dari pembentukan negara berdasarkan Islam. Pada hari ketika sebuah negara muncul yang menjunjung tinggi hukum Islam sebagai autoriti tertinggi, maka Kekaisaran Parsi runtuh. Dan pada hari ketika negara seperti itu lenyap, maka umat Islam sendiri menjadi arena persaingan antara kekaisaran. Dengan demikian, perbezaan pentingnya terletak pada ada atau tidaknya negara yang menerapkan dan menjunjung tinggi hukum Islam.
Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Mesir
Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 17/3/2026.
Please#KhazanahIslam #aPerangQadisiyah
Perang Qadisiyah: Hari Ketika Kekuasaan Kisra Dihapuskan dan Kekuasaan Islam Ditegakkan

