Site icon MuslimahHTM News

Strategi Perindustrian dalam Islam

Strategi Perindustrian dalam Islam

 

Islam mengatur seluruh aspek kehidupan, termasuk bidang perindustrian. Seluruh cabang industri hendaklah dibina dan diurus dalam satu paradigma yang berasaskan akidah Islam. Paradigma negara dalam Islam adalah untuk melindungi dan memelihara jiwa, akal, agama, keturunan, harta, maruah, keamanan, dan negara. Kerana itu, seluruh politik perindustrian akan disinergikan untuk merealisasikan maqâsid syariah tersebut.

 

Industri dikembangkan supaya ekonomi dapat berputar ,sekali gus membantu menjaga kehidupan manusia (contohnya industri makanan atau ubat-ubatan), menghidupkan akal (contohnya industri penerbitan Islam serta alat-alat pendidikan), menyemarakkan kehidupan beragama (contohnya industri pembinaan kemudahan ibadah atau alat-alat pengangkutan jemaah haji), kehidupan keluarga lebih harmoni (contohnya industri peralatan untuk bayi dan ibu hamil), dan sebagainya. Industri diarahkan agar mampu memenuhi seluruh keperluan rakyat dalam negara Islam, baik Muslim mahupun non-Muslim. Tidak ada makna pengeluaran yang berorientasikan eksport jika pada masa yang sama keperluan asas masih perlu diimport, sedangkan ia boleh dipenuhi oleh kemampuan industri tempatan.

 

Pada masa yang sama, industri juga dibangunkan berasaskan strategi dakwah dan jihad, defensif mahupun ofensif, baik yang sifatnya bukan fizikal mahupun fizikal.

 

Dari sudut bukan fizikal, seluruh pembangunan industri mesti dibina dalam paradigma kemandirian. Tidak boleh wujud sebarang ruang yang menyebabkan kebergantungan kepada orang kafir, sama ada dari segi teknologi (melalui peraturan lesen), ekonomi (melalui peraturan-peraturan pinjaman atau eksport-import), mahupun politik. Allah Azza Wajalla berfirman (yang bermaksud):

 

“Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang Mukmin.” (TMQ an-Nisa’ [4]:141).

 

Sebaliknya, dari sudut fizikal, semua industri yang ada mesti boleh diubah suai bagi menyediakan keperluan jihad apabila diperlukan. Industri yang ada pada waktu aman hendaklah mampu dengan cepat ditukar menjadi industri yang bersedia mendukung perang. Lihat Surah al-Anfal [8]: 60.

 

Sumber: Artikel “Politik Perindustrian Islam” – Prof. Fahmi Amhar

 

 

#PolitikIslam #Perindustrian

 

 

Exit mobile version