Site icon MuslimahHTM News

Doa dan Lauh Mahfûzh

Doa dan Lauh Mahfûzh

 

﴿… أُجِيبُ دَعۡوَةَ ٱلدَّاعِ إِذَا دَعَانِۖ …﴾

“… Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. ….” (TMQ al-Baqarah [2]: 186).

 

Dikabulkannya sebuah doa bukan bermakna adanya perubahan pada takdir, penulisan di Lauh Mahfûzh, atau pada ilmu Allah ﷻ. Maksudnya, pengabulan doa bukan bermakna bahawa sebelumnya hal itu dianggap tidak tercatat di Lauh Mahfûzh sehingga Allah tidak mengetahui doa hamba-Nya dan pengabulan-Nya terhadap doa tersebut.

 

Oleh itu, tidak boleh dikatakan: “Bagaimana Allah mengabulkan doa seorang hamba sedangkan takdir Allah telah ditetapkan sejak zaman azali dan penulisan di Lauh Mahfûzh telah diputuskan?” Tidak dikatakan begitu kerana doa dan pengabulannya bukan suatu penciptaan baru yang tidak diketahui Allah. Penjelasannya adalah:

 

Sesungguhnya takdir adalah ilmu Allah iaitu penulisan di Lauh Mahfûzh, dan segala sesuatu yang ada telah tertulis di dalamnya sejak zaman azali. Allah mengetahui bahawa si Fulan akan berdoa kepada-Nya, maka jika Allah telah mentakdirkan pengabulannya, tertulislah bahawa si Fulan akan berdoa begini dan begitu, dan akan terwujud dengan begini dan begitu. Jadi, doa bukan suatu penciptaan baru yang tidak ada dalam ilmu Allah atau tidak tertulis di Lauh Mahfûzh, begitu juga dengan pengabulannya. Sebaliknya, segala sesuatu yang ada telah tercatat di Lauh Mahfûzh. Allah mengetahui yang ghaib dan mengetahui segala ucapan mahupun perbuatan hamba-Nya, dan segala sesuatu telah tertulis sebelumnya sejak zaman azali. Maka doa yang dipanjatkan oleh seorang hamba telah diketahui oleh Allah dan tercatat sebagaimana adanya, begitu juga pengabulannya sebagaimana yang Allah kehendaki telah tercatat.

 

Jadi, doa dan pengabulan tidak berada di luar ilmu Allah, tapi keduanya telah tercatat di Lauh Mahfûzh sesuai dengan kenyataannya sebagaimana keduanya akan terjadi. Allah ﷻ adalah Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata:

 

﴿… لَا يَعۡزُبُ عَنۡهُ مِثۡقَالُ ذَرَّةٖ فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَلَا فِي ٱلۡأَرۡضِ …﴾

“… tidak ada yang tersembunyi daripada-Nya seberat zarah pun di langit dan tidak (pula) di bumi …” (TMQ Saba’ [34]: 3).

 

Sumber: “At-Taisir fi Ushul at-Tafsir” –  Syeikh ‘Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah

 

#petikantafsir #lauhmahfuz #doa #takdir

 

Exit mobile version