Site icon MuslimahHTM News

Bahaya Maksiat Secara Terang-Terangan

Bahaya Maksiat Secara Terang-Terangan

 

Sering kali seruan untuk meninggalkan maksiat ditolak dengan ungkapan seperti: “jangan masuk campur urusan orang lain”, “urus dirimu sendiri”, atau “ini hak saya, yang penting tidak mengganggu orang lain”. Ungkapan-ungkapan ini seolah benar, tetapi hakikatnya bertentangan dengan pandangan Islam terhadap kemaksiatan dan kesannya.

 

Maksiat itu ada dua jenis:

 

Pertama, maksiat yang dilakukan secara sembunyi. Ini adalah bahagian hubungan peribadi antara seorang hamba dengan Tuhannya. Di sini, kita dilarang untuk mencari-cari kesalahan orang lain (tajassus).

 

Kedua, maksiat yang dilakukan secara terang-terangan (mujaharah). Ketika maksiat dilakukan di ruangan awam atau ditunjukkan, ia bukan lagi sekadar urusan peribadi, melainkan menjadi “sampah visual” dan “pencemaran moral” yang mengancam umat.

 

Dalam kitab “al-‘Uqûbât”, Imam Ibnu Abid-Dunya mengutip hadis daripada Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

«إِذَا خَفِيَتِ الْخَطِيئَةُ لَمْ تَضُرَّ إِلَّا صَاحِبَهَا، فَإِذَا ظَهَرَتْ فَلَمْ تُغَيَّرْ ضَرَّتِ الْعَامَّةَ»

“Apabila dosa itu tersembunyi, maka tidak membahayakan kecuali pelakunya; namun apabila ia kelihatan (terang-terangan) lalu tidak diubah, maka ia membahayakan masyarakat umum.”

 

Peringatan senada juga dikutip oleh Imam Ibnul-Mubarak dalam kitab az-Zuhd wa ar-Raqâiq, yang dinisbatkan kepada Bilal bin Sa‘d, bahawa dia berkata:

«إِنَّ الْمَعْصِيَةَ إِذَا أُخْفِيَتْ لَمْ تَضُرَّ إِلَّا صَاحِبَهَا، وَإِذَا أُعْلِنَتْ فَلَمْ تُغَيَّرْ ضَرَّتِ الْعَامَّةَ»

“Sesungguhnya kemaksiatan itu apabila disembunyikan, tidaklah membahayakan kecuali pelakunya; namun apabila dinampakkan lalu tidak diubah, maka ia membahayakan masyarakat umum.”

 

Dakwah dan amar ma‘rûf nahi munkar bukanlah bentuk mencampuri urusan peribadi, melainkan bentuk tanggungjawab sosial yang diajarkan oleh Islam. Ketika kemaksiatan kelhatan di hadapan awam, maka mengubahnya—dengan bijak dan sesuai kemampuan—adalah kewajipan.

 

Mengingatkan orang yang bermaksiat juga bukanlah bentuk kebencian, melainkan bentuk kepedulian. Kita tidak sedang menghakimi peribadinya, melainkan sedang menjaga agar “kapal” masyarakat kita tidak karam kerana egoisme individu yang berbalut slogan kebebasan.

 

Sumber: “Al Uqubat” – Imam Ibnu Abid-Dunya

 

#Maksiat #HindariMaksiat #TinggalkanMaksiat

Exit mobile version