Site icon MuslimahHTM News

KEAGUNGAN TAKBIR

KEAGUNGAN TAKBIR

 

Oleh: Ustaz Yan S. Prasetiadi

 

قول العبد الله أكبر خير من الدنيا وما فيها

“Ucapan Allahu Akbar seorang hamba lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Umar bin al-Khattab radhiyallahu ‘anhu).

 

Kalimat takbir “Allahu Akbar” memiliki kedudukan tinggi dalam ajaran Islam, ketika disebut “Allahu Akbar” seorang Muslim memahami yang agung hanya Dia, tidak ada yang lebih besar daripada-Nya, Allah adalah penguasa yang segala sesuatu tunduk pada-Nya. Takbir merupakan deklarasi keagungan Allah, sekaligus ketundukan hati akan kebesaran-Nya.

 

Takbir juga merupakan suara perjuangan, yang diserukan para mujahid di jalan Allah saat perjalanan di medan perang. Sehingga mereka merasakan keagungan, kekuatan, kebesaran dan kebersamaan Allah, yang melahirkan kekuatan, keteguhan, keikhlasan dan keperkasaan bagi para mujahid. Kalimat takbir bukan hanya ditakuti syaitan, bahkan sepanjang sejarah peradaban Islam syiar takbir memunculkan berbagai kejadian luar biasa yang tidak terbayangkan.

 

Secara normatif, takbir disyariatkan dalam berbagai momen besar dan agung, serta beragam keadaan lainnya. Ibnu Hajar rahimahullah berkata mengenai perkara ini:

 

ذكرٌ مأثورٌ عند كل أمرٍ مهُول، وعند كل حادِثِ سُرورٍ، شُكرًا لله تعالى، وتبرئةً له من كل ما نَسَبَ إليه أعداؤُه

Takbir adalah zikir ma’tsur ketika menghadapi berbagai peristiwa getir dan berbagai momen bahagia; sebagai rasa syukur kepada Allah sekaligus pengingkaran daripada segala tuduhan musuh Allah terhadap-Nya. (Fath al-Bari, II/438).

 

Oleh sebab itu jika dihitung, syiar takbir hadir di dalam enam belas keadaan dan keadaan seorang Muslim, lebih kurang sebagai berikut:

 

Pertama, takbir yang berkaitan ibadah solat; baik azan, iqamat hingga akhir solat.

 

Jika dihitung, sesuai pendapat jumhur terdapat 447 takbir, sedangkan sesuai pendapat Hanafiyyah ada 457 takbir. (Lihat, ‘Abdus Sami al-Anis, at-Takbir: Mawathinuh wa Atsaruh fi at-Tarbiyyah wa al-Imaniyyah, 3/5/2016).

 

Kedua, takbir kerana melihat hilal;

 

Nabi SAW ketika melihat hilal, baginda bertakbir:

 

‏اللَّهُ أكْبَرُ اللَّهُمَّ أهِلَّهُ عَلَيْنا بالأمْنِ والإِيْمَانِ والسَّلامَةِ والإِسلامِ وَالتَّوْفِيقِ لِمَا تُحِبُّ رَبُّنا وَتَرْضَى رَبُّنا وَرَبُّكَ اللَّهُ

“Allahu Akbar! Ya Allah, nampakkan hilal kepada kami dengan aman, iman, keselamatan, Islam dan taufik untuk melakukan apa yang dicintai dan diredhai Rabb kami. Rabb kami dan kamu adalah Allah.” (HR. ad-Darimi, 1729; dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma).

 

Ketiga, takbir di bulan Zulhijjah, yang dianjurkan diperbanyak pada sepuluh hari di bulan itu.

 

Nabi SAW, bersabda:

 

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنَ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ والتحميد

“Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tiada pula hari yang lebih Dia cintai untuk beramal daripada sepuluh hari ini, maka perbanyaklah tahlil, takbir dan tahmid.” (HR. Ahmad, 6154; Hasan menurut Ibnu Hajar rahimahullah).

 

Keempat, takbir yang merupakan ciri khas ibadah haji; baik saat melempar jamrah, saat beranjak dari Mina ke Arafah, ketika tawaf dan kegiatan rangkaian manasik haji lainnya.

 

Kelima, takbir Aidilfitri dan Aidiladha; baik saat malam menjelang pelaksaan solat eid, termasuk juga takbir di dalam pelaksanaan solat eid.

 

عن عَمرِو بنِ شُعَيبٍ، عن أبيه، عن جَدِّه: أنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كبَّر في عيدٍ ثِنْتَيْ عَشْرةَ تَكبيرةً، سبعًا في الأولَى، وخمسًا في الآخرة، ولم يُصلِّ قَبلَها ولا بَعدَها

Daripada ‘Amru bin Syu’aib daripada bapanya daripada datuknya berkata: “Bahawa Nabi SAW bertakbir sebanyak dua belas kali dalam solat eid, tujuh kali di rakaat pertama, dan lima kali di rakaat terakhir, dan baginda tidak melaksanakan solat sunnah sebelumnya juga sesudahnya.” (HR. Ahmad, 6688; Isnad Hasan menurut Syaikh al-Arnauth).

 

Keenam, takbir ketika naik tunggangan atau kenderaan dan berangkat untuk safar.

 

كَانَ إِذَا اسْتَوَى عَلَى بَعِيرِهِ خَارِجًا إِلَى سَفَرٍ كَبَّرَ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ…

“Apabila Rasulullah SAW berada di atas kenderaan hendak bersafar, maka terlebih dahulu baginda bertakbir sebanyak tiga kali kemudian berdoa…” (HR. Muslim).

 

Ketujuh, takbir ketika menaiki tempat tinggi.

 

Selain disunnahkan takbir ketika safar, disunnahkan juga bertakbir ketika naik atau turun dari tempat tinggi, supaya merasakan kebersamaan Allah, keagungan dan penjagaan-Nya, serta merenungi hamparan bumi yang antara tepian dan ufuknya saling berjauhan. Sabda Nabi SAW:

 

أُوصِيكَ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالتَّكْبِيرِ عَلَى كُلِّ شَرَفٍ

“Bertakwalah kamu kepada Allah dan bertakbirlah ketika melalui tempat yang tinggi.” (HR. at-Tirmidzi, 3445; Ibnu Majah, 2771; dan Ahmad, 8310; Isnad Hasan menurut Syaikh al-Arnauth).

 

Kelapan, takbir ketika menyembelih haiwan korban.

 

Daripada Anas radhiyallahu ‘anhu yang berkata:

 

ضَحَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ قَالَ وَرَأَيْتُهُ يَذْبَحُهُمَا بِيَدِهِ وَرَأَيْتُهُ وَاضِعًا قَدَمَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا قَالَ وَسَمَّى وَكَبَّرَ

“Rasulullah SAW pernah berkorban dua ekor biri-biri putih yang bertanduk.”

 

Anas melanjutkan, “Saya melihat baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri, dan menginjakkan kaki di pangkal leher biri-biri itu, sambil membaca basmalah dan takbir.” (HR. Muslim).

 

Kesembilan, takbir ketika mendengar khabar (berita) yang menggembirakan dan baik.

 

Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

 

أَبْشِرُوا، فَإِنَّ مِنْكُمْ رَجُلًا وَمِنْ يَأْجُوجَ وَمَأْجُوجَ أَلْفًا

“Bergembiralah, kerana setiap seribu yang dimasukkan neraka, daripada kalian cuma satu, sedang sembilan ratus sembilan puluh sembilannya dari Yakjuj dan Makjuj.”

 

Baginda terus bersabda:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنِّي أَرْجُو أَنْ تَكُونُوا رُبُعَ أَهْلِ الجَنَّةِ

“Dan demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, aku berharap kalian menjadi di antara seperempat penghuni syurga.”

 

Maka kami bertakbir. Kemudian baginda bersabda lagi:

أَرْجُو أَنْ تَكُونُوا ثُلُثَ أَهْلِ الجَنَّةِ

“Aku berharap kalian menjadi di antara sepertiga penghuni syurga.”

 

Maka kami bertakbir lagi. Kemudian baginda bersabda lagi:

أَرْجُو أَنْ تَكُونُوا نِصْفَ أَهْلِ الجَنَّةِ

“Aku berharap kalian menjadi di antara setengah penghuni syurga.”

 

Maka kami bertakbir sekali lagi. (HR. al-Bukhari).

 

Kesepuluh, takbir ketika ada musibah kebakaran. Nabi SAW bersabda:

 

إِذَا رَأَيْتُمُ الْحَرِيقَ فَكَبِّرُوا، فَإِنَّ التَّكْبِيرَ يُطْفِئُهُ

“Jika kalian melihat kebakaran, maka bertakbirlah, kerana sesungguhnya takbir dapat memadamkannya.” (HR. ath-Thabarani, al-Baihaqi dan Ibnu as-Sani; Lihat, al-Maqashid al-Hasanah, 63; Zad al-Ma’ad fi Hady Khair al-‘Ibad, IV/ 194).

 

Sehingga ketika kita sedang berusaha memadamkan api kebakaran, maka dianjurkan seorang Muslim sambil mengumandangkan takbir dari hati yang ikhlas dan kekuatan keyakinan kepada Allah.

 

Kesebelas, takbir ketika merendahkan diri dalam solat istisqa’ yakni solat minta hujan.

 

Siapa yang mengucapkan takbir, maka ertinya berdalil berdasarkan hadis yang diriwatkan ad-Daruquthni (1800) daripada Ibnu ‘Abbas, bahawa baginda bertakbir dalam solat istisqa’ sebanyak tujuh dan lima kali, sebagaimana solat eid, lalu membaca surat al-A’la dan al-Ghasiyyah. Ibnu ‘Abdil Barr berkata: “Diriwayatkan Ibnu ‘Abbas, baginda melakukan takbir sebagaimana solat eid.” (al-Istidzkar, II/428).

 

Kedua belas, takbir ketika azan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri, bagi anak yang baru lahir. Dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab (Dar al-Fikr, VIII/442) disebutkan:

 

السنة أن يؤذن في أذن المولود عند ولادته ذكرا كان أو أنثى ويكون الأذان بلفظ أذان الصلاة لحديث أبي رافع الذي ذكره المصنف. قال جماعة من أصحابنا يستحب أن يؤذن في أذنه اليمنى ويقيم الصلاة في أذنه اليسرى

Sunnah mengumandangkan azan di telinga bayi yang baru lahir, baik bayi lelaki mahupun perempuan, dengan redaksi azan solat sesuai hadis Abu Rafi’ yang disebutkan penulis al-Muhadzdzab. Sekelompok ulama kita menyatakan: disunnahkan mengumandangkan azan di teling kanan dan iqamat di telinga kiri.

 

Ketiga belas, takbir dalam solat jenazah, yang berjumlah empat kali takbir sesuai keterangan as-sunnah.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ نَعَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى أَصْحَابِهِ النَّجَاشِيَّ ثُمَّ تَقَدَّمَ فَصَفُّوا خَلْفَهُ فَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata: “Nabi SAW mengumumkan kematian an-Najasyi kepada para sahabatnya, kemudian baginda maju ke depan dan membuat barisan saf di belakang, baginda kemudian takbir empat kali.” (HR. al-Bukhari).

 

Keempat belas, takbir yang diucapkan demi “membuka pintu langit” (yakni ucapan yang sampai ke langit dan diterima Allah).

 

Daripada Ibnu ‘Umar berkata: Ketika kami solat bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seseorang mengucapkan:

 

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

“Maha Besar Allah, dan segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, dan Maha Suci Allah, baik waktu pagi dan petang.”

 

Lantas Rasulullah SAW, bertanya:

مِنَ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا؟

“Siapakah yang mengucapkan kalimat tadi?”

 

Seorang Sahabat menjawab: “Saya wahai Rasulullah.” Baginda bersabda:

عَجِبْتُ لَهَا فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ

“Sungguh aku sangat kagum dengan ucapan tadi, sebab pintu-pintu langit dibuka kerana kalimat itu.”

 

Kata Ibnu ‘Umar, “Maka aku tidak pernah lagi meninggalkannya semenjak aku mendengar Rasulullah SAW mengucapkan hal itu.” (HR. Muslim).

 

Kelima belas, takbir yang banyak diucapkan diluar keadaan sebelumnya.

 

Sebab bacaan Allahu Akbar, pahalanya dapat memenuhi langit dan bumi. Dalam hadis disebutkan:

 

التَّسْبِيحُ نِصْفُ الْمِيزَانِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ يَمْلَؤُهُ وَالتَّكْبِيرُ يَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

“Bacaan tasbih adalah separuh timbangan, alhamdulillah memenuhinya, dan takbir memenuhi antara langit dan bumi,” (HR. Ahmad, dan at-Tirmidzi, menurut beliau hasan).

 

Keenam belas, takbir sebagai zikir atau wirid amalan soleh, dan sebagai salah satu daripada empat kalimat paling disukai Allah. Dalam hadis disebutkan:

 

أَحَبُّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ أَرْبَعٌ سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَاللهُ أَكْبَرُ. لَا يَضُرُّكَ بِأَيِّهِنَّ بَدَأْتَ

“Ada empat ucapan yang paling disukai Allah SWT: Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Ilaaha Illallah, dan Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai.” (HR. Muslim).

 

Khatimah

 

Menjadi jelaslah bahawa takbir bukan kalimat yang ringan, sebab takbir adalah kalimat yang menunjukan kebesaran Allah SWT. Pengulangan berkali-kali kalimat takbir pada beberapa situasi dan keadaan yang sudah dijelaskan sebelumnya, pasti memiliki pengaruh keimanan dalam kehidupan seorang Muslim dan akan meninggikan kedudukan dan darjatnya di sisi Allah. Dengan catatan ucapan takbir ini disertai dengan kesedaran spiritual yang tinggi, yakni berupa kesedaran bahawa di sebalik keberadaan alam semesta dan makhluk di dalamnya, ada Sang Khaliq yang menciptakan semuanya serta menurunkan aturan kehidupan syariah Islam demi keselamatan dunia dan akhirat. Allahu Akbar!

 

 

#takbir

Exit mobile version