Site icon MuslimahHTM News

Bukankah Masanya Sudah Tiba untuk Tentera Islam Bergerak Menyokong Wanita Palestin yang Merdeka?!

Bukankah Masanya Sudah Tiba untuk Tentera Islam Bergerak Menyokong Wanita Palestin yang Merdeka?!

 

Kelab Tahanan Palestin menyatakan bahawa pihak berkuasa penjajah telah meningkatkan kejahatan mereka terhadap tahanan wanita di Penjara Damon di wilayah pendudukan, terutamanya dalam rentak penindasan sistematik. Dalam satu kenyataan, Kelab tersebut menjelaskan bahawa Penjara Damon adalah antara penjara paling terkemuka yang menyaksikan peningkatan dalam operasi ini, kerana ia menempatkan majoriti daripada 88 tahanan wanita, selain beberapa tahanan lain di pusat soal siasat dan penahanan. Kenyataan itu menambah bahawa unit represi pentadbiran penjara penjajah telah menjalankan sekurang-kurangnya sepuluh operasi represif (penindasan) sepanjang Mac dan April 2026, disertai dengan tindakan memukul dengan teruk, memaksa tahanan wanita berbaring di atas tanah dengan tangan terikat di belakang punggung mereka, dan sengaja menyerang mereka dalam posisi ini, menyebabkan kecederaan kepada sebilangan daripada mereka.

 

Satu babak yang mengigilkan tulang belakang dan sukar difahami: bagaimana sekumpulan wanita Muslim yang merdeka boleh ditawan, dihina, dan diseksa, dengan pengetahuan umat Islam dan tenteranya, namun darah mereka tidak mendidih dengan rasa terdesak untuk datang membantu dan membalas dendam bagi para mangsa?!

 

Apa yang ditanggung oleh saudari-saudari kita di penjara penjajahan adalah satu keaiban bagi umat Islam dan satu noda yang memalukan di dahi semua tentera Muslim yang tidak aktif dalam membela mereka.

 

Wanita Muslim yang merdeka ini tidak akan menderita seperti yang sedang mereka alami sekarang sekiranya umat Islam mempunyai negara dan seorang pemimpin (Imam) (yang syarie). Nabi Muhammad (saw) bersabda: إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ

”Sesungguhnya al-imam (khalifah) itu perisai yang (orang-orang) akan berperang mendukungnya dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan)-nya.” (HR Muttafaqun ’Alayh .)

 

Pemimpin umat Islam adalah perisai bagi seluruh kaum lelaki dan perempuan dari kalangan umat ini.

 

Tetapi selepas orang Yahudi melihat bagaimana pemerintah Islam (masa kini) telah memenjarakan umat dan tenteranya, menghalang mereka daripada menyokong Palestin dan rakyatnya walaupun ketika dalam masa yang paling gelap dan paling sukar, mereka menjadi yakin bahawa tidak kira apapun  yang mereka lakukan, terdapat `penjaga’ sempadan dan entiti mereka yang akan memastikan bahawa umat dan tenteranya akan tetap dihalang (daripada menyerang mereka). Oleh itu, mereka tidak lagi peduli tentang reaksi umat atau tenteranya, selagi mereka melihat bahawa takhta pemerintah tersebut kekal stabil dan kukuh di tempatnya.

 

Oleh itu, permulaan dan jalan perubahan bermula dengan menyingkirkan para pemerintah khianat, yang mencekik umat Islam, dan kemudian berikrar taat setia kepada  kepimpinan yang tunggal, Khalifah yang memimpin dnegan petunjuk kebenaran, memimpin umat dan tenteranya bagi menegakkan syariat, menolong golongan tertindas, dan membebaskan Palestin serta seluruh tanah-tanah umat Islam yang terjajah. Untuk ini kami menyeru kalian, wahai umat Islam! Jadi, bersegeralah…segeralah merealisasikannya!

 

Bahagian Muslimah

di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

 

#FreePalestine #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza

Exit mobile version