Site icon MuslimahHTM News

Ketika Pendatang Yahudi Diusir Oleh Sultan Murad III

Ketika Pendatang Yahudi Diusir Oleh Sultan Murad III

 

Sultan Murad III mengambil alih kuasa setelah ayahnya, Sultan Salim II, meninggal. Namun masa pemerintahnya sempat diwarnai dengan krisis dan pemberontakan. Kaum Yahudi menganggap bahawa ada kesempatan bagi mereka untuk memanfaatkan krisis tersebut. Maka mereka berpindah secara bertahap namun dalam waktu yang singkat menuju Sinai, khususnya di bandar Thur. Bandar yang terletak di pesisir timur Teluk Suez ini memiliki pelabuhan yang strategik untuk kapal dagang berlabuh. Kapal-kapal dari Jeddah, Yanbu, Suâkin, Aqabah, dan al-Qulzum biasa datang ke sana. Selain itu, bandar tersebut juga terhubung melalui jalur darat dengan laluan kafilah menuju Kaherah dan al-Farama.

 

Ini membolehkan orang Yahudi berkomunikasi dengan mudah dengan dunia luar, mengelakkan pengasingan daripada dunia. Bahkan, kapal-kapal dapat berlabuh di pelabuhan Thur dengan membawa rombongan kaum Yahudi yang baru secara bergelombang.

 

Gerakan migrasi ini dipimpin oleh seorang lelaki Yahudi bernama Abraham yang menetap di Thur bersama anak-anaknya dan seluruh anggota keluarganya. Namun ketika kaum Yahudi tinggal di Thur, mereka melakukan gangguan terhadap para rahib “Biara Saint Catherine”. Perkara ini mendorong para rahib untuk menghantar surat aduan bertulis kepada Sultan Uthmaniyyah dan para gabenornya. Mereka mengadu tentang gangguan yang dilakukan oleh orang Yahudi dan mengingatkan janji pemerintah Uthmaniyyah untuk melindungi mereka dan menghalang orang Yahudi daripada menetap di Sinai. Mereka juga memberi amaran terhadap kedatangan orang Yahudi ke Sinai—terutamanya bandar Thur—dalam kumpulan besar dengan niat untuk menimbulkan kekacauan.

 

Oleh kerana Negara Islam bertanggungjawab secara hukum syariat untuk melindungi warga dzimmî, pegawai Uthmaniyyah segera mengeluarkan tiga firman (dekri rasmi) semasa pemerintahan Sultan Murad III. Mereka memerintahkan untuk mengusir Abraham si Yahudi, isterinya, anak-anaknya dan seluruh kaum Yahudi lainnya dari Sinai. Mereka juga dilarang keras untuk tinggal atau menetap di Bandar Thur, dan dilarang untuk kembali ke sana pada masa hadapan.

 

Sumber: Kitab “Ad-Dawlah al-Utsmāniyyah” – Ali Muhammad ash-Shallabi

 

#SejarahUmatIslam #KhilafahUthmaniyyah

 

Exit mobile version