Ironi! Ketika Darah Umat Ditumpahkan, Sebahagian Rejim Muslim Justeru Berlumba-Lumba Menyelamatkan Amerika Daripada Kekalahan
Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar
IRONI! Setiap kali Amerika Syarikat terperangkap dalam krisis yang diciptakan sendiri, selalu muncul tangan-tangan pantas, dari kalangan sebahagian pemerintah negara Muslim yang bersedia menawarkan jalan keluar. Bukan untuk menghentikan kezaliman dari akarnya, tetapi untuk memastikan kuasa kolonial itu tidak jatuh terlalu dalam ke jurang kegagalannya. Begitulah yang kembali kelihatan selepas serangan ketenteraan Amerika dan entiti Yahudi terhadap Iran.
Ketika situasi kawasan masih bergetar oleh ancaman eskalasi, media-media Amerika justeru memberitakan bagaimana Turki dan Mesir begitu pantas untuk menghidupkan kembali jalan diplomasi yang terbantut. Bahkan Istanbul disebut-sebut sebagai tempat yang disiapkan bagi kemungkinan rundingan secara langsung antara Washington dan Tehran.
Secara lahiriah, langkah itu dibungkus dengan bahasa damai, kestabilan dan de-eskalasi. Akan tetapi, dalam politik antarabangsa, sering kata-kata yang paling lembut sebaliknya menyembunyikan tujuan yang paling keras.
Yang sedang berlangsung sesungguhnya bukan sekadar mediasi, melainkan upaya sistematik untuk menyiapkan pintu keluar terhormat bagi Amerika daripada kebuntuan yang mula menghimpitnya.
Sesudah Pakistan memainkan peranan serupa, kini giliran Ankara dan Kaherah bergerak cepat. Pergantian peranan itu terlalu rapi untuk dianggap spontan. Seolah ada acara bergantian dalam pengabdian yang terus berputar: satu rejim selesai menjalankan tugas, rejim lain segera mengambil posisi.
Mereka memahami dengan benar bahawa setiap goncangan terhadap dominasi Amerika di kawasan akan memberi tempias secara langsung kepada ketahanan kerusi kekuasaan mereka sendiri. Sebabnya, sejak sekian lama, sebahagian besar rejim di Dunia Islam tidak dibangun di atas kemandirian politik, tetapi bertahan melalui jaring perlindungan geopolitik Barat, khususnya AS.
Oleh kerana itu, tatkala Washington memerlukan pertolongan, maka respons mereka selalu cepat. Jauh lebih cepat daripada ketika kaum Muslim memerlukan pembelaan, seperti di Palestin. Di sinilah letak ironi yang nyaris tidak lagi dapat disembunyikan. Ketika Semenanjung Gaza terus bersimbah api, rumah-rumah dihancurkan, anak-anak dikuburkan di bawah reruntuhan, dan ribuan nyawa melayang dalam pembantaian yang berkepanjangan, dunia hanya disajikan dengan kenyataan-kenyataan diplomatik yang dingin. Tidak ada kegentingan politik yang setara. Tidak ada kesibukan luar biasa yang diarahkan untuk menghentikan pelaku kejahatan. Para penguasa Muslim cenderung diam. Tidak ada tindakan spontan yang bermakna, selain kecaman dan retorika basi.
Padahal jika kehendak politik itu benar-benar ada, maka Dunia Islam memiliki semua prasarana yang diperlukan: jumlah penduduk besar, kekuatan ekonomi, kedudukan strategik, sumber tenaga dan pasukan tentera dalam jumlah yang sangat besar. Akan tetapi, semua itu seperti dibekukan oleh para penguasa Muslim sendiri.
Tentera tetap tinggal di berek. Armada tetap diam. Sempadan-sempadan politik dijaga jauh lebih serius daripada menjaga kehormatan umat. Bahkan terhadap Masjidil Aqsa—yang hampir setiap pidato disebut sebagai kehormatan umat dan garis merah—yang nampaknya, sebaliknya sekadar retorik tanpa daya paksa. Sebaliknya, ketika Amerika menghadapi kerumitan baru akibat konfrontasi dengan Iran, saluran diplomasi segera dipanaskan.
Maka dari itu wajar jika umat bertanya: mengapa kecepatan yang sama tidak pernah terlihat tatkala darah kaum Muslim ditumpahkan? Jawapannya sesungguhnya sederhana: kerana orientasi politik rejim-rejim itu bukan bertumpu pada kepentingan umat, tetapi pada kesinambungan kekuasaan mereka sendiri.
Dalam konteks inilah, peranan Recep Tayyip Erdogan menjadi semakin kontras. Hampir setiap hari orang awam disajikan dengan narasi besar tentang kedaulatan nasional, kebesaran negara dan peranan global Turki. Akan tetapi, ketika momentum menentukan tiba, yang muncul bukan langkah strategik untuk membela umat, melainkan posisi sebagai perantara (mediator) yang membantu meredakan tekanan terhadap kekuatan kolonial.
Lebih ironi lagi, Istanbul—kota yang dulu menjadi simbol kepemimpinan Islam selama berabad-abad di bawah Khilafah Uthmaniyah—kini hendak dijadikan pentas rundingan bagi agenda yang secara substantif sebaliknya memperpanjangkan hayat dominasi pihak yang selama ini menopang penjajahan ke atas dunia Islam.
Ini bukan sekadar pergeseran fungsi kota. Ini simbol perubahan arah sejarah. Pada zaman dahulu, dari kota itulah keputusan-keputusan besar diambil untuk menjaga wilayah umat. Namun kini, namanya dipanggil untuk memprasaranakan keselamatan pihak yang berkali-kali menjadi sumber malapetaka bagi kaum Muslim.
Keadaan ini semakin menegaskan bahawa banyak rejim hari ini sesungguhnya hanya menjalankan fungsi administratif dalam tatanan politik global: menjaga agar arus kepentingan kolonial tetap stabil, walaupun perlu membayar dengan darah umat sendiri.
Oleh sebab itu, selagi orientasi kekuasaan tetap bergantung pada restu asing, maka umat tidak akan pernah memperoleh perlindungan sejati. Mereka yang menjadikan Amerika sebagai kiblat politik dan mencari kemuliaan di hadapannya, pada akhirnya hanya akan mewarisi kehinaan sejarah. Nama-nama mereka mungkin hari ini masih disebut dengan gelaran kehormatan kenegaraan, tetapi sejarah sering lebih jujur berbanding protokol kekuasaan. Ia mencatat siapa yang berdiri di sisi umat, dan siapa yang sibuk menyelamatkan musuh umat.
Hari ini keperluan umat bukan sekadar perubahan terhadap dasar (kebijakan), melainkan perubahan mendasar dalam struktur kepemimpinan politiknya: kepemimpinan yang lahir dari akidah umat sendiri, tidak tunduk pada tekanan kolonial, tidak takut kehilangan legitimasi Barat, dan berani menjadikan kehormatan Islam sebagai pusat keputusan.
Rasulullah SAW bersabda:
«إِنَّمَا الإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ»
“Sesungguhnya imam itu adalah perisai; orang-orang berperang di belakangnya dan berlindung dengannya.” (HR al-Bukhari dan Muslim).
Kerana itu, di tengah-tengah pengkhianatan yang terus berulang, umat semakin memerlukan kehadiran semula kepemimpinan Islam global yang benar-benar melindungi. Kepemimpinan Islam global itu tidak lain adalah Khilafah ‘ala minhaaj an-Nubuwwah.
Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah.
Sumber: ABI-FOCUS/Forum on Contemporary Ummah Studies (6 April 2026)
#WeNeedKhilafah #AyuhUmatBangkit

