Site icon MuslimahHTM News

MUHARRAM: BULAN MULIA YANG MENJADI SAKSI 14 PERISTIWA BESAR SEJARAH KAUM MUKMIN

MUHARRAM: BULAN MULIA YANG MENJADI SAKSI 14 PERISTIWA BESAR SEJARAH KAUM MUKMIN

Muharram merupakan bulan pertama dalam kalender Hijriah yang ditetapkan sebagai Tahun Baru Islam. Penentuan awal tahun ini dicetuskan oleh sahabat Umar bin Khattab ra. dengan merujuk pada peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Dalam Islam, Muharram mempunyai kedudukan yang sangat istimewa kerana termasuk salah satu daripada empat bulan haram (bulan suci) sebagaimana ditegaskan dalam Al-Quran surah At-Taubah ayat 36.

Keistimewaan bulan ini menyebabkannya dijuluki sebagai Syahrullah atau “Bulan Allah”. Penamaan ini menunjukkan betapa mulianya Muharram, di mana pada masa itu diharamkan adanya pembunuhan dan menjadi waktu yang tepat bagi hamba-hamba-Nya untuk bertaubat serta mengharapkan mukjizat.
Berdasarkan catatan dalam Kitab I’anah at-Thalibin, terdapat 14 peristiwa bersejarah yang menjadi bukti keagungan bulan Muharram bagi para Nabi dan kaum mukmin, di antaranya:

1.  Nabi Adam as: Diterimanya taubat baginda setelah diturunkan dari syurga.
2.  Nabi Idris as: Diangkat ke tempat yang tinggi (langit).
3.  Nabi Nuh as: Turun dari kapal dengan selamat setelah banjir bandang reda.
4.  Nabi Ibrahim as: Diselamatkan daripada kobaran api Raja Namrud.
5.  Nabi Musa as: Menerima kitab Taurat daripada Allah SWT.
6.  Nabi Yusuf as: Dikeluarkan dari penjara.
7.  Nabi Ya’qub as: Disembuhkan daripada kebutaan melalui wasilah pakaian Nabi Yusuf.
8.  Nabi Ayyub as: Disembuhkan daripada penyakit kulit yang dideritanya selama bertahun-tahun.
9.  Nabi Yunus as: Berjaya keluar dengan selamat dari perut ikan Nun.
10.  Bani Israil: Diselamatkan melalui terbelahnya lautan saat melarikan diri daripada kejaran Firaun.
11.  Nabi Daud as: Diampuni kesalahannya oleh Allah SWT.
12.  Nabi Sulaiman as: Diberikan kekuasaan besar berupa kerajaan.
13.  Nabi Isa as: Diangkat ke langit setelah dikepung oleh bangsa Romawi.
14.  Nabi Muhammad SAW: Diampuni segala kesalahan yang telah lalu mahupun yang akan datang.

Secara keseluruhan, peristiwa-peristiwa tersebut menunjukkan bahawa Muharram adalah bulan pembebasan dan kemerdekaan bagi umat Mukmin daripada segala bentuk penindasan serta mara bahaya. Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW sendiri dimaknai bukan sekadar perpindahan tempat, melainkan sebuah transformasi dari masa kesengsaraan menuju pembangunan peradaban Islam yang gemilang dan makmur.


Sumber: ngajishubuh

#HijrahHakiki #PersitiwaHijrah #KemuliaanMuharram

Exit mobile version