Site icon MuslimahHTM News

Umat Islam Memerlukan Solusi agar Memiliki Kedaulatan dan Disegani – Ir. Salah Eddine Adada

Umat Islam Memerlukan Solusi agar Memiliki Kedaulatan dan Disegani – Ir. Salah Eddine Adada

 

Aktivis jamaah dakwah ideologi Islam antarabangsa, Ir. Salah Eddine Adada menilai, umat Islam sangat memerlukan perubahan dan solusi agar kembali menjadi umat yang kaya, mulia, perintis, memegang kekuasaan dalam kedaulatannya, serta amat disegani. “Tidak ada musuh yang ikut campur. Tidak ada anak-anak umat Islam yang kelaparan, di saat negara mereka berlimpah kekayaan. Tidak ada tempat-tempat suci umat Islam yang dicemari ataupun dijajah tanah airnya,” ucapnya kepada MNews, Rabu (20-5-2026).

 

Hal ini kerana, kata beliau, “umat Islam mempunyai tentera dengan kekuatan yang tiada tandingannya. “Tidak akan dibom wilayahnya ataupun dijadikan bahan ejekan oleh musuh kerana umat Islam adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia,”.

 

Oleh sebab itu, Salah menegaskan bahawa umat Islam perlu melengkapi perjalanan perubahan dan kebangkitan yang diimpikan. “Saya katakan, ‘melengkapi’ kerana perjalanan ini tidak bermula dari kosong. Sebaliknya, banyak individu ikhlas yang telah merintis jalan perubahan ini selama puluhan tahun dengan tekad yang teguh. Mereka adalah para pengemban dakwah dalam rangka melanjutkan kehidupan Islam melalui penegakan Khilafah Rasyidah yang kedua yang berdiri di atas manhaj kenabian,” tegasnya.

 

Beliau menyatakan, umat ini mesti berganding tangan dan mengerahkan tenaga untuk melengkapi perjalanan menuju kemuliaan dan kekuasaan. “Ini perjalanan Rabbani sebagaimana yang telah dilalui Nabi Muhammad SAW. Baginda telah mengubah kedudukan dakwah dari kelemahan menjadi kekuasaan. Dengan mengikuti metodenya, umat Islam akan meraih kekuatan,” ucapnya.

 

Menggunakan Kaedah Syarie

 

Oleh yang demikian, Salah menekankan bahawa jalan perubahan mesti menggunakan kaedah syarie yang didasarkan dalil syarak. “Tidak ada apa pun yang memperlambat kebangkitan umat hari ini, selain usaha sia-sia akibat kaedah dan pendekatan yang direka-reka oleh banyak orang,” ujarnya.

 

Sayangnya, jelas Salah, umat Islam justeru mengikut pendekatan tersebut dan menyangka akan sampai pada perubahan yang diinginkan. “Namun hasilnya, berpuluh tahun terbuang dalam tindakan yang dikira akan membawa perubahan dan kebangkitan, padahal tidak sama sekali,” terangnya.

 

Beliau memetik firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 21, “Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

 

Jadi, ungkapnya, menelusuri dan mengikuti jalan Rasulullah SAW dalam mewujudkan perubahan adalah suatu kewajipan dan satu-satunya cara untuk mencapainya sebagaimana surah Al-Hasyr ayat 7, “Dan apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.”

 

Salah mengutarakan, perubahan yang dicita-citakan ini menuntut kehendak politik yang kuat daripada orang-orang yang memiliki kedudukan dan pengaruh. “Agar tidak rapuh komitmen mereka dan tidak goyah tekadnya, mereka perlu terus melangkah meskipun dihambat kesukaran dan cabaran demi mencapai tujuan yang dicita-citakan,” tambahnya.

 

Menurutnya, seseorang akan memiliki kehendak yang kuat ketika bersikap jujur kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, ikhlas berjuang kerana-Nya, serta matanya tertumpu hanya kepada Syurga-Nya dan keredhaan-Nya. “Sesungguhnya usaha untuk perubahan dan mengembalikan umat kepada kepemimpinan dan kedaulatannya termasuk di antara amalan yang paling mulia dan yang paling agung. Usaha ini pun hampir membuahkan hasil dan waktunya telah tiba,” ungkapnya.

 

“Lebih-lebih lagi umat Islam hari ini tidak lagi sama seperti dahulu. Tahap kesedaran dan tekad yang terbentuk di dalam diri mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini adalah fenomena unik, menjanjikan kemenangan yang dekat, dan perubahan. Dengan izin Allah SWT, kini hanya tinggal sedikit lagi waktu sebelum Allah SWT mengizinkan kemenangan dan pertolongan-Nya,” jelasnya.

 

Akhir kata, beliau menutup dengan janji Allah SWT dalam surah Al-Qashash ayat 5, “Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi).”

 

#berita #muhasabah #kemenangan #TegakKhilafah

Exit mobile version