KELUAR DARI KAPITALISME, LALU MENEMPUH JALAN APA JIKA BUKAN JALAN ISLAM?
Oleh: Ustaz: Arief B. Iskandar
PERTANYAAN yang diajukan oleh Tempo Media, “Bagaimana cara keluar dari kapitalisme?”, kelihatan sederhana. Namun, sebenarnya pertanyaan itu mengandungi kegelisahan besar zaman ini: semakin ramai orang mula merasakan bahawa sistem yang selama ini dipromosikan sebagai puncak kemajuan ternyata sebaliknya melahirkan ketidaksamaan, kerakusan, dan kegelisahan sosial yang terus membesar.
Kapitalisme memang sedang kehilangan pesonanya. Ia tidak lagi mudah dipersembahkan sebagai jalan menuju kesejahteraan sejagat. Di banyak tempat, yang kelihatan sebaliknya: segelintir orang menguasai kekayaan dalam skala luar biasa, sementara majoriti manusia hidup di bawah tekanan kos sara hidup yang terus meningkat.
Namun begitu, persoalan tentang keluar daripada kapitalisme belum menyentuh isu paling asas. Ini kerana masalah manusia bukan sekadar bagaimana meninggalkan sistem yang rosak, tetapi sistem kehidupan apa yang benar-benar layak dijalankan oleh manusia untuk mengatur kehidupan mereka.
Persoalan Dasar yang Sering Terlupakan
Sejak awal, manusia sepatutnya tidak berhenti pada keluhan terhadap penderitaan sosial. Sebelum bertanya tentang kemiskinan, kesenjangan, dominasi modal, atau penindasan ekonomi, manusia terlebih dulu perlu menjawab pertanyaan yang lebih mendasar: (1) Untuk apa dia hidup; (2) Siapa yang berhak mengatur kehidupannya; (3) hukum siapa yang sepatutnya menjadi rujukan?
Dari jawapan itulah seluruh bangunan sistem kehidupan lahir.
Kapitalisme sendiri lahir bukan pertama-tamanya sebagai sistem ekonomi, melainkan sebagai konsekuensi daripada pandangan hidup sekular: memisahkan agama daripada kehidupan. Apabila agama disingkirkan daripada ruang pengaturan awam, maka akal manusia ditempatkan sebagai sumber hukum tertinggi. Dari situ kemudian lahir kebebasan yang menjadi asas kapitalisme: kebebasan beragama, kebebasan berpendapat, kebebasan memiliki, dan kebebasan berperilaku.
Masalahnya, kebebasan seperti itu justeru membuka jalan kepada dominasi pihak yang paling kuat. Yang kuat dari segi modal menguasai pasaran. Yang kuat dari segi politik mempengaruhi undang-undang. Yang kuat dari segi maklumat membentuk opini. Akhirnya, kebebasan berubah menjadi alat yang sah bagi pemusatan kuasa secara berlebihan.
Demokrasi: Kebebasan yang Melahirkan Dominasi
Kapitalisme moden tidak dapat dipisahkan daripada demokrasi. Demokrasi sebenarnya merupakan mekanisme politik yang menjaga agar asas kapitalisme tetap hidup: manusia membuat undang-undang menurut kehendaknya sendiri, lalu kehendak itu didakwa sah atas nama majoriti.
Di atas kertas, demokrasi kelihatan menjanjikan penyertaan. Namun dalam praktikalnya, keputusan politik sangat sering ditentukan bukan oleh kebenaran, tetapi oleh kekuatan modal, kawalan maklumat, dan kemampuan mempengaruhi pendapat umum. Oleh itu, demokrasi sering melahirkan paradoks: suara rakyat digunakan sebagai legitimasi, tetapi arah dasar kebijakan tetap bergerak mengikut kepentingan elit.
Terkait hal ini, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani menjelaskan bahawa demokrasi adalah sistem kufur, kerana ia menjadikan kedaulatan di tangan rakyat, bukan di tangan syariah. Penjelasan ini beliau tegaskan antara lain dalam salah satu karya utamanya, Nizhaam al-Islaam, ketika membandingkan secara mendasar tentang konsep kedaulatan dalam Islam dan dalam sistem Barat.
Dalam Islam, rakyat memang berhak memilih penguasa, membetulkan penguasa dan melakukan kawalan terhadap kekuasaan. Akan tetapi, rakyat tidak berhak menetapkan halal-haram menurut kehendaknya sendiri. Sebabnya, hukum tetap milik Allah SWT. Inilah perbezaan prinsip yang sering sengaja dikaburkan dalam wacana politik moden.
Kebebasan Kapitalisme: Jalan Menuju Kerosakan Terstruktur
Kapitalisme dibangun di atas doktrin kebebasan. Kebebasan itulah yang selama ini dipromosikan sebagai puncak peradaban moden. Padahal, justeru daripada kebebasan tanpa batas itulah lahir berbagai bentuk kerosakan yang hari ini dirasakan dunia.
Kebebasan memiliki misalnya telah melahirkan monopoli. Manakala kebebasan berperilaku melahirkan kemerosotan moral. Kebebasan berpendapat pula sering berubah menjadi manipulasi persepsi. Dan kebebasan ekonomi membuka jalan kepada eksploitasi global.
Tentang asas ini, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani menulis bahawa keempat-empat kebebasan itulah asas Kapitalisme: kebebasan beragama; kebebasan berpendapat; kebebasan peribadi; dan kebebasan memiliki.
Beliau menunjukkan bahawa kebebasan tersebut kelihatan menarik secara teori, tetapi dalam praktiknya melahirkan ketidakseimbangan yang parah kerana manusia pada akhirnya mengikuti hawa nafsu masing-masing. Padahal hawa nafsu, jika dijadikan dasar pengaturan hidup, akan menimbulkan pertembungan yang tidak berakhir.
Allah SWT berfirman:
وَلَوِ اتَّبَعَ الْحَقُّ أَهْوَاءَهُمْ لَفَسَدَتِ السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ
“Seandainya kebenaran mengikuti hawa nafsu mereka, pasti rosaklah langit dan bumi.”
(TMQ al-Mu’minun: 71).
Apa yang kelihatan hari ini di dunia moden sesungguhnya merupakan penjelmaan nyata dari ayat ini: ketika hawa nafsu diabsahkan dalam sistem, kerosakan pun menjadi struktural.
Mengapa Khilafah Menjadi Keperluan?
Jika akar kerosakan terletak pada sistem maka solusinya pun tidak cukup berupa nasihat moral. Sistem hanya dapat diganti oleh sistem. Peraturan hanya dapat ditegakkan oleh kekuasaan. Oleh kerana itu, Islam tidak cukup hanya difahami sebagai ajaran spiritual individual. Islam menuntut adanya institusi politik yang menerapkannya secara menyeluruh.
Tentang kepentingan mendesak ini, Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani menegaskan bahawa menegakkan khalifah adalah fardhu atas seluruh kaum Muslim. Beliau menjelaskan hal itu, antara lain dalam Asy-Syakhsiyyah al-Islaamiyyah, ketika membahas kewajipan syarie adanya kepemimpinan umum bagi umat Islam. Sebabnya, tanpa Khilafah, hukum-hukum Islam yang berkaitan dengan ekonomi, politik luar negeri, hudud, pengelolaan hak milik umum, dan penjagaan umat tidak dapat diterapkan secara sempurna.
Lebih-lebih lagi, beliau juga menulis keberadaan khalifah itulah yang akan mewujudkan penerapan hukum-hukum syariah dalam kehidupan. Dengan demikian, pembicaraan tentang Islam sebagai solusi tidak berhenti pada keunggulan konsep, tetapi menuntut adanya struktur politik yang membolehkan Islam sebagai sistem dapat dihidupkan secara nyata. Itulah Khilafah Islam.
Dari Kritikan Menuju Perubahan Hakiki
Oleh itu, kritikan terhadap kapitalisme akan kehilangan makna jika hanya berhenti sebagai kegelisahan intelektual. Mengeluhkan kapitalisme tanpa menghadirkan sistem pengganti hanya akan membuat dunia terus berputar dalam lingkaran krisis yang sama.
Hari ini dunia mula letih dengan kapitalisme. Namun, keletihan itu hanya akan bernilai jika membawa manusia kepada kesedaran yang benar: bahawa hukum buatan manusia telah gagal dan hanya hukum Allah SWT merupakan satu-satunya jalan keluar.
Oleh kerana itu, apa yang diperlukan bukan sekadar keluar daripada Kapitalisme. Tetapi, apa juga diperlukan adalah keberanian kembali pada syariah Islam secara total dalam seluruh aspek kehidupan. Penerapan syariah Islam secara kaffah dalam seluruh aspek tentu menuntut institusi penerapnya. Sekali lagi, itulah Khilafah Islam.
Keluar Saja Tidak Cukup
Dengan demikian, keluar daripada Kapitalisme saja tidak automatik menyelesaikan masalah. Seseorang dapat menolak Kapitalisme, tetapi belum tentu sampai pada kebenaran. Dia boleh saja berpaling kepada sosialisme, komunisme, nasionalisme ekonomi, atau pelbagai bentuk campuran lain yang tetap berpangkal daripada asas yang sama iaitu: manusia membuat peraturan hidupnya sendiri.
Padahal sejarah menunjukkan, semua alternatif itu telah pun gagal. Sosialisme menjanjikan kesamarataan, tetapi mengekang fitrah kepemilikan. Komunisme menjanjikan keadilan kelas, tetapi melahirkan represif yang zalim. Kapitalisme menjanjikan kemakmuran, tetapi menghasilkan jurang sosial yang dalam. Nama boleh berbeza, tetapi sumber masalahnya sama: manusia menetapkan hukum (peraturan) tanpa petunjuk wahyu.
Allah SWT berfirman:
أَلَا لَهُ الْخَلْقُ وَالْأَمْرُ
“Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan.” (TMQ al-A’raf: 54).
Ayat ini menegaskan bahawa hak mengatur kehidupan bukan milik manusia, tetapi milik Allah SWT semata, Pencipta manusia.
Islam: Jawapan atas Persoalan Manusia
Di sinilah Islam berbeza secara mendasar. Islam tidak hadir sekadar sebagai kritikan moral terhadap ketidakadilan. Islam hadir sebagai jawapan utuh terhadap persoalan asas manusia. Islam menjelaskan asal manusia, tujuan hidup manusia, serta peraturan hidup yang mesti dijalankan oleh manusia.
Sebab itulah Islam tidak hanya mengatur ibadah individu; tetapi juga mengatur hal ehwal ekonomi, politik, pendidikan, peradilan, hubungan sosial hingga tadbir urus negara.
Dalam ekonomi, misalnya, Islam mengharamkan riba kerana riba menjadikan wang berkembang tanpa aktiviti nyata dan melahirkan penindasan sistemik. Islam melarang monopoli. Islam melarang penimbunan. Islam menetapkan bahawa sumber strategik milik umat tidak boleh dikuasai swasta. Dengan demikian, akar-akar kerakusan Kapitalisme dipotong sejak dari akar asasnya.
Kritikan Ideologis Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani
Lebih dari tujuh puluh tahun lalu, Taqiyuddin an-Nabhani telah membedah permasalahan ini secara sangat mendasar. Beliau menulis bahawa sesungguhnya ideologi kapitalisme berdiri di atas pemisahan agama daripada kehidupan (sekularisme). Sekularisme merupakan asas kepada seluruh kerosakan kapitalisme moden. Kenyataan ini beliau jelaskan, antara lain, dalam Nizhaam al-Islaam.
Beliau menunjukkan bahawa apabila agama dipisahkan daripada kehidupan, hukum akhirnya tunduk kepada kepentingan manusia, bukan kepada kebenaran. Oleh itu, kritik beliau terhadap kapitalisme tidak berhenti pada gejala ekonomi, tetapi sampai kepada akar ideologinya. Perkara yang sama beliau lakukan terhadap sosialisme-komunisme.
Akan tetapi, kelebihan beliau bukan hanya pada kritik. Beliau juga menyusun secara lengkap sistem Islam dalam puluhan kitab karya beliau yang sangat ideologis dan sistematik: sistem pemerintahan, sistem ekonomi, politik luar negeri, pendidikan, peradilan, dan struktur negara dalam Islam.
Melalui Hizbut Tahrir yang beliau dirikan sejak 1954, seluruh bangunan pemikiran itu disampaikan kepada umat sebagai projek kebangkitan peradaban. Bahkan pemikiran-pemikiran beliau yang sangat bijaksana ini sudah lama ditawarkan oleh Hizbut Tahrir kepada umat Islam dari berbagai kalangan di seluruh negeri kaum Muslim, termasuklah Indonesia. Sayangnya, hanya atas dalih kecurigaan tanpa asas dan cenderung paranoid daripada rejim Jokowi, pemikiran dan dakwah Hizbut Tahrir di Indonesia cenderung dibungkam. Seandainya sejak awal seluruh media nasional, khususnya Tempo, bersikap kritis dan terbuka atas pemikiran-pemikiran yang digagas oleh Hizbut Tahrir, maka petanyaan, “Bagaimana keluar dari Kapitalisme?” bakal terjawab sejak sekian lama. Ini kerana, Hizbut Tahrir telah secara tuntas menjawab pertanyaan tersebut sejak dulu lagi.
Dunia Harus Menuju ke Mana?
Akan tetapi, sekali lagi, pertanyaan yang lebih tepat bukan sekadar bagaimana keluar daripada Kapitalisme? Namun, setelah keluar, dunia hendak menuju ke mana? Keluar tanpa arah hanya melahirkan perpindahan dari satu kegagalan menuju kegagalan lain.
Kerana itu jawapan yang sahih hanya lahir jika persoalan asas manusia dijawab dengan benar. Jawapan itu tidak membawa manusia ke mana-mana selain dalam Islam.
Allah SWT berfirman:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا
“Siapa saja yang berpaling dari peringatan-Ku (al-Quran) maka bagi dia kehidupan yang sempit.” (TMQ Taha: 124).
Apa yang dialami dunia moden hari ini sesungguhnya adalah bentuk nyata daripada kehidupan yang sempit itu: melimpah ruah material, tetapi miskin keadilan; maju teknologi, tetapi rapuh kemanusiaan.
Islam Memerlukan Institusi Penerapnya
Satu hal yang juga mesti ditegaskan kembali: Islam sebagai sistem tidak mungkin hidup sekadar sebagai gagasan. Islam memerlukan institusi politik penerapnya. Islam memerlukan kekuasaan yang menjadikan syariah sebagai undang-undang. Islam memerlukan kepemimpinan yang menyatukan arah umat. Dalam sejarah Islam, institusi itu dikenal sebagai Khilafah. Tanpa institusi Khilafah, hukum-hukum Islam dalam urusan awam akan terus diganti oleh sistem buatan manusia.
Atas sebab itu, pembicaraan tentang Islam sebagai solusi tidak akan pernah lengkap tanpa membicarakan tentang institusi politik penegaknya (Khilafah).
Bukan Sekadar Keluar, Tetapi Kembali
Dunia hari ini sebenarnya telah cukup lama mencuba berbagai jalan. Kapitalisme telah diuji. Sosialisme telah dicuba. Komunisme telah runtuh. Demokrasi liberal terus menampakkan kontradiksinya.
Kini pertanyaan besar itu kembali berdiri di hadapan manusia: apakah akan terus berputar dalam eksperimen yang sama atau kembali pada sistem yang berasal daripada Pencipta manusia?
Keluar daripada Kapitalisme memang penting, tetapi itu belum cukup. Yang jauh lebih penting adalah kembali pada sistem hidup yang benar. Sistem itu tidak lain adalah sistem Islam yang hanya boleh diterapkan oleh institusi Khilafah.
Kesimpulannya, tidak salah jika sudah lama disuarakan, termasuk di negeri ini, “Saatnya Khilafah Memimpin Dunia!” []
Sumber : ABI – FOCUS/Forum on Contemporary Ummah Studies (6 April 2026)
#Kapitalisme #TolakSekularisme #DemokrasiSistemGagal #AyuhUmatBangkit #WeNeedKhilafah #BringBackKhilafah #SistemIslam

