Site icon MuslimahHTM News

SEJARAH DAN MAKNA DI SEBALIK PENETAPAN KALENDAR HIJRIYAH

SEJARAH DAN MAKNA DI SEBALIK PENETAPAN KALENDAR HIJRIYAH

 

Kalender Hijriyah bukanlah sekadar penanda waktu. Ia adalah pedoman utama dalam pelaksanaan hukum Islam seperti ibadah haji, puasa, dan zakat. Sebelum kalender ini rasmi ditetapkan, masyarakat Arab terbiasa menggunakan peristiwa-peristiwa besar sebagai penanda aras bagi tahun, seperti Tahun Gajah yang merujuk pada peristiwa penyerbuan Kaabah oleh pasukan bergajah. Tradisi ini terus berlangsung hingga masa kenabian dan kekhalifahan Abu Bakar As-Siddiq.

 

Titik perubahan dalam mewujudkan kalendar ini bermula semasa pemerintahan Umar bin Khattab. Pada masa itu, Abu Musa Al-Ash’ari, Gabenor Basra, mengadu bahawa surat daripada khalifah tidak bertarikh, menjadikannya sukar untuk menentukan tarikh akhir atau urutan arahan. Menjawab isu ini, Umar menjemput para sahabatnya untuk berunding mengenai rujukan kalendar untuk umat Islam.

 

Beberapa cadangan telah muncul semasa perbincangan tersebut, daripada mengikuti kalendar Rom hinggalah kepada penggunaan tahun kelahiran dan tahun kewafatan Nabi. Walau bagaimanapun, para sahabat menolak penggunaan tahun kelahiran kerana persamaannya dengan kalendar Nasrani, dan enggan menggunakan tahun kewafatan Nabi, kerana ia akan terus membangkitkan kenangan sedih bagi umat Islam.

 

Atas cadangan Ali bin Abi Thalib, Umar bin Khattab akhirnya menetapkan hijrah Nabi dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan kalendar. Sebab utamanya ialah hijrah itu menandakan pemisahan antara yang benar dan yang batil serta melambangkan kemuliaan Islam di mana umat Islam boleh beribadat dengan selamat. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan tafsir ayat al-Quran mengenai pembinaan Masjid Quba “sejak hari pertama,” yang difahami oleh para sahabat merujuk kepada hari pertama kedatangan Nabi di Madinah.

 

Setelah menetapkan tahunnya, para sahabat berbincang mengenai bulan pertama dalam setahun. Meskipun ada yang mencadangkan Ramadhan, Umar dan Uthman bin Affan mencadangkan Muharram. Pilihannya jatuh pada Muharram kerana bulan ini jatuh tepat setelah musim haji berakhir dan merupakan waktu di mana tekad untuk berhijrah muncul setelah peristiwa Baiat di bulan Zulhijjah.

 

Penetapan kalender Hijriyah memberikan beberapa pelajaran penting:

 

1)  Penetapan ini didasarkan pada ijmak (kesepakatan) para sahabat, yang merupakan dalil kuat dalam Islam.

2)  Sistemnya menggunakan kitaran bulan (qamariyah), sesuai dengan petunjuk wahyu.

3)  Kalender Hijriyah adalah syiar Islam yang membezakannya dengan identiti agama lain.

4)  Umat Islam dianjurkan menggunakan kalender ini bukan hanya untuk urusan ibadah, tetapi juga dalam seluruh aspek kehidupan sehari-hari.

 

 

Sumber: ngajishubuh

 

#Hijrah #PeristiwaHijrah #PenetapanKalendarHijriyah

 

Exit mobile version