Site icon MuslimahHTM News

Trump: Tanpa AS dan Tanpa Saya, Tidak akan Ada Negara Yahudi

Trump: Tanpa AS dan Tanpa Saya, Tidak akan Ada Negara Yahudi

 

Presiden AS, Trump, sekali lagi secara terbuka menegur Perdana Menteri entiti Yahudi, Netanyahu di Evian, Perancis, tempat Sidang Kemuncak G7 diadakan. Dalam sidang media bersama Emir Qatar, Tamim, pada 16 Jun 2026, dia berkata: “Saya mengatakan kepada (Israel) bahawa saya tidak bersetuju dengan serangannya ke atas Beirut, maka Netanyahu kini perlu lebih bertanggungjawab terhadap Lubnan. Tanpa Amerika, tidak akan ada (Israel), dan tanpa saya, tidak akan ada (Israel).” (Al Jazeera, 16 Jun 2026).

 

Trump juga telah menegur Netanyahu awal bulan ini. Laman berita Amerika Axios memetik dua sumber Amerika pada 1 Jun 2026 yang menyatakan bahawa Trump berkata kepada Netanyahu: “Akulah yang menyelamatkanmu. Jika bukan kerana aku, kamu akan berada di dalam penjara. Kamu sudah hilang kewarasan, dan sekarang semua orang membencimu, dan membenci (Israel) kerana itu.”

 

Entiti Yahudi berperanan sebagai anak manja Amerika, berusaha melakukan serangan di sana sini di bawah perlindungan Amerika Syarikat, sambil mendakwa dirinya sebagai sebuah negara besar dan merdeka yang mempunyai projek tersendiri untuk mengendalikan seluruh kawasan di bawah slogan “(Israel) Raya”. Perlu diperhatikan bahawa tanpa Amerika Syarikat, mereka tidak mampu melakukan apa- apa, seperti yang dinyatakan oleh presidennya, Trump, mereka tidak akan wujud. Amerika Syarikat mengiktiraf entiti ini pada tahun 1948 dan telah menyokongnya dengan segala cara bagi memastikan kelangsungan hidupnya, serta menjadikan entiti tersebut sebagai alat kotornya di rantau ini.

 

Amerika Syarikat memberikan perlindungan kepadanya melalui negara-negara di rantau ini, dan menghalang mereka daripada mengambil sebarang tindakan ketenteraan yang boleh membahayakan entiti Yahudi, terutamanya ketika entiti itu melakukan genosid di Gaza. Malah, sama ada secara langsung atau tidak langsung, negara-negara tersebut mengiktiraf kewujudan entiti penjenayah di kawasan. Mana-mana negara yang mengemukakan solusi dua negara, maka dengan demikian mereka mengiktiraf pendudukan Yahudi ke atas sekitar 80% wilayah Palestin dan terlibat dalam kejahatannya. Para pemerintahnya dan mereka yang memberikan dukungan kepadanya, akan berdiri di hadapan Allah SWT dan mereka akan menghadapi pertanggungjawaban yang berat

 

Sumber: hizb-ut-tahrir.info, 18/6/2026.

 

#FreePalestineWithJihadAndKhilafah #Israel #US #global

 

Exit mobile version