Site icon MuslimahHTM News

Hijrah Itu Perlu Istiqamah

SIRI TULISAN TENTANG HIJRAH – (Menyambut Tahun Baru 1448 H Bahagian 3)

 

Hijrah Itu Perlu Istiqamah

 

Oleh: Ustaz Abu Zaid Rembang

 

Sahabat hijrah, biasa berlaku diantara kita yang sudah berhijrah namun tidak mampu istiqamah. Balik kandang. Alias kembali seperti sebelum hijrah. Mereka yang telah tinggalkan minuman keras, kembali meminumnya. Mereka yang telah meninggalkan zina, kembali berzina. Mereka yang telah meninggalkan riba, kembali mengambilnya. Mereka yang telah menutup aurat kembali membukanya… Na’uzubillah min zalika.

 

Mengapa boleh berlaku sebegitu? Sahabat hijrah, sebenarnya proses hijrah itu adalah langkah pertama. Kita hendaklah sabar menyusuri jalan yang lurus dengan langkah kedua, ketiga dan seterusnya agar kita boleh istiqamah. Terus maju selangkah demi selangkah, tak boleh berhenti. Sampai bila? Sampai mati!

 

Aduh beratnya? Ya, memang berat. Namun, masih lebih berat lagi jika kita tak istiqamah.

 

Jadi, apakah yang mesti kita lakukan agar boleh istiqamah dalam hijrah hingga mati?

 

  1. Niat yang benar

 

Niat merupakan asas kepada amal. Niat kita menentukan langkah kita seterusnya menentukan hasil yang kita peroleh. Hijrah perlu diniatkan betul-betul kerana Allah. Untuk meraih redha Allah, tidak boleh ada niat lain.

 

Rasulullah SAW bersabda:

ٍعَنْ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Daripada Umar radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Amal itu bergantung kepada niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya kerana dunia atau kerana wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana dia hijrah.” (HR. Bukhari, Muslim, dan empat imam Ahli Hadis)

 

Niat yang benar yakni kerana Allah akan membawa kekuatan besar bagi kita untuk terus melangkah kerana kita hanya bersandar kepada Allah Yang Maha Kuat.

 

Sebaliknya niat kerana dunia itu rapuh dan akan membuat kita berhenti baik pada saat tercapai mahupun gagalnya tujuan.

 

  1. Berilmu alias menuntut ilmu.

 

Sahabat hijrah, menempuh jalan hijrah itu perlu ada panduannya. Tidak boleh asal jalan. Ilmu tentang akidah dan syariah menjadi modal kita agar kitab oleh istiqamah kerana kita faham betul apa yang sedang kita perjuangkan, serta faham betul apa yang sedang dan akan berlaku.

 

Oleh sebab itu sahabat, kita mesti menuntut ilmu. Bukan asal belajar. Tetapi, belajar yang rutinnya sepanjang hayat. Dengan pemahaman terstruktur sehingga memahami Islam kaffah. Sistem Islam yang menjadi penjamin, pelindung dan penyempurna hijrah kita. Oleh itu, marilah menuntut ilmu!

 

  1. Bergabung dengan komuniti atau jamaah yang berjuang untuk menegakkan Islam kaffah.

 

Saya baru sahaja berhijrah, jadi mengapa saya perlu terus berjuang? Itulah yang saya katakan, wahai sahabat. Kita mesti segera menyertai rakan-rakan pejuang Islam untuk mendapatkan bimbingan dan sokongan. Dalam komuniti itu, kita akan mendapat ilmu dan rakan seperjuangan. Dua perkara ini penting agar kitab boleh istiqamah.

 

Para sahabat Nabi Muhammad SAW segera menyertai jamaah para sahabat, yang dipimpin oleh Nabi SAW setelah memeluk Islam. Mereka tidak menunggu sehingga mereka memperoleh ilmu yang lengkap sebelum berjuang. Dalam komuniti inilah kita akan dijaga sehingga menjadikannya lebih mudah untuk istiqamah.

 

  1. Bersahabat dengan sahabat yang baik.

 

Adalah penting untuk kita berhijrah, bukan sekadar untuk meninggalkan perbuatan buruk. Namun, yang lebih penting adalah mengubah komuniti. Kerana komuniti lama pasti akan mengajak kita kembali. Sahabat yang baik berada dalam komuniti yang disebut dalam nombor 3 di atas.

 

  1. Jangan sesekali mengulangi maksiat yang lama. Yakni maksiat yang sudah kita tinggalkan. Jika kita cuba melakukan kembali maksiat yang lama, kemungkinan besar kita tidak akan mampu kembali berhijrah lagi.

 

  1. Disiplin. Yakni melaksanakan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa tapi tanpa nanti.

 

  1. Berdoa. Mohon kepada Allah pertolongan agar kita mampu istiqamah. Allah jualah yang membolak balikkan hati hamba-Nya.

 

Itulah 7 perkara paling mendasar yang perlu kita lakukan secara bersungguh-sungguh agar kita boleh istiqamah. Selamat berjuang wahai sahabat. Semoga Allah istiqamahkan kita hingga mati dalam husnul khatimah. Aamiin.

 

Rasulullah SAW bersabda:

عن سفيان بن عبد الله رضي الله عنه قال: قلت: يارسول الله! قل لي في الاسلام قولا, لا أسأل عنه أحدا غيرك؟. قال: “قل آمنت بالله ثم استقم” رواه مسلم

“Daripada Sufyan bin Abdullah radhiyallaahu’anhu, dia berkata: “Aku berkata wahai Rasulullah! Katakanlah kepadaku tentang Islam dengan sebuah perkataan sehingga saya tidak akan menanyakannya kepada seorang pun selainmu.” Nabi menjawab: “Katakanlah: Aku beriman kepada Allah, kemudian istiqamahlah”. HR Muslim.”

 

#hijrah #jomhijrah #muhasabahhijrah

Exit mobile version