Mustafa I, Sultan Yang Digulingkan Dua Kali
Sultan Mustafa I dilahirkan pada tahun 1000 Hijrah dan memegang jawatan pada tahun 1031 Hijrah. Ini merupakan kali kedua beliau menaiki takhta. Beliau sebelumnya pernah memerintah sebelum Almarhum Sultan Osman II, tetapi disebabkan oleh keadaan mentalnya yang lemah, beliau telah digulingkan selepas hanya tiga bulan memegang jawatan.
Pada masa kepemimpinannya yang terakhir ini, kekacauan merajalela dan bencana melanda di berbagai penjuru negeri. Keadaan ini membuat rakyat kesal, dan para tentera pun meratapi nasib malang yang menimpa Sultan Osman II.
Dua hari selepas Sultan Mustafa I menaiki takhta, tentera Sipahi berkumpul dan mengepung istana Sadrazam (Wazir Agung) Dawud Pasha. Mereka menjerit dengan marah, “Mengapa kamu membunuh Sultan Osman, sedangkan kami telah berpesan kepada kamu untuk menjaga keselamatannya?” Dawud Pasha menjawab, “Aku membunuhnya atas perintah Sultan Mustafa, sang penguasa dunia!”
Namun Sultan membantah hal itu dan menegaskan bahawa Dawud Pasya telah berdusta, dan orang-orang yang menghukum Sultan Osman II masih hidup, maka mereka semua hendaklah dihukum mati.
Mendengarkan hal itu, orang ramai pun terus memburu Dawud Pasya. Diwan telah mengadakan persidangan dan memutuskan untuk menghukum mati Dawud Pasha dan semua yang terlibat dalam pembunuhan Sultan Osman II. Dawud Pasha terlebih dahulu dibawa ke Kubu Yedikule dan ditempatkan di dalam ruangan di mana Sultan Osman II dibunuh. Di sana, dia dihukum mati. Selepas itu, barulah satu per satu rakan subahatnya diburu dan dihukum mati seorang demi seorang.
Pada tahun 1032 H, Sultan Mustafa I kembali digulingkan dari takhtanya untuk kedua kali, dan kedudukannya digantikan oleh Sultan Murad IV. Sultan Mustafa I sendiri wafat pada tahun 1048 H dan dimakamkan di dalam kubah pemakaman khusus di kawasan berhampiran Hagia Sophia (Ayasofya).
Sepanjang pemerintahannya, pendapatan negara jatuh mendadak sehingga berkurangan sekitar 100,000 kantung emas setiap tahun. Keadaan Daulah mengalami kemunduran, dan banyak kawasan di sempadan jatuh ke tangan musuh.
Itulah akibatnya ketika umat memilih orang yang tidak berkelayakan untuk memimpin negara. Semoga hal ini menjadi ibrah bagi kaum muslimin.
Sumber: “Târîkh Salâthîn Banî ‘Utsmân” – Izzetlu Yusuf Bey Asaf
#MuhasabahPemimpin #Kepimpinan #SejarahUmatIslam

