Site icon MuslimahHTM News

Hutang dan Cukai: Dua Instrumen Utama untuk Pembiayaan Sistem Kapitalis

Hutang dan Cukai: Dua Instrumen Utama untuk Pembiayaan Sistem Kapitalis

 

Oleh: Hidayah Muhammad

 

Jurnalis Joko Prasetyo menyatakan bahawa dalam sistem kapitalis, hutang dan cukai adalah dua instrumen utama pembiayaan negara.

 

“Apabila perbelanjaan meningkat sedangkan hasil tidak mencukupi, negara berhutang. Apabila beban hutang bertambah, negara berusaha menambah hasil. Antara sumber pendapatan terbesar ialah cukai,” ujarnya dalam akaun Facebooknya, 10 Jun 2026 (Rabu).

 

Beliau berpendapat, akan terbentuk kitaran yang mana: Negara berhutang → Beban pembayaran meningkat → Hasil mesti dinaikkan → Cukai dioptimumkan → Rakyat akan menanggung akibatnya.

 

“Kesan daripada hutang dan cukai ini ialah rakyat akan menanggung beban ekonomi melalui pelbagai levi cukai, pengurangan subsidi, dan peningkatan kos sara hidup,” jelasnya.

 

Beliau menegaskan bahawa Islam memandang hutang berasaskan riba sebagai dosa yang telah diharamkan. Allah SWT berfirman,

 

“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan dosa riba), maka ketahuilah, sesungguhnya Allah dan RasulNya akan memerangi kamu.” (TMQ al-Baqarah [2]: 279).

 

Beliau menjelaskan bahawa dalam sistem pemerintahan Islam, negara tidak dibina atas kebergantungan kepada hutang riba dan negara juga tidak menjadikan cukai sebagai sumber pendapatan utama yang dikutip secara berterusan daripada rakyat.

 

“Syariat telah menentukan sumber pendapatan negara yang tetap melalui baitul mal seperti hasil pengurusan hak milik awam, kharaj, fai’, ghanimah, usyur, jizyah, serta pelbagai pendapatan lain,” jelasnya.

 

Tambahnya lagi, Islam juga menetapkan sumber alam akan dikelola oleh negara dan hasilnya dikembalikan untuk kepentingan rakyat.

 

“Hasil daripada pengurusan ini digunakan untuk memenuhi pelbagai keperluan awam, seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, pembangunan infrastruktur, dan perkhidmatan awam lain. Melalui mekanisme ini, rakyat boleh mengakses perkhidmatan asas dengan kos yang sangat rendah, malah dalam beberapa keadaan boleh didapatkan secara percuma, kerana pembiayaan itu disokong oleh kekayaan rakyat, yang diuruskan oleh negara mengikut syariat,” tambahnya.

 

Beliau menegaskan, tugas pemerintah ialah menguruskan hal ehwal rakyat mengikut syariat Allah SWT, bukan menjadikan rakyat sebagai penumpang kekal akibat dasar fiskal yang lahir daripada sistem yang salah.

 

Rasulullah SAW bersabda,

“Imam adalah penjaga dan pengatur urusan manusia, dan dia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap orang yang dipeliharanya” [HR al-Bukhari dan Muslim].

 

Beliau menyimpulkan bahawa kapitalisme ialah sistem yang membolehkan hutang terus berkembang, kemudian menuntut pendapatan yang sentiasa meningkat untuk menyokongnya.

 

“Selagi kapitalisme kekal sebagai asas pengurusan ekonomi, kitaran hutang dan cukai akan terus berulang. Sebaliknya, Islam menawarkan tadbir urus yang membiayai keperluan rakyat daripada sumber yang sah, mengurus kekayaan rakyat mengikut syariat Islam dan menjadikan kebajikan rakyat sebagai matlamat, bukan semata-mata sebagai objek hasil negara,” simpulnya. []

 

Sumber:

 

 

#Cukai #Hutang #Kapitalisme

Exit mobile version