Site icon MuslimahHTM News

SEOLAH BIJAK, PADAHAL MEMISAHKAN ISLAM DARIPADA POLITIK

SEOLAH BIJAK, PADAHAL MEMISAHKAN ISLAM DARIPADA POLITIK

 

Oleh: Joko Prasetyo (Jurnalis)

 

Tidak ada Muslim yang menolak pentingnya ilmu. Bahkan kemunduran umat hari ini salah satunya disebabkan oleh jauhnya mereka dari pemahaman Islam yang sahih dan menyeluruh.

 

Oleh kerana itu, ajakan untuk memperbanyak penyebaran ilmu tentu merupakan nasihat yang baik. Namun persoalannya menjadi berbeza ketika istilah “ilmu” dipertentangkan dengan “politik”, seolah-olah politik berada di luar wilayah ajaran Islam.

 

Di sinilah saya melihat adanya cara pandang yang perlu dikritik. Salah satunya seperti yang terpapar dalam kutipan status berikut:

 

“Antum share faedah ilmu, pasti dapat pahala. Antum share berita politik, dapat pahala atau tidak? Tak ada. Bahkan berpotensi mendapat dosa. Kalau begitu sudahlah, perbanyakkan share faedah ilmu saja. Netizen memerlukan tambahan ilmu.”

 

Sekilas terdengar bijak. Namun jika dicermati lebih mendalam, kenyataan ini sebaliknya mengandungi sejumlah prasangka yang bermasalah.

 

 

Kalimat ini membangun kesan seolah-olah “faedah ilmu” dan “politik” adalah dua hal yang berbeza. Seolah-olah ilmu berada di satu sisi, sedangkan politik berada di sisi lain.

 

Padahal dalam Islam, politik bukan sesuatu yang berada di luar agama. Politik Islam adalah pengurusan urusan umat berdasarkan hukum Allah SWT. Oleh kerana itu, membahas politik tidak automatik tercela sebagaimana menyebarkan ilmu tidak automatik berpahala. Semuanya bergantung pada isi dan tujuannya.

 

Menyebarkan fitnah politik tentu berdosa. Namun bagaimana dengan berita politik yang membongkar kezaliman penguasa? Bagaimana dengan berita politik yang menjelaskan penjajahan Palestin? Bagaimana dengan berita politik yang mengungkap kerosakan sistem kapitalisme? Bagaimana dengan menjelaskan hukum-hukum syariat terkait pemerintahan dan kepemimpinan umat?

 

Apakah semua itu bukan ilmu? Itu semua tentu saja ilmu, ilmu tentang politik (pengurusan urusan umat berdasarkan hukum Allah SWT).

 

 

Poin ini merujuk pada kalimat: “Antum share berita politik, dapat pahala atau tidak? Tak ada. Bahkan berpotensi mendapat dosa.”

 

Kenyataan ini terlalu umum. Jika yang dimaksudkan adalah gosip elit, fitnah politik, atau propaganda kekuasaan, tentu memang berpotensi menjadi dosa. Namun bagaimana jika yang disebarkan adalah fakta penjajahan terhadap kaum Muslim, kezaliman penguasa, atau hukum-hukum Islam terkait urusan awam?

 

Apakah semua itu bukan ilmu yang berpahala? Itu semua tentu saja ilmu yang berpahala, ilmu tentang politik (pengurusan urusan umat berdasarkan hukum Allah SWT) yang pahalanya luar biasa.

 

Rasulullah SAW bahkan menyebut orang yang menasihati penguasa zalim sebagai salah satu penghulu para syuhada. Ini menunjukkan, aktiviti politik yang berlandaskan amar makruf nahi mungkar yang memiliki kedudukan yang mulia dalam Islam.

 

 

Di sinilah letak masalah yang sebenarnya. Mengapa umat diarahkan untuk menjauhi pembahasan politik? Bukankah banyak persoalan terbesar yang sedang menimpa umat adalah berasal dari wilayah politik?

 

Penjajahan Palestin adalah persoalan politik. Perampasan kekayaan alam oleh korporat asing adalah persoalan politik. Rasuah, hutang ribawi, liberalisasi ekonomi, penjenayahan dakwah, dan berbagai bentuk kezaliman lainnya juga merupakan persoalan politik.

 

Bagaimana mungkin umat memahami akar masalah tersebut jika mereka terus dijauhkan daripada pembahasan politik? Kalau umat dijauhkan daripada pembahasan politik begini, apakah layak pelakunya disebut penyebar faedah ilmu?

 

 

Benar, warga maya memang memerlukan tambahan ilmu. Namun siapa yang menentukan ilmu yang diperlukan umat hari ini hanyalah ilmu-ilmu individual?

 

Bukankah umat juga memerlukan ilmu tentang sistem ekonomi Islam, sistem pemerintahan Islam, hukum jihad, hubungan antarabangsa dalam Islam, pengelolaan kekayaan umum, sehinggalah kewajipan amar makruf nahi mungkar terhadap penguasa?

 

Jika semua itu dikesampingkan dengan alasan itu politik, maka yang terjadi bukanlah perluasan ilmu, melainkan penyempitan makna ilmu itu sendiri. Jelas menjadi kontradiktif. Warga maya disebut memerlukan penambahan ilmu namun ilmu yang disampaikan sebaliknya dikerdilkan daripada yang diperlukan oleh umat.

 

 

– Kafir penjajah akan senang kerana umat tidak memahami ajaran Islam tentang jihad melawan penjajahan.

 – Oligarki rakus akan beruntung kerana umat tidak memahami sistem ekonomi Islam yang melarang penguasaan kekayaan oleh segelintir orang.

 – Penguasa zalim dan para pemakan rasuah juga akan merasa aman kerana umat dijauhkan daripada kewajipan memuhasabah dan membetulkan kemungkaran kekuasaan dan menuntut penerapan hukum Allah SWT.

 

Sebab umat yang kehilangan kesedaran politik (wa’yu siyasi) akan lebih mudah dikelabui, dipecah-belah, dan diarahkan untuk menerima berbagai bentuk kezaliman sebagai sesuatu yang wajar.

 

 

Boleh jadi sebahagian orang yang berpandangan demikian tetap meyakini Islam mengatur negara, pemerintahan, dan urusan politik. Mereka tentu berbeza dengan sekularisme yang secara terang-terangan memisahkan agama daripada kehidupan awam serta menolak campur tangan syariat dalam pengaturan masyarakat.

 

Namun persoalannya bukan semata-mata pada apa yang diakui secara teori, melainkan pada konsekuensi yang ditimbulkan dalam amalan tersebut. Ketika umat terus diarahkan agar menjauhi pembahasan politik, tidak memahami hukum-hukum Islam terkait pemerintahan, tidak memiliki kesedaran untuk membetulkan kezaliman penguasa, dan cukup disibukkan dengan urusan individu semata, maka yang akan berlaku adalah politik Islam akan semakin terpinggir dari ruang kesedaran umat.

 

Akibatnya, politik Islam hanya dianggap sebagai urusan segelintir penguasa atau elit, bukan sebahagian daripada ilmu yang perlu difahami, diajarkan, dan diperjuangkan oleh kaum Muslim secara meluas.

 

Dalam pandangan semacam ini, ketika ada yang berbicara tentang tauhid, ibadah, atau akhlak, itu disebut ilmu yang perlu disebarkan. Namun ketika ada yang menjelaskan sistem pemerintahan Islam, kewajipan mengurus urusan umat, hukum-hukum politik Islam, atau kewajipan memuhasabah kemungkaran penguasa, tiba-tiba dianggap bukan pembahasan yang penting untuk diketahui masyarakat umum.

 

Padahal Islam tidak pernah mengajarkan pemisahan semacam itu. Islam adalah agama yang mengatur hubungan manusia dengan Allah SWT sekaligus mengatur hubungan manusia dengan sesama manusia dalam seluruh aspek kehidupan, termasuk urusan pemerintahan, ekonomi, peradilan, keselamatan, dan hubungan antarabangsa.

 

Oleh itu, tidak tepat jika politik dan ilmu dipertentangkan. Politik Islam adalah ilmu. Dakwah politik Islam adalah ilmu. Menjelaskan hukum Allah tentang kekuasaan, pemerintahan, dan pengurusan urusan umat juga merupakan penyebaran ilmu yang sangat diperlukan saat ini.

 

Jika umat dijauhkan dari ilmu-ilmu tersebut, maka yang terjadi bukanlah perluasan wawasan keislaman, melainkan penyempitan makna Islam itu sendiri. Dan ketika Islam hanya difahami dan diajarkan sekadar urusan personal, sementara hukum-hukum Islam yang mengatur urusan awam semakin terpinggirkan dari ruang kesedaran umat, maka sedikit demi sedikit umat akan terbiasa memandang urusan awam sebagai sesuatu yang berada di luar perhatian agama. Konsekuensi yang muncul pada akhirnya tidak jauh berbeza dengan sekularisasi dalam kehidupan umat.

 

Jadi, umat memang memerlukan tambahan ilmu. Namun pertanyaannya, ilmu seperti apa yang paling diperlukan hari ini?

 

Di antara ilmu yang paling diperlukan hari ini adalah ilmu yang menyedarkan umat bahawa Islam bukan sekadar mengatur ibadah personal, melainkan juga mengatur kehidupan dan peradaban secara keseluruhan.

 

Dengan kesedaran itulah umat dapat kembali memahami Islam sebagai mabda’ (ideologi) yang mampu membebaskan manusia dari segala bentuk penjajahan, kezaliman, dan kerosakan sistem hidup buatan manusia. Wallahu a’lam bish-shawwab. []

 

#KesedaranPolitikIslam #PolitikIslam #AmarMakrufNahiMungkar #MuhasabahKepimpinan #CaknaPolitik

Exit mobile version