Jangan Taklid Buta Pada Pemimpin
لا يَصلُحُ الناسُ فَوضى لا سَراةَ لَهُم … وَلا سَراةَ إِذا جُهّالُهُم سادوا
فَالبَيتُ لا يُبتَنى إِلّا لَهُ عَمَدٌ … وَلا عِمادَ إِذا لَم تُرسَ أَوتادُ
“Masyarakat tidak akan menjadi baik jika dibiarkan kacau tanpa pemimpin,
dan tidak akan ada kepimpinan jika orang-orang bodoh memegang kuasa.
Sebab, sebuah rumah tidak akan dapat berdiri tanpa adanya tiang penyokong,
dan tiang penyokong tidak akan ada ertinya jika pasak-pasaknya tidak tertanam kuat.”
Allah SWT berfirman:
﴿وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا٦٨﴾
“Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.”
[TMQ Al-Ahzâb (33): 67-68].
Sudah diketahui bersama bahawa dalam kehidupan ini, manusia cenderung akan mengikuti para pemimpin, pembesar, penguasa, dan amir mereka. Pengikutan itu boleh berupa taklid yang disertai rasa bangga, atau atas dasar kerelaan dan pilihan sendiri, atau kerana adanya paksaan dan tekanan.
Dalam semua keadaan tersebut, mereka tetap tunduk kepada para pemimpin kerana para pemimpin itulah yang mengurus urusan mereka, mengelola kemaslahatan mereka, mengatur urusan mereka, serta menjadi pengarah mereka, baik dari segi pemikiran mahupun perasaan.
Namun, kita mendapati Al-Quran Al-Karîm justeru mencela manusia atas sikap taklid buta mereka. Al-Quran menceritakan bagaimana penyesalan mereka di akhirat kelak melalui ayat di atas (yang ertinya): “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati para pemimpin dan para pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.” [TMQ. Al-Ahzâb (33): 67].
Di sisi lain, Allah SWT juga berfirman:
إِذۡ تَبَرَّأَ ٱلَّذِينَ ٱتُّبِعُواْ مِنَ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُواْ ..
“(Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikuti…” [TMQ Al-Baqarah (2): 166].
Sumber: “Nahj al-Qur’ân fi ad-Da’wah” – Syaikh Hafizh Shalih
#Pemimpin #MasyarakatMuslimIdeal

