Menyiasat Rasuah: Satu Kewajipan
Rasuah adalah satu bentuk rampasan terhadap harta kekayaan rakyat dan negara dengan cara memanfaatkan jawatan demi memperkayakan diri. Ibarat penyakit, rasuah dikatakan telah tersebar luas ke seluruh negara. Walaupun begitu, rasuah apa pun jenisnya merupakan perbuatan yang haram. Nabi SAW menegaskan:
“Barangsiapa yang merompak dan merampas, atau menggalakkan rampasan, bukanlah sebahagian daripada golongan kami (iaitu bukan daripada umat Muhammad SAW)” (HR. Thabrani dan al- Hakim)
Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadis:
“Hai kaum Muslim, siapa saja di antara kalian yang melakukan pekerjaan untuk kami (menjadi pegawai negara), kemudian dia menyembunyikan sesuatu terhadap kami walaupun sekecil jarum, bermaksud dia telah melakukan penipuan. Kemudian, penipuannya itu akan dia bawa pada hari kiamat nanti… . Siapa yang kami beri tugas dia hendaklah menyampaikan hasilnya, sedikit atau banyak. Apa yang diberikan kepadanya daripada hasil itu hendaklah dia terima, dan apa yang tidak diberikan janganlah diambil.” (HR. Muslim, an-Nasai, dan Imam Malik dalam al-Muwwatha).
Rasuah ini terkait rampasan terhadap hak milik rakyat dan negara. Sedangkan, yang namanya pemimpin merupakan “pengembala” rakyatnya. Kata Nabi SAW, “Sesungguhnya pemimpin itu (imam) adalah pengembala, dan dia pasti akan diminta pertanggungjawabannya tentang apa yang digembalakan itu.”
Ada suatu teladan daripada Umar bin Khattab di dalam kitab Thabaqat, Ibnu Sa’ad mengetengahkan kesaksian asy-Syi’bi yang mengatakan, “Setiap kali melantik pemimpin, Khalifah Umar selalu mencatat kekayaan orang tersebut. Selain itu, bila meragui kekayaan seorang penguasa atau pegawai, dia tidak segan-segan menyita jumlah lebihan daripada kekayaan yang layak baginya, yang sesuai dengan gajinya.”
Kelihatan jelas bagaimana cara Umar bin Khattab dalam mencegah dan menangani rasuah. Jika kekayaan semasa tidak mungkin diperolehi dengan gaji yang dia dapatkan semasa tempoh perkhidmatannya yang panjang, lebihan kekayaan itu pastilah hasil daripada rasuah. Jelaslah, sikap tegas dan serius dituntut daripada pemerintah untuk menyiasat, menyelidik dan mendakwa orang yang disyaki melakukan rasuah kerana hal ini merupakan kewajipannya.
Sumber: Sultan Channel
#rasuah #tanggungjawabpemimpin #khilafah

