Sistem Ekonomi Islam Bebas daripada Kebergantungan, Bukan Pengasingan daripada Dunia
Negara-negara yang bergantung pada bunga (riba) untuk membiayai projek-projek mereka adalah negara-negara gagal yang terperangkap dalam kitaran syaitan: mereka meminjam untuk membayar hutang sebelumnya, mengenakan cukai kepada warganegara mereka untuk membayar bunga (riba), dan memotong perkhidmatan untuk menggembirakan pemiutang! Dengan demikian, ekonomi menjadi alat untuk memiskinkan rakyat dan bukannya berkhidmat kepada mereka.
Namun, dalam Islam, negara membiayai perbelanjaannya daripada sumber yang sah, mengagihkan kekayaan mengikut hukum Islam, mencegah monopoli, dan mengawal selia pasaran tanpa membenarkan kekacauan berlaku.
Sistem ekonomi dalam Islam bukanlah pengasingan daripada dunia, melainkan pembebasan daripada kebergantungan. Negara Islam terlibat dalam perdagangan, membuat perjanjian, serta import dan eksport, tetapi tidak tunduk pada hegemoni kewangan yang akan memaksanya untuk mengubah hukum atau polisinya. Keputusan ekonomi berasal daripada ideologi Islam dan melayani kepentingan rakyat sebagaimana didefinisikan oleh hukum Islam, bukan mengikut cadangan institusi antarabangsa.
Sumber: alraiah.net, 24/6/2026
#ekonomi #riba #ekonomiislam

