Site icon MuslimahHTM News

Lapan Catatan Kritis atas MoU AS–Iran

Lapan Catatan Kritis atas MoU AS–Iran

 

Sumber: Agung Sumartono

 

Mengulas perjanjian damai antara Amerika Syarikat dan Iran yang dituangkan dalam Memorandum of Understanding (MoU), Jurnalis Joko Prasetyo melihat ada lapan poin dalam MoU tersebut yang perlu mendapatkan catatan kritis.

 

“Sekurang-kurangnya ada lapan daripada empat belas poin yang layak mendapat catatan kritis daripada memorandum persefahaman (MoU) Amerika Syarikat–Iran yang ditandatangani oleh kedua belah pihak pada pertengahan Jun 2026,” ujarnya kepada media-umat.com, Khamis (18/6/2026).

 

Menurut Joko, lapan poin tersebut menunjukkan fokus utama perjanjian bukanlah menghilangkan akar konflik, melainkan mengurus konflik agar tidak mengganggu kestabilan serantau dan kepentingan global. Sedangkan selagi mana sumber kezaliman dan penjajahan tetap dipertahankan, keamanan yang lahir berpotensi hanya menjadi jeda sebelum konflik seterusnya.

 

Pertama, poin MoU nombor 1 iaitu Mengakhiri dengan segera dan kekal semua operasi ketenteraan di semua barisan hadapan (front), termasuk di Lubnan.

 

Joko mengatakan, menghentikan perang tentu lebih baik daripada membiarkannya terus berlangsung. Namun, penyebutan Lubnan secara khusus justeru menunjukkan bahawa sumber ketidakstabilan serantau belum disentuh.

 

Hal ini kerana, jelas Joko, konflik Lubnan selama ini tidak dapat dilepaskan daripada isu Palestin dan pencerobohan Zionis yang terus berlangsung. Dengan demikian, yang dihentikan oleh poin ini adalah konflik bersenjata, bukan penyebab konflik bersenjata.

 

“Selagi Palestin masih dijajah, sumber konflik kawasan tetap ada. Yang diubati adalah gejalanya, bukan penyakitnya,” jelasnya.

 

Kedua, poin MoU nombor 2 iaitu Saling menghormati kedaulatan dan integriti wilayah masing-masing.

 

Joko memandang, dalam susunan dunia moden, prinsip ini dianggap sebagai asas hubungan antarabangsa. Namun faktanya, dunia Islam hari ini terpecah menjadi puluhan negara bangsa yang berdiri di atas batas-batas politik warisan kolonialisme.

 

Akibatnya, jelas Joko, umat Islam yang sepatutnya dipersatukan oleh akidah justeru terpecah-belah disebabkan nasionalisme. Kerana itu, poin ini tidak menyentuh akar masalah perpecahan umat.

 

“Poin ini hanya mengatur hubungan antara negara yang sudah terlanjur tercerai-berai,” sebutnya.

 

Ketiga, poin MoU nombor 5 iaitu Mencapai kesepakatan akhir dalamtempoh maksimum 60 hari.

 

Joko menyatakan bahawa frasa ini menunjukkan konflik sebenar belum selesai. Jika akar masalah telah diselesaikan, mengapa rundingan selanjutnya masih diperlukan selama dua bulan? Oleh itu, poin ini menunjukkan bahawa MoU itu lebih kepada mekanisme pengurusan konflik daripada mekanisme penyelesaian konflik. Isu-isu asas belum diselesaikan, hanya dipindahkan ke meja rundingan seterusnya.

 

“Dengan kata lain, konflik itu belum diakhiri. Konflik hanya diatur agar tidak meletup,” jelasnya.

 

Keempat, poin MoU nombor 6 iaitu Amerika Syarikat akan mula menghapuskan sekatan lautnya.

 

Sekilas, sebut Joko, perkara ini kelihatan sebagai khabar baik. Namun menurutnya ada persoalan yang lebih mendasar, iaitu mengapa sebuah negara boleh menyekat negara lain sejak awal? Fakta bahawa sekatan boleh diberlakukan kemudian ditarik menunjukkan adanya kepincangan kekuasaan dalam sistem antarabangsa.

 

“Negara yang kuat boleh menekan negara lain melalui instrumen ekonomi dan ketenteraan mengikut kepentingannya. Kerana itu, masalahnya bukan sekadar menarik balik sekatan, tetapi sebaliknya sistem global yang membenarkan penguasaan sedemikian berterusan,” jelasnya.

 

Kelima, poin MoU nombor 7 iaitu Pembukaan kembali Selat Hormuz dan pemulihan lalu lintas maritim.

 

Menurut Joko, poin ini memperoleh perhatian besar kerana menyangkut perdagangan antarabangsa dan pengagihan tenaga global.

 

Namun dia mempersoalkan mengapa kelancaran laluan perdagangan global menjadi keutamaan, sementara akar konflik serantau tidak memperoleh perhatian yang sama. Ini memberi gambaran bahawa kestabilan ekonomi global adalah lebih penting daripada menghapuskan kezaliman yang menimbulkan konflik itu sendiri. Sedangkan, keadilan sepatutnya menjadi asas perdamaian.

 

“Kestabilan tanpa keadilan hanya menghasilkan ketenangan palsu,” sebutnya.

 

Keenam, poin MoU nombor 8 iaitu Iran menegaskan kembali dasar tidak memiliki senjata nuklear.

 

Menurutnya, inilah salah satu poin paling strategik dalam MoU tersebut. Sebab, kemampuan strategik negara umat Islam untuk menggentarkan musuh menjadi objek batasan, sementara keunggulan ketenteraan pihak lain bukanlah sebahagian daripada perbincangan.

 

“Akibatnya, timbul tanggapan bahawa apa yang sedang dibina bukanlah keseimbangan kuasa, tetapi sebaliknya pengurusan kepincangan kuasa,” katanya.

 

Ketujuh, poin MoU nombor 9 iaitu Iran akan mempertahankan status quo program nuklearnya.

 

Joko menjelaskan, istilah status quo selalunya kedengaran neutral. Sedangkan dalam amalan  politik antarabangsa, status quo bermaksud mempertahankan keadaan yang ada ketika ini. Namun persoalannya kata Joko, adakah keadaan ketika ini sudah adil jika penjajahan terhadap Palestin masih berlangsung, kepincangan kuasa masih terjadi dan dominasi negara besar masih dipertahankan? maka mempertahankan status quo bermaksud mempertahankan sebahagian masalah yang menjadi sumber konflik itu sendiri.

 

Kelapan, poin MoU nombor 13 iaitu Kesepakatan akhir akan disahkan oleh Majlis Keselamatan PBB.

 

Poin ini, jelas Joko, menunjukkan bahawa kesahihan terakhir perjanjian itu diletakkan dalam institusi antarabangsa yang dibina oleh manusia. Sedangkan sejarah menunjukkan bahawa institusi yang sama tidak mampu menghentikan pelbagai tragedi kemanusiaan yang melanda dunia Islam termasuk isu Palestin yang berlarutan sejak berpuluh tahun lalu.

 

“Kerana itu, timbul persoalan jika institusi antarabangsa terbukti gagal menghentikan pelbagai bentuk penjajahan dan pencerobohan, kenapa kesahihan penyelesaian konflik masih perlu bergantung kepada PBB,” terangnya.

 

Joko menegaskan, isu Palestin, pencerobohan terhadap negeri-negeri Muslim, dan kepincangan kuasa global tidak cukup diselesaikan melalui perjanjian-perjanjian yang lahir dalam kerangka politik antarabangsa ketika ini.

 

“Sebab pelbagai konflik yang terus berulang menunjukkan, yang dikawal sering kali bukan sumber kezalimannya, melainkan impak dan peningkatannya,” sebutnya.

 

Dalam pandangan Islam, jelas Joko, keamanan sebenar bukan lahir daripada kompromi terhadap penjajahan, tetapi daripada penghapusan penjajah itu sendiri. Pencerobohan tidak dihentikan dengan melemahkan kekuatan umat, tetapi dengan membina kekuatan yang mampu menggentarkan musuh.

 

Akhir sekali, Joko menyatakan, penyelesaian paling utama adalah menuntut hadirnya kepimpinan yang mempersatukan kaum Muslim, menerapkan syariat Islam secara kaffah, serta mengerahkan seluruh potensi umat untuk melindungi negeri-negeri Muslim dan membebaskan wilayah-wilayah yang masih berada di bawah penjajahan.

 

Dalam kerangka inilah, menurut Joko, jihad sebagai mekanisme syarie untuk menghancurkan penjajahan di Palestin mahupun negeri Muslim lainnya dan institusi Khilafah sebagai pelaksana syariat secara kaffah dilihat mempunyai peranan yang strategik dalam mewujudkan keselamatan, keadilan dan keamanan yang hakiki.

 

“Keamanan sejati bukan sekadar berhentinya tembakan. Kedamaian sejati adalah lenyapnya penjajahan, kezaliman dan segala sumber konflik yang melahirkan tembakan itu sejak awal,” simpulnya.

 

Sumber: Media Umat

 

#global #perang #genjatansenjata #PerangIranIsrael

Exit mobile version