Site icon MuslimahHTM News

Genosid Masih Berterusan, Muncul “NATO” Arab?

[Khabar Timur Tengah] Genosid Masih Berterusan, Muncul “NATO” Arab?

 

Genosid terhadap rakyat Palestin masih terus berlaku. Menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada 14 Julai, dalam tempoh 24 jam terakhir, dua penduduk Palestin telah syahid dan 21 yang lainnya cedera, manakala ramai mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan dan belum dapat dikeluarkan. Sejak gencatan senjata pada 11 Oktober, seramai 1,110 orang telah syahid dan 3,599 orang cedera. Adapun sejak pencerobohan bermula pada 7 Oktober 2023, jumlah mangsa telah mencecah 73,233 orang syahid dan 173,707 orang cedera.

 

Di tengah-tengah kedudukan Amerika Syarikat yang semakin lemah setelah gagal mengubah landskap politik Timur Tengah melalui serangan terhadap Iran dan sokongannya kepada entiti Yahudi, gagasan pembentukan “NATO Arab” kembali muncul. Melalui pakatan yang dikatakan akan melibatkan Turkiye, Pakistan, Mesir dan Arab Saudi, Washington berusaha memulihkan pengaruhnya serta mengekalkan dominasinya di rantau tersebut (Al Jazeera, 2 Julai 2026).

 

Melalui pakatan ini, AS berusaha mengekalkan dominasinya terhadap rantau tersebut, mencegah terlepasnya pengaruh Barat, sekali gus menghalang kebangkitan politik umat Islam melalui projek yang berlandaskan al-Quran dan Sunah Rasulullah SAW, iaitu tegaknya Khilafah Rasyidah Kedua ‘ala minhāj an-nubuwwah.

 

Daripada memanfaatkan keadaan Amerika yang sedang merosot untuk memberikan pukulan terakhir kepada AS dan sekutunya serta menamatkan kesombongan, jenayah kemanusiaan dan penjarahan mereka terhadap kekayaan dunia, para penguasa ruwaibidhah di negara-negara Islam sebaliknya memilih untuk melaksanakan kehendak tuan mereka, Amerika. Mereka bergegas membantu menyelamatkan AS daripada kesulitannya.

 

Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya zaman kesombongan dan keangkuhan Amerika Syarikat akan segera berakhir. Matahari kekuasaannya yang selama ini membakar dunia mula malap. Rumah yang mereka anggap kukuh dan dijadikan tempat berlindung oleh para penguasa pengkhianat itu ternyata tidak lebih kuat daripada sarang labah-labah, sebagaimana firman Allah SWT:

 

﴿مَثَلُ الَّذِيْنَ اتَّخَذُوْا مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ اَوْلِيَاۤءَ كَمَثَلِ الْعَنْكَبُوْتِۚ اِتَّخَذَتْ بَيْتًاۗ وَاِنَّ اَوْهَنَ الْبُيُوْتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوْتِۘ لَوْ كَانُوْا يَعْلَمُوْنَ﴾

“Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.” (TMQ. Al-‘Ankabut [29]: 41).

 

Inilah masanya kaum Muslimin bersatu untuk menamatkan kesombongan negara imperialis ini dengan menegakkan Al-Khilafah ‘ala Minhāj an-Nubuwwah, suatu kewajipan agung yang mesti diperjuangkan bersama. Allahu Akbar. []

 

Exit mobile version