Site icon MuslimahHTM News

[Menjadi Ahli Politik Transformatif] Berfikir Politik dan Pemikiran Politik Islam (Bahagian 2/4)

[Menjadi Ahli Politik Transformatif] Berfikir Politik dan Pemikiran Politik Islam (Bahagian 2/4)

 

Penulis: MR Kurnia, dkk

 

(Sambungan dari “Berfikir Politik” Bahagian 1/4.)

 

Adakah berfikir politik juga berbeza dengan berfikir untuk memahami teks-teks pemikiran? Hal ini memerlukan tinjauan lebih dahulu. Jika yang dimaksud berfikir politik adalah berfikir tentang teks-teks ilmu politik, seperti tentang perbandingan sistem-sistem politik, ternyata proses berfikir politik hampir sama dengan proses berfikir untuk memahami teks-teks pemikiran.

 

Hanya saja, dalam berfikir memahami teks pemikiran disyaratkan bahawa informasi pendahulu berada setaraf dengan tahap pemikiran yang dikaji. Maksudnya, bukan semata informasi kebahasaan, melainkan informasi pemikiran. Dengan demikian, topik yang bersangkutan dapat difahami, meskipun bukan merupakan informasi pada topik yang bersangkutan.

 

Berfikir politik, di samping memerlukan informasi pendahulu yang setaraf dengan tahap pemikiran yang dikaji, juga memerlukan informasi pada topik yang bersangkutan. Dengan demikian, tidak cukup dengan informasi yang berkaitan, mirip, atau serupa dengan topik yang sedang dikaji.

 

Contohnya adalah teks pemikiran berikut, “Akal, pemikiran, atau kesedaran adalah proses pemindahan penginderaan fakta ke dalam otak melalui pancaindera yang disertai dengan adanya beberapa pengetahuan pendahulu yang digunakan untuk mentafsirkan fakta tersebut.” (An-Nabhani, 1973).

 

Untuk memahaminya, kita cukup membayangkan bahawa kalau kita ingin memahami fakta berupa perkataan orang yang berbahasa Inggeris, bermakna kita perlu memiliki pengetahuan sebelumnya tentang kosa kata bahasa Inggeris. Demikian pula dengan yang seumpamanya, seperti bahasa Arab, Ibrani, Jepun, dan sebagainya.

 

Namun demikian, perhatikan teks politik berikut, “Montesquieu menegaskan bahawa setiap individu cenderung untuk menyalahgunakan kekuasaan dan mengganggu keamanan jika kekuasaan terpusat di tangannya. Oleh sebab itu, untuk mencegah bahaya pemusatan kekuasaan, Montesquieu menyerukan pemisahan kekuasaan agar satu kekuasaan dengan kekuasaan lain tidak saling mencampuri dan agar kekuasaan tidak melakukan tindakan sesuka hati (tirani/despotik).” (Mufti dan Al Wakil, tt; Noer, 1999).

 

Untuk memahami teks politik tentang pemisahan kekuasaan tersebut, kita tidak cukup membuat sembarangan bayangan atau gambaran dalam benak kita tentang bahaya pemusatan kekuasaan, misalnya pemusatan kekuasaan di Indonesia pada Orde Baru. Akan tetapi, kita perlu membayangkan pemusatan kekuasaan di negara-negara Eropah, khususnya Perancis. Sebab, Montesquieu berbicara dalam konteks sosio-sejarah yang khas di sana saat itu.

 

Sementara itu, jika yang dimaksud berfikir politik adalah berfikir mengenai berita-berita dan peristiwa-peristiwa politik, ini berbeza dengan seluruh cara berfikir yang ada. Berfikir politik dalam maksud ini merupakan jenis kegiatan berfikir yang paling tinggi sekaligus paling sukar. Dikatakan paling tinggi kerana ia merupakan aktiviti berfikir atas segala hal dan segala peristiwa. Di samping itu melibatkan semua jenis aktiviti berfikir yang lain, seperti berfikir pada teks-teks pemikiran, hukum, dan sebagainya. Oleh sebab itu, berfikir politik mengenai berita dan peristiwa politik disebut sebagai jenis berfikir tertinggi.

 

Berfikir politik juga dikatakan sebagai jenis kegiatan berfikir paling sukar kerana tidak adanya kaedah atau standard yang dapat digunakan di dalamnya. Bahkan, hampir tidak dapat dikaitkan dengan satu kaedah pun. Inilah yang dapat membuat seorang pemikir atau ahli politik merasa kebingungan untuk pertama kalinya. Pada gilirannya akan dapat membuatnya terjerumus ke dalam banyak kesalahan, ilusi, atau ketidaktepatan.

 

Selama seorang pemikir atau ahli politik tidak banyak makan asam garam dalam dunia politik secara praktiknya, tidak mempunyai kewaspadaan, dan tidak mengikuti berita politik secara berterusan, tentu akan sukar baginya untuk meneruskan aktiviti berfikir politik. Oleh sebab itulah, berfikir politik dalam erti berfikir terhadap berita-berita dan peristiwa-peristiwa politik dikatakan sebagai jenis berfikir yang paling sukar.

 

Namun demikian, meskipun berfikir politik mencakup pula berfikir pada teks-teks ilmu-ilmu dan pemikiran-pemikiran politik, berfikir politik yang sebenarnya adalah berfikir mengenai berita dan peristiwa politik. Oleh sebab itu, mereka yang ingin mahir berfikir politik hendaklah melakukan aktiviti berfikir politik pada berbagai berita, kejadian, dan peristiwa politik. Ini dilakukan dengan mengikuti berita-berita di harian-harian, radio, televisyen, internet, dan sebagainya, bukan dengan membaca teks-teks pemikiran-pemikiran politik, misalnya pemikiran Machiavelli, Thomas Hobbes, John Locke, Montesquieu, J.J. Rousseau, John Stuart Mill, Karl Marx, Lenin, Stalin, dan sebagainya.

 

Memang, membaca pemikiran-pemikiran ini akan membantu seseorang berfikir politik dalam memahami berita politik. Namun, hal ini bukanlah keperluan mutlak. Memahami pemikiran-pemikiran politik tersebut hanya akan menjadikan seseorang menguasai pemikiran politik. Orang seperti ini lebih layak menjadi pensyarah ilmu politik daripada seorang ahli politik.

 

Mengapa? Sebab, seorang ahli politik adalah orang yang memahami berbagai berita dan peristiwa politik, lalu mengambil suatu sikap atau tindakan daripada berita atau peristiwa politik yang ada.

 

Hal ini sejalan dengan pemikiran An-Nabhani (1973). Selain menekankan berfikir politik pada teks-teks berita dan peristiwa politik, dia juga memberi perhatian pada berfikir politik pada teks-teks pemikiran-pemikiran politik. Dalam kitabnya, At-Tafkir, dikatakan bahawa mereka yang mengkaji pemikiran-pemikiran politik Barat hendaklah mempunyai kewaspadaan dan kesedaran. Sebab, pemikiran-pemikiran tersebut mengandung bermacam kekeliruan, penyesatan, dan ketidaksesuaian dengan fakta.

 

Dalam pandangannya, semua itu lahir utamanya kerana dasar pemikiran politik Barat, yakni idea pemisahan agama daripada negara (sekularisme) yang seterusnya melahirkan dominasi prinsip “jalan tengah” (kompromi, moderasi).

 

Masih dalam buku yang sama, An-Nabhani mengajukan tiga contoh pemikiran yang sarat dengan prinsip jalan tengah, iaitu masalah kepemimpinan politik, kedaulatan, dan keterpisahan autoriti gereja dan autoriti negara di Barat. Prinsip jalan tengah ini, dalam perspektif sosiologi, disebut pendekatan struktural-fungsional yang menekankan konsensus umum di masyarakat, bukan konflik-konflik seperti dalam pendekatan Marxian.

 

Tokoh pendekatan sosiologi ini terutama adalah Talcott Parsons dari Harvard. Pendekatan konsensus ini hakikatnya bertujuan mempertahankan status quo bagi kepentingan Barat. Tegasnya, mempertahankan negara-negara Dunia Ketiga agar tetap berada dalam jajahan negara-negara Barat yang kafir dan imperialis.

 

Sumber: MR Kurnia, dkk, Merentas Jalan Menjadi Politik Transformatif.

 

Bersambung ke “Berfikir Politik” Bahagian 3/4.

 

#AhliPolitik #PemikiranPolitik

Exit mobile version