LGBT HARAM DAN DOSA BESAR!
LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) sejak beberapa dekad kebelakangan ini menjadi isu global yang terus diperdebatkan. Di banyak negara Barat, amalan LGBT dilihat sebagai sebahagian daripada kebebasan individu dan hak asasi manusia. Pandangan tersebut lahir daripada fahaman liberalisme yang meletakkan kebebasan manusia sebagai nilai tertinggi dalam kehidupan.
Liberalisme merupakan fahaman yang menjunjung tinggi kebebasan individu. Dalam perkembangan moden, liberalisme melahirkan relativisme moral, iaitu pandangan bahawa tiada piawaian benar dan salah yang bersifat mutlak. Sesuatu dianggap benar selagi dianggap tidak memudaratkan individu lain dan dipersetujui secara sosial. Akibatnya, norma agama sering dianggap sebagai urusan peribadi yang tidak boleh mengatur ruang awam. Virus liberalisme dan relativisme moral ini juga telah lama menular negara-negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Haram dan Dosa Besar!
Dalam perspektif syariah Islam, perlakuan hubungan seksual sesama jenis dianggap sebagai perbuatan haram dan dosa besar. Perbuatan tersebut bertentangan dengan ketetapan syariah mengenai hubungan seksual yang hanya dibenarkan dalam ikatan perkahwinan antara lelaki dengan perempuan.
Banyak ayat al-Quran yang mengecam perbuatan liwat yang dilakukan oleh kaum Nabi Lut tersebut. Antaranya terdapat dalam Surah al-A‘raf [7]: 80–84, Surah Hud [11]: 77–83, Surah asy-Syu‘ara [26]: 165–166 dan Surah an-Naml [27]: 54–55.
Allah SWT, misalnya, berfirman:
إِنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلرِّجَالَ شَهۡوَةً مِّن دُونِ ٱلنِّسَآءِۚ بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ مُّسۡرِفُونَ
“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. (TMQ al-A’raf [7]: 81).
Rasulullah SAW bahkan tegas menyatakan:
مَنْ وَجَدْتُمُوهُ يَعْمَلُ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ فَاقْتُلُوا الْفَاعِلَ وَالْمَفْعُولَ بِهِ
“Siapa saja di antara kalian yang mendapati orang yang melakukan perbuatan liwaath maka bunuhlah pelaku dan pasangannya.” (HR Abu Dawud dan at-Tirmidzi).
Berdasarkan nas-nas tersebut, jumhur ulama daripada mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali bersepakat bahawa amalan homoseksual (liwat) sesama lelaki merupakan dosa besar (kabā’ir). Pelakunya layak dijatuhi hukuman mati. Adapun perlakuan seksual sesama perempuan atau lesbian (sihaq), serta bentuk penyimpangan seksual lain yang tidak memenuhi unsur kesalahan jenayah hudud, pada umumnya diletakkan dalam kategori takzir, iaitu hukuman yang jenis dan kadarnya ditetapkan oleh hakim (qadhi) atau pemerintah (khalifah) dalam Daulah Islam. Yang pasti, hukuman takzir terhadap pelaku penyimpangan seksual ini boleh menjadi sangat berat. Malangnya, hukuman berat terhadap para pelaku seksual menyimpang ini sukar diharapkan dalam sistem sekular, termasuk di negara ini, yang memisahkan agama (Islam) daripada kehidupan.
Hakikatnya, meskipun keburukan dan penyimpangan perlakuan LGBTQ daripada pelbagai aspeknya telah jelas, ideologi kapitalisme sekular sebaliknya menghalalkan LGBTQ atas nama hak asasi manusia. Sedangkan Islam, sebagai ajaran yang datang daripada Allah SWT, Tuhan Pencipta Manusia, dengan sangat tegas mengharamkan perlakuan homoseksual.
Oleh itu, hanya melalui penerapan syariah Islam di bawah naungan sistem pemerintahan Islam (Khilafah), persoalan LGBTQ dapat diselesaikan hingga ke akar umbi. Khilafah akan menjadi pelindung rakyatnya daripada pelbagai bentuk penyimpangan seksual dan pengaruh buruk ideologi Barat sekular. Hal ini demikian kerana tugas utama Khalifah adalah mengurus urusan rakyat berdasarkan syariah Islam yang berupaya memelihara agama, akal, moral dan keturunan seluruh warganya.
Pelaku LGBT, Bertaubatlah!
Dalam banyak ayat-Nya, Allah SWT telah mendorong para hamba-Nya untuk segera bertaubat atas dosa-dosa mereka. Allah SWT, misalnya, berfirman:
قُلۡ يَٰعِبَادِيَ ٱلَّذِينَ أَسۡرَفُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُواْ مِن رَّحۡمَةِ ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَغۡفِرُ ٱلذُّنُوبَ جَمِيعًاۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (TMQ az-Zumar [39]: 53).
Allah SWT juga berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ…
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,..” (TMQ at-Tahrim [66]: 8).
Rasulullah SAW juga bersabda:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ، وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
“Setiap anak Adam pasti pernah berbuat salah dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” (HR at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Bahkan Allah SWT sangat gembira menyambut hamba-Nya yang mahu bertaubat kepada-Nya. Demikian sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
لَلَّهُ أَشَدُّ فَرَحًا بِتَوْبَةِ أَحَدِكُمْ مِنْ أَحَدِكُمْ بِضَالَّتِهِ إِذَا وَجَدَهَا
“Sungguh Allah sangat bergembira atas pertaubatan salah seorang di antara kalian melebihi kegembiraan salah seorang di antara kalian yang menemukan kembali barangnya yang hilang.” (HR Muslim).
Namun demikian, jika kita masih enggan untuk segera bertaubat kepada Allah SWT, maka ingatlah bahawa azab-Nya sangatlah pedih. Demikian sebagaimana firman-Nya:
وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Bertakwalah kalian kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah itu sangat keras hukuman-Nya.” (TMQ al-Baqarah [2]: 196).
WalLaahu a’lam bi ash-shawaab. []
*Sumber: Buletin Dakwah Kaffah Edisi 451 dengan olahan.
#HentikanPenyesatanGender
LGBT Haram dan Dosa Besar!

