Dr Fika Komara: Masalah Geopolitik Adalah Masalah Ruang Hidup Umat
Oleh: Rahmah
Pengarah Institut Muslimah Negarawan (IMuNe) Dr Fika Komara menyatakan, masalah geopolitik adalah masalah yang terjadi di setiap ruang kehidupan.
“Sebenarnya inti dari masalah geopolitik itu adalah masalah ruang hidup umat,” ujarnya dalam program Talkshaw ‘Being an Amazing Ummah Today’ di Putrajaya, Sabtu (4/7/2026).
Jelasnya lagi, geopolitik tidak seharusnya difahami sebagai isu hubungan antara negara atau konflik wilayah semata-mata, sebaliknya turut merangkumi persoalan ruang kehidupan yang dekat dengan masyarakat.
“Geopolitik hari ini bukan hanya persoalan tentang wilayah dan negara, tetapi juga tentang ruang hidup manusia,” jelasnya.
Beliau berpendapat pentingnya kesedaran memahami geopolitik kerana ruang kehidupan yang wujud boleh membentuk cara pandang tertentu, khususnya terhadap generasi muda. Sebagai contoh, budaya individualistik dan sekularisme (pemisahan agama daripada kehidupan) menjadikan sebahagian masyarakat hidup dalam lingkungan sendiri serta mudah menerima nilai luar yang dinormalisasikan.
“Anak-anak muda sekarang hidup seperti living in a bubble (hidup dalam dunia sendiri), hidup nafsi-nafsi, individualistik, padahal sebenarnya mereka hidup di sebuah ruang,” ujarnya.
Sebagai contoh, beliau mengungkapkan apabila masyarakat hanyut dan terleka dalam ruang digital tanpa sedar, mereka boleh terpengaruh dengan nilai yang datang dari luar.
“Kalau terlalu tenggelam dalam FOMO (Fear of Missing Out), sentiasa berada di ruang digital, kita terjerumus di situ dengan value-value (nilai-nilai) asing sehingga anak-anak kita open (terbuka) dengan nilai asing,” katanya.
Beliau turut mengaitkan perubahan ruang kehidupan dengan teori kehidupan di bandar yang dipengaruhi oleh sistem kapitalisme di mana selepas bekerja, masyarakat mencari ruang ketiga seperti kafe, taman, atau pusat beli-belah untuk berehat dan menghilangkan tekanan.
“Dalam teori bandar kapitalis, ada dinamakan, work hard, play hard. Wujud ruang ketiga. Kerana mereka sudah bekerja keras. Setelah mereka bekerja, mereka perlu releksasi kerana mereka stress,” ujarnya.
Beliau menegaskan bahawa kurangnya kesedaran terhadap ruang kehidupan boleh memberi kesan besar terhadap cara masyarakat memahami perubahan sosial serta masa depan generasi kerana setiap ruang berpotensi membentuk pemikiran, nilai dan arah kehidupan tertentu.
“Kalau kita tidak punya kesedaran ruang, spatial awareness, kesannya besar,” akhirinya.
#MasyarakatMuslimIdeal #AmazingUmmah #KesedaranGeopolitikIslam #FOMO #Kapitalisme #KesedaranRuang #AyuhUmatBangkit #GenerasiMuslimIdeal

