MEMETIK PENGAJARAN DARI SEJARAH ANDALUSIA
Oleh: Muhammad Ayyubi (Pengarah Mufakkirun Siyasiyyun Community)
Kemenangan Sepanyol dalam piala dunia 2026 mencetus kenangan di kalangan umat Islam tentang sejarah kegemilangan Khilafah Islamiah di Sepanyol.
Banyak reels muncul yang menunjukkan kaitan antara bandar-bandar di Sepanyol yang berasal dari bahasa Arab, masjid-masjid warisan Khilafah Islamiah di sana dan penduduk Islam berketurunan dalam skuad pasukan Sepanyol.
Sepanyol dahulunya dipanggil Andalusia. Sejarah Islam di Andalusia bermula pada 711 Masihi apabila panglima Islam Tariq bin Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar.
Selama kira-kira 800 tahun, rantau ini menjadi pusat peradaban dunia, membawa Eropah keluar dari zaman kegelapan melalui pencapaian luar biasa dalam sains, falsafah dan seni bina.
Euforia umat Islam dengan kemenangan Sepanyol seolah-olah menjadi oasis di tengah-tengah kemerosotan Islam selama seratus tahun sejak 1924 apabila Khilafah Islamiyah di Turki diruntuhkan oleh Mustafa Kemal.
Umat Islam sebenarnya merindui kegemilangan yang pernah mereka rasai. Apabila umat Islam disatukan oleh akidah, bukan sempadan-sempadan khayalan nasionalisme.
Umat Islam rindu untuk menjadi paksi peradaban dunia seperti yang berlaku pada zaman Khilafah Islamiyah.
Melanjutkan Kembali Kehidupan Islam
Naluri mempertahankan diri dalam diri manusia yang terwujud di dalam sebuah negara adalah perasaan yang alami.
Perasaan ini perlu dipupuk dan diperjuangkan hingga menjadi kenyataan, oleh sebab itulah, diperlukan usaha kausalitas (sebab musabab) untuk melanjutkan kembali kehidupan Islam di zaman moden saat ini.
Jalan perjuangan yang telah ditempuh Rasulullah dalam menegakkan Negara Islam pertama di Madinah adalah contoh sempurna untuk kita ikuti.
Walaupun menegakkan kembali Daulah Islam (Khilafah Islamiyah) bukan perkara mudah, tetapi adanya contoh dan bukti nyata daripada Rasulullah menjadikan hal tersebut layak diperjuangkan.
Metode Rasulullah Menegakkan Daulah Islamiyah
Pertama kali Rasulullah mengawali dakwahnya di Mekah dengan melakukan tatsqif murakkazah (pembinaan dan pengkaderan) kepada para sahabat yang masuk Islam pertama kali.
Sehingga lahirlah assabiqunal awwalun, dari sini kemudian Rasulullah berpindah ke marhalah tafa’ul ma’al ummah (transformasi pemikiran ke tengah-tengah umat).
Usaha tafa’ul terus menerus dilakukan hingga terbentuk opini (pendapat) umum tentang Islam di sekitar jazirah Arab.
Keadaan ini direspon oleh pemimpin Quraisy dengan melakukan hambatan, ancaman, cabaran dan gangguan) kepada dakwah Rasulullah.
Namun hal itu tidak menghentikan dakwah baginda, di saat yang sama melakukan aktiviti ‘thalabun nushrah’ kepada para pemimpin suku untuk masuk Islam dan menegakkan Syariat Islam.
Seruan tersebut disambut oleh suku Aus dan Khazraj dari Madinah. Sehingga Madinah menjadi pusat berdirinya Daulah Islam pertama.
Inilah marhalan ketiga iaitu, Istilamul hukmi (penyerahan kekuasaan) untuk Rasulullah agar menerapkan Islam secara kaffah.
Inspirasi Rasulullah
Usaha saat ini melanjutkan kehidupan Islam dengan Khilafah Islamiyah hendaklah dengan mengikuti Rasulullah SAW.
Metode yang dilakukan baginda bukan sahaja berjaya, namun ianya berasal dari wahyu Allah yang berfaedah wajib hukumnya.
Jika Rasulullah SAW berjaya, maka siapa sahaja yang mengikuti langkah baginda pasti akan mendapatkan hasil yang sama. Begitulah sunnatullah.
من سار على الدرب وصل
“Siapa yang meniti di atas sebuah jalan maka pasti akan sampai.”
Wallahu a’lam bisshawab.
#andalusia #TegakKhilafah #KhilafahManhajNabi

