Kewibawaan Khalifah: Perisai Pelindung Kehormatan Umat
Kepemimpinan dalam Islam, atau Khilafah, memiliki peranan pusat sebagai perisai (junnah) bagi umat. Berdasarkan hadis riwayat Bukhari dan Muslim, seorang Khalifah adalah sosok di mana rakyat berperang di belakangnya dan berlindung kepadanya. Hal ini bukan sekadar semboyan politik, tapi juga penegasan bahawa fungsi utama pemimpin adalah menjaga darah, kehormatan, dan kemuliaan (‘izzah) kaum Muslim di seluruh dunia.
Sejarah mencatat berbagai pembuktian nyata atas ketegasan para Khalifah yang lahir dari kekuatan iman:
1) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq secara tegas memerangi mereka yang menolak membayar zakat demi mencegah kehinaan umat. Sementara itu, Khalifah Umar bin al-Khattab menunjukkan bahawa kewibawaan Islam tidak terletak pada kemewahan istana, melainkan pada akidah dan keberanian yang menggentarkan musuh seperti Parsi.
2) Khalifah Uthman bin Affan membina armada laut pertama untuk menghadapi ancaman Romawi (Bizantium), membuktikan bahawa kelembutan peribadi tidak menghalang ketegasan dalam menjaga kedaulatan. Perkara sama dilakukan oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik yang memperkuat sempadan ketenteraan sehingga wilayah Islam disegani imperium besar.
3) Khalifah Harun ar-Rasyid terkenal melalui balasannya yang keras terhadap Kaisar Bizantium, Nikephoros I, yang meremehkan Khilafah. Beliau membalas surat sang kaisar dengan tindakan nyata berupa serangan tentera hingga Romawi kembali tunduk.
4) Khalifah al-Mu’tashim Billah mengerahkan pasukan besar hanya untuk menjawab seruan seorang Muslimah yang dihina tentera Romawi di Amuriyah, menyebabkan wilayah tersebut jatuh ke tangan kaum Muslim.
5) Sultan Abdul Hamid II secara konsisten menolak tawaran Zionis Yahudi untuk menyerahkan tanah Palestin, dengan menegaskan bahawa tanah tersebut milik umat Islam. Beliau juga pernah mengancam Perancis dengan serangan tentera (jihad) agar membatalkan pementasan drama yang menghina Rasulullah SAW.
Bahkan, pada abad ke-18, kewibawaan Khilafah Uthmaniyah memaksa Amerika Syarikat untuk membayar upeti (jizyah) agar kapal-kapal mereka dapat menyeberang perairan Afrika Utara dengan selamat, sebagaimana yang tercatat dalam Treaty of Tripoli.
Seluruh catatan sejarah ini menunjukkan bahawa perdamaian sejati lahir dari kekuatan dan ketegasan, bukan dari ketundukan kepada kekuatan global. Fenomena saat ini, di mana banyak penguasa negeri Muslim lebih mementingkan perundangan antarabangsa dibandingkan kemuliaan (‘izzah) umat, menyebabkan wujudnya krisis rasa takut kepada Allah dalam kepemimpinan. Sejarah para Khalifah ini menjadi cermin bahawa kemuliaan akan hadir ketika iman memimpin kekuasaan.
Sumber: NgajiShubuh
#muhasabah #pengajaran #PerananKhilafah

